Pejabat MADA Wilayah IV, Kota Sarang Semut

Pejabat MADA Wilayah IV, Kota Sarang Semut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat MADA Wilayah IV, Kota Sarang Semut, Government Organization, Kota Sarang Semut.

13/05/2026

Kerja-kerja penyediaan tanah sedang giat dijalankan oleh peladang-peladang di kawasan PPK C-IV, Kangkong. Semoga usaha ini dipermudahkan dan memberi hasil yang optimum kepada para peladang semua. Ayuh!






13/05/2026

Kerja penyenggaraan saluran air sedang dilaksanakan bagi memastikan kawasan sawah lebih bersedia untuk penanaman padi bagi Musim 1/2026. Semoga usaha ini dipermudahkan dan memberi hasil yang optimum kepada para peladang.






Tawaran daripada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di NEGERI KEDAH sahaja yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Keraja...
04/05/2026

Tawaran daripada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di NEGERI KEDAH sahaja yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia [LPIPM(CIDB)] dalam Gred G3, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan bagi kerja :
SEBUTHARGA G3 (NEGERI KEDAH) MENAIKTARAF JALAN LADANG KEPADA JALAN KONKRIT DI BAN KIRI CCLBD 6 SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN, PPK C-IV, KANGKONG, WILAYAH IV, MADA.
SEBUTHARGA NO.
MADA(SH)/BPPP/P/27/2026




Tawaran daripada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di NEGERI KEDAH sahaja yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Keraja...
29/04/2026

Tawaran daripada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di NEGERI KEDAH sahaja yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia [LPIPM(CIDB)] dalam Gred G3, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan bagi kerja :
SEBUTHARGA G3 (NEGERI KEDAH) MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH PUSAT BELIAN PADI SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI PPK C-IV KANGKONG, WILAYAH IV, MADA.
SEBUTHARGA NO.
MADA(SH)/BPPP/P/19/2026




π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŒπ€πƒπ€ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ πˆπ•, πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 π’π„πŒπ”π“Sebagai tanda keprihatinan satu kunjungan Ziarah Kasih...
23/04/2026

π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŒπ€πƒπ€ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ πˆπ•, πŠπŽπ“π€ 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 π’π„πŒπ”π“

Sebagai tanda keprihatinan satu kunjungan Ziarah Kasih telah diadakan pada Khamis, 23 April 2026 oleh Pengurus Wilayah IV, En. Zairizal bin Zainon bersama Timbalan Pengurus Wilayah (Teknikal), Ir. Ts. Mohd Khalil bin Othman, Pn. Arifah Hakimah binti Daud serta barisan pegawai MADA Wilayah IV.

Kunjungan ini bertujuan menziarahi kakitangan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, di samping menyampaikan sokongan moral, kata-kata semangat serta tanda ingatan daripada pihak pengurusan dan rakan sekerja. Inisiatif ini mencerminkan nilai kebajikan, keprihatinan dan hubungan kekeluargaan yang sentiasa diterapkan dalam warga MADA.

Antara kakitangan yang diziarahi ialah:

β€’ Pn. Nafishah binti Ali – Penolong Jurutera JA5
β€’ Pn. Rabiy Atul Adawiah binti Romeli – Penolong Jurutera JA5
β€’ En. Muhammad Nor Alif bin Jaafar – Pembantu Khidmat Am H1

Diharapkan dengan kunjungan ini, sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka serta memberi kekuatan dan semangat untuk terus tabah menghadapi ujian. Semoga mereka dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta kembali sihat seperti sediakala untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semoga ikatan ukhuwah dalam kalangan warga MADA terus utuh dan berkekalan 🀍

22/04/2026
19/04/2026
19/04/2026

ADA YANG KATA KERAJAAN UMUM BANTUAN TAPI TAK BAYAR. BANG MAT NAK JELASKAN UNTUK ELAKKAN FITNAH.

Ada pihak cuba menimbulkan persepsi kononnya Kerajaan mengumumkan bantuan kepada pesawah tetapi terlalu lewat atau pun gagal menyalurkannya .

Bang Mat nak jelaskan perkara sebenar supaya rakyat mendapat gambaran yang tepat, bukan berdasarkan cerita dari mulut ke mulut atau dakwaan yang tular di media sosial tanpa semakan.

Kerajaan MADANI telah menaikkan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) daripada RM100 kepada RM160 sehektar bermula musim 1/2025, dan semalam Kerajaan mengumumkan kenaikan lagi nilai bantuan kepada RM300 sehektar.

Bagi musim 1/2025, bayaran IPKP telah SELESAI SEPENUHNYA, melibatkan RM39.314 juta kepada lebih 135,000 pesawah di seluruh Semenanjung.

Bagi musim 2/2025, setakat semalam lebih RM27 juta telah dibayar, manakala kira-kira 30% baki tuntutan sedang dalam proses dan akan diselesaikan tak lama lagi.

Untuk yang belum tahu, kaedah bayaran IPKP ialah β€œbuat dulu, baru tuntut”. Ia tidak sama seperti bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi yang terus dikreditkan ke akaun penerima.

Kenapa guna kaedah ini?

Kerana dalam setiap musim, ada pesawah yang menanam dan ada yang tidak. Ada yang musim ini mengusahakan 10 hektar, musim berikutnya hanya 8 hektar.

Sebab itu tuntutan dibuat berdasarkan kerja sebenar yang dilaksanakan supaya wang rakyat diurus secara telus dan tepat.

Perlu juga faham bahawa musim penanaman padi di setiap negeri tidak seragam.
Contohnya, ketika Kedah mula memasuki musim baharu penanaman, ada negeri lain seperti Kelantan yang masih berada di fasa menuai.

Jadi bayaran tidak boleh dibuat serentak kepada semua negeri pada masa yang sama.

Selepas tuntutan dikemukakan oleh penyedia perkhidmatan atau pesawah, pegawai akan turun ke lapangan untuk membuat pengesahan. Jika dokumen lengkap dan tuntutan disahkan, bayaran akan diproses.

Selain IPKP, Kerajaan MADANI juga telah memperkenalkan Insentif Penuaian Padi (IPP) sebanyak RM50 sehektar bermula tahun 2025, iaitu bantuan baharu yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini. Proses pembayaran IPP juga menggunakan kaedah tuntutan yang sama.

Dengan penjelasan ini, Bang Mat harap rakyat dapat membezakan antara proses pengurusan bayaran dengan dakwaan palsu kononnya kerajaan tidak membayar langsung.

Hakikatnya, bantuan telah dibayar, sedang dibayar, dan baki tuntutan akan terus diselesaikan selepas semua proses pengesahan dimuktamadkan.

Kepada pihak yang s**a mencari populariti dengan menunggang keresahan pesawah, Bang Mat yakin majoriti rakyat hari ni sudah bijak menilai, siapa yang buat kerja, dan siapa yang hanya main politik.

Bagi Kerajaan MADANI, kita akan terus bekerja, tambah bantuan, baiki sistem, dan pastikan kebajikan pesawah terus terbela.

Apa sahaja kelemahan dalam proses tuntutan yang dikenal pasti, Kementerian dan Kerajaan akan terus menambah baik dari semasa ke semasa.

Misalnya ada kes yang Bang Mat dimaklumkan, ada pesawah dah dulukan duit upah bajak kepada penyedia perkhidmatan dan lepas kerajaan bayar kepada penyedia perkhidmatan, penyedia perkhidmatan ini tidak memulangkan lebihan bayaran kepada pesawah atas pelbagai alasan.

Isu ini sedang diatasi, nanti pihak Kementerian akan umumkan penambahbaikan kaedah tuntutan dan bayaran dalam masa terdekat, insya-Allah.





Address

Kota Sarang Semut
06800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MADA Wilayah IV, Kota Sarang Semut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share