11/05/2026
π΄β¨ ππππππππ ππππ, ππππππ πππππππππππππ : ππππππππππ πππππππ ππππ ππππππ πππππ (πππ) π
ππππ πππππ ππππ β¨π΄
Kualiti adalah lambang komitmen, disiplin dan kesungguhan. Setiap tandan yang dituai dengan penuh teliti menjadi asas kepada kemampanan dan kemakmuran bersama. Menjaga mutu BTS adalah amanah penting dalam memastikan setiap hasil yang diusahakan memberi pulangan terbaik demi kelestarian industri sawit negara.
Tahniah diucapkan kepada seluruh Wilayah dan Rancangan FELDA atas pencapaian cemerlang kualiti BTS bagi April 2026 dengan rekod BTS Masak sebanyak 92.85%. Pencapaian ini membuktikan dedikasi tinggi para peneroka dan seluruh warga FELDA dalam memastikan keterjaminan kualiti BTS FELDA.
Kecemerlangan ini turut terserlah melalui pencapaian hantaran yang digred dengan sifar penalti (Kadar Perahan Asas (KPA) = Kadar Perahan Digred (KPG)) sebanyak 24,469.19 MT, melibatkan 4,870 bilangan hantaran. Ia mencerminkan kekuatan sinergi, disiplin kerja dan semangat kebersamaan dalam memartabatkan industri sawit FELDA.
Semoga semangat terus utuh dalam melakar lebih banyak kejayaan dan memacu industri sawit negara ke tahap yang lebih gemilang.