31/08/2026
27 OGOS 2026| MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M PERINGKAT KAMPUNG TANJUNG SEDILI
Majlis diadakan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat setempat.
Majlis diserikan dengan Bacaan Rawi oleh Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Ar-Raudhah, persembahan Nasyid, Selawat serta ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Imam Ahmad Saufi Bin Saringat, Tn. Imam Daerah Kota Tinggi.
Sambutan yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni ini turut menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung Tanjung Sedili.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana, pihak Masjid Ar-Raudhah, agensi, pertubuhan, penyumbang, sukarelawan serta seluruh penduduk yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini dapat menyemai kecintaan yang lebih mendalam kepada Rasulullah SAW serta mendorong kita untuk menghayati dan mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.
“MAJU JOHOR DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”