Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah - DPPNK

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah - DPPNK Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

π‰πŽπŒ 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 π‡π€π‘πˆ π€π‘π€π…π€π‡πŸ“† Selasa | 26 Mei 2026Daripada Abu Qatadah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda apabila ditanya mengen...
25/05/2026

π‰πŽπŒ 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 π‡π€π‘πˆ 𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐇

πŸ“† Selasa | 26 Mei 2026

Daripada Abu Qatadah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda apabila ditanya mengenai puasa Hari Arafah:

β€œPuasa Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Marilah sama-sama kita merebut peluang beramal pada hari yang penuh keberkatan ini dengan melaksanakan puasa sunat Hari Arafah.

Ikhlas daripada:
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

23/05/2026
23/05/2026

23 Mei 2026 | Sabtu 9.00 Malam Dewan Tuan Guru Haji Jusoh, Kompleks PAS Kawasan Pendang , Gajah Mati, Pendang, Kedah

22/05/2026

Sidang Media Presiden PAS

β€œPAS akan menilai semula kerjasama politik dengan Bersatu”

Kredit:

Walaupun Kedah sering kali ditekan daripada pelbagai sudut, tetapi hasil fiskal negeri terus mencatatkan peningkatan. Ta...
21/05/2026

Walaupun Kedah sering kali ditekan daripada pelbagai sudut, tetapi hasil fiskal negeri terus mencatatkan peningkatan.

Tahun lepas hasil negeri mencatat sejarah yang membanggakan.

Kutipan mencecah RM816 juta, melepasi angka RM800 juta sejak sekian lama berada pada paras purata RM600-RM700 juta.

Ini adalah suatu tanda aras kejayaan untuk Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Peningkatan kutipan menandakan kerajaan mempunyai ruang yang lebih luas untuk melaksanakan program kebajikannya.

Insya-Allah kita realisasikan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua serta gagasan The Greater Kedah.



Kenyataan Media Pemuda PAS KedahTOLAK UEC, ANTHONY LOKE JANGAN PUSING FAKTAPemuda PAS Kedah ingin menegaskan bahawa sewa...
16/05/2026

Kenyataan Media Pemuda PAS Kedah
TOLAK UEC, ANTHONY LOKE JANGAN PUSING FAKTA

Pemuda PAS Kedah ingin menegaskan bahawa sewajarnya Kerajaan Persekutuan mengambil prinsip yang jelas terhadap sistem pendidikan asing seperti UEC selain mempertahankan kerukunan sistem pendidikan kebangsaan yang ada dalam negara ini.

Malah, kenyataan Setiausaha Agung DAP bahawa bantahan terhadap "laluan khas" UEC itu sebagai halangan terhadap akses pendidikan menunjukkan tegarnya ideologi pemimpin utama DAP untuk mempertahankan sistem pendidikan asing seperti UEC.

Mengapa DAP begitu tegar mempertahankan UEC sedangkan isu ini telah dibahas panjang penolakannya dalam negara?

Penolakan terhadap UEC adalah disebabkan kerangka sistem pendidikannya yang bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mahupun dasar pendidikan kebangsaan sendiri. Ia bukan disebabkan faktor rasis mahupun diskriminasi terhadap kaum tertentu.

Dasar pendidikan kebangsaan sememangnya menekankan aspek inklusiviti terhadap akses pendidikan. Ironinya ada pihak yang memilih untuk meminggirkan diri mereka sendiri dengan menggunapakai sistem pendidikan yang asing.

Namun kemudiannya, pihak yang mempertahankan dasar pendidikan kebangsaan itu p**a yang dipersalahkan kerana kononnya telah mendiskriminasi pihak tersebut, walaupun sejak dari awal merekalah yang mendiskriminasi diri sendiri.

Pandangan Anthony Lake tersebut nyata tersasar daripada asas yang dibangkitkan. Apakah sistem pendidikan kebangsaan hari ini tidak ada nilainya di mata pemimpin DAP?

Pemuda PAS Kedah sekali lagi ingin menyatakan bantahan terhadap laluan khas UEC tersebut meskipun dengan syarat pengambilan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah selain hanya untuk program tertentu.

Hal yang demikian kerana akar permasalahan bukan kerana hanya kepada "entry point" kemasukan ke universiti awam, tetapi sistem pendidikan UEC keseluruhannya tidak berpaksikan kepada perpaduan serta menghalang pembinaan negara bangsa pada masa hadapan.

Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid,
Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh hikmah se...
16/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh hikmah serta membimbing generasi ummah tanpa mengenal penat dan lelah.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan para guru amat besar dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berintegriti demi agama, bangsa dan negara.

Semoga segala usaha, keikhlasan dan pengorbanan para guru dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda serta sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

β€œGuru Bitara Nadi Negara”

12/05/2026

Laporan polis telah dibuat terhadap YB Wong Siew Ki dan Encik Ronnie Liu susulan kenyataan yang dilihat mencabar titah DYMM Sultan Selangor.

Tindakan tersebut disifatkan sebagai tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu serta mencabar kemuliaan institusi diraja.

Pihak kami menggesa kedua-dua individu terbabit serta DAP agar segera memohon maaf kepada DYMM Sultan Selangor dan tidak mengulangi perkara sama pada masa akan datang.

Diharapkan pihak PDRM mengambil tindakan sewajarnya.

Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Address

Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani
Kampong Sala Kechil

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah - DPPNK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share