Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi

Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi Pusat Maklumat Rakyat Pej. Penerangan Daerah Kota Tinggi memberi perkhidmatan penerangan untuk rakyat

PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI BANDAR KOTA TINGGI (SEMBANG SANTAI)17 September 2026 | Program Jiwa@Komuniti Madani Bandar ...
17/09/2026

PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI BANDAR KOTA TINGGI (SEMBANG SANTAI)

17 September 2026 | Program Jiwa@Komuniti Madani Bandar Kota Tinggi (Sembang Santai) telah berlangsung bertempat di Surau Al-Syakirin, Kota Tinggi.

Program kali ini diisi dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersama Komuniti MADANI Bandar Kota Tinggi Dan penduduk setempat dalam suasana penuh kesyukuran dan kebersamaan.

Sambutan ini menjadi wadah untuk kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga program sebegini terus mengeratkan hubungan silaturahim, menyuburkan nilai kasih sayang dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Fahmi Fadzil
Erwin Khairul Ahmad
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor








🇲🇾🎮 PERTANDINGAN eFOOTBALL PS5 🎮🇲🇾Telah berlangsung petang tadi Program Komuniti MADANI Tanjung Belungkur sempena Hari M...
16/09/2026

🇲🇾🎮 PERTANDINGAN eFOOTBALL PS5 🎮🇲🇾

Telah berlangsung petang tadi Program Komuniti MADANI Tanjung Belungkur sempena Hari Malaysia melalui Pertandingan eFootball PS5 di e-Sport Felda Papan Timur.

Program berlangsung meriah dengan sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang mengambil bahagian! 👏🎮

JIWA@KOMUNITI MADANI (SEMBANG SANTAI) KAMPUNG LUKUT 🇲🇾16 Sept | Bersempena Hari Malaysia 2026, Fun Walk Kampung Lukut te...
16/09/2026

JIWA@KOMUNITI MADANI (SEMBANG SANTAI) KAMPUNG LUKUT 🇲🇾

16 Sept | Bersempena Hari Malaysia 2026, Fun Walk Kampung Lukut telah berlangsung di sekitar Kampung Lukut pagi tadi.

Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan sesama komuniti sambil bersama-sama meraikan Hari Malaysia yang melambangkan kepelbagaian, perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia. 🇲🇾

Penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat usia turut memeriahkan Fun Walk, sekali gus memperlihatkan semangat kebersamaan yang terus subur dalam komuniti Kampung Lukut.

Sihat bersama, eratkan perpaduan, raikan Hari Malaysia! 🇲🇾

Fahmi Fadzil
Erwin Khairul Ahmad
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor






EKSPLORASI BUKIT SELUYUT SEMPENA HARI MALAYSIA 🇲🇾Khas sempena Hari Malaysia, Program JIWA@Komuniti MADANI Tanjung Belung...
16/09/2026

EKSPLORASI BUKIT SELUYUT SEMPENA HARI MALAYSIA 🇲🇾

Khas sempena Hari Malaysia, Program JIWA@Komuniti MADANI Tanjung Belungkor hari ini membawa komuniti menerokai sejarah Sungai Johor dan Bukit Seluyut.

Program bermula dari Jeti Pengkalan Kota, dengan peserta menaiki bot persiaran menyusuri Sungai Johor menuju ke Bukit Seluyut.

Setibanya di sana, peserta meneruskan aktiviti pendakian sambil menerokai sejarah dan keunikan yang terdapat di kawasan tersebut. 🌿⛰️🚤

Sepanjang perjalanan dan pendakian, peserta turut mendapat perkongsian daripada pakar sejarah mengenai kisah serta pelbagai informasi menarik berkaitan Sungai Johor dan Bukit Seluyut.

Program berlangsung dalam suasana cukup meriah dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti.

Aktiviti sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama masyarakat, malah membuka ruang untuk mengenali sejarah dan khazanah tempatan dengan lebih dekat, bersempena sambutan Hari Malaysia. ❤️🇲🇾

Fahmi Fadzil
Erwin Khairul Ahmad
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor









🇲🇾

15/09/2026
14/09/2026

Lindungi diri dan ahli keluarga daripada kualiti udara tidak sihat dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 🌫️😷

Jika mengalami batuk berterusan, tekak perit, mata pedih atau sesak nafas, jangan tunggu — segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran. 🏥

✅ Jangan abaikan gejala. Bertindak segera demi kesihatan bersama.




14/09/2026

MADANI Bekerja sepanjang 7 hingga 13 September 2026, menyaksikan pelbagai usaha Kerajaan MADANI diteruskan demi rakyat, ekonomi dan kepentingan negara. 🇲🇾 ✨

Antara tumpuan ialah memudahkan urusan persiapan F1, bantuan kepada keluarga mangsa nahas helikopter, kerjasama sempadan, menyelesaikan projek pembangunan bayaran haji B40 kekal RM15,000 dan perlindungan sosial untuk peneroka FELDA.

Ikuti MADANI Bekerja untuk sorotan tindakan kerajaan sepanjang minggu ini. 📲




🇲🇾🎣 JIWA@KOMUNITI MADANI FELDA AIR TAWAR 1 | HKHM 2026 🎣🇲🇾Meriah pagi tadi di Kg. Belading Teluk Sengat, Kota Tinggi men...
13/09/2026

🇲🇾🎣 JIWA@KOMUNITI MADANI FELDA AIR TAWAR 1 | HKHM 2026 🎣🇲🇾

Meriah pagi tadi di Kg. Belading Teluk Sengat, Kota Tinggi menerusi Program JIWA@Komuniti MADANI Felda Air Tawar 1 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

Pertandingan Memancing Sempena Bulan Kebangsaan mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta dan komuniti setempat. Turut diadakan pengibaran Jalur Gemilang serta penyerahan bahan penerbitan Jabatan Penerangan kepada peserta.

Semangat patriotisme, komuniti bersatu! 🇲🇾🤝

Address

Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi, Aras Bawah, Bangunan Sultan Iskandar
Kota Tinggi
81900

Telephone

+6078831167

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi:

Shortcuts

Share