Academic Quality Assurance Division

Academic Quality Assurance Division AQAD plays a key role in upholding and ensuring academic quality in UNIMAS

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM SARJANA SENIBINA (MQA/FA13097), FAKULTI ALAM BINA. Bahagian Jaminan Kualiti A...
13/09/2026

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM SARJANA SENIBINA (MQA/FA13097), FAKULTI ALAM BINA.

Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ingin memaklumkan bahawa Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi Program Sarjana Senibina (MQA/FA13097) akan berlangsung pada 14 hingga 15 September 2026 di Fakulti Alam Bina.

Lawatan penilaian ini akan dilaksanakan oleh Panel Penilai Lembaga Arkitek Malaysia, yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khairul Anwar bin Mohamed Khaidir, bersama-sama Ar. Aznida binti Azlan, Ar. Sarly Adre bin Sarkum dan Dr. Kamrul Afizi bin Kosman.

Semoga pelaksanaan lawatan penilaian ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan serta mendapat hasil yang cemerlang.

11 September 2026- Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA) telah mengadakan perbincangan berkaitan Data Analytic bersam...
11/09/2026

11 September 2026- Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA) telah mengadakan perbincangan berkaitan Data Analytic bersama Ketua Pegawai Data, Auditor dalam bagi Audit Dalaman Swaakreditasi UNIMAS, Wakil Pusat Digital Tun Abang Haji Openg (TAHODC) serta Wakil Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA).

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada peranan dan kepentingan Data Analytic dalam menyokong kesiapsiagaan UNIMAS ke arah memperoleh pengiktirafan Swaakreditasi. Selain itu, penggunaan Data Analytic dapat membantu universiti memantau prestasi, mengenal pasti jurang dan isu, menyokong proses membuat keputusan serta melaksanakan tindakan penambahbaikan secara berterusan dan berasaskan bukti.

BJKA diwakili Pengarah, Ts. Dr Ade Syaheda Wani Marzuki merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama, perkongsian kepakaran dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan perbincangan ini.

TAHNIAH FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNIMAS! Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA), UNIMAS merakamkan setin...
11/09/2026

TAHNIAH FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNIMAS!

Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA), UNIMAS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan atas kejayaan memperbaharui Perakuan Akreditasi Penuh oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM) bagi Program Doktor Perubatan (MQA/FA0518) untuk tempoh lima (5) tahun, berkuat kuasa dari 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2031.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini terus memperkukuh komitmen fakulti dalam memastikan kualiti dan kecemerlangan program pengajian di UNIMAS.

Faculty of Medicine and Health Sciences Unimas

Tahniah Fakulti Alam Bina, UNIMAS! 🎉Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA), UNIMAS merakamkan setinggi-tinggi tahniah ...
11/09/2026

Tahniah Fakulti Alam Bina, UNIMAS! 🎉

Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA), UNIMAS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Fakulti Alam Bina atas kejayaan memperbaharui Perakuan Akreditasi Penuh bagi tempoh lima (5) tahun bagi dua program pengajian, iaitu Sarjana Muda Ukur Bahan dengan Kepujian (MQA/FA11184) bagi tempoh 1 Mei 2026 hingga 30 April 2031, serta Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (MQA/FA9110) bagi tempoh 15 September 2025 hingga 14 September 2030.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Fakulti Alam Bina atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini terus memperkukuh komitmen fakulti dalam memastikan kualiti dan kecemerlangan akademik program pengajian di UNIMAS.

Faculty of Built Environment, Universiti Malaysia Sarawak

Pelaksanaan Audit Dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026 diteruskan dengan lawatan audit bagi Program Sarja...
10/09/2026

Pelaksanaan Audit Dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026 diteruskan dengan lawatan audit bagi Program Sarjana Pendidikan dalam Sains Pembelajaran (MQA/FA4950) di Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK) yang telah berlangsung pada 8 hingga 9 September 2026. Lawatan audit ini telah dikendalikan oleh Ahli Panel Penilai yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Fadzilah bte Amzah dari Universiti Sains Malaysia (USM) selaku Pengerusi dan Ts. Dr. Mohammad Nur Azhar Mazlan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), UNIMAS .

Sepanjang pelaksanaan lawatan, panel telah menjalankan sesi semakan dan penilaian bersama pihak pengurusan fakulti, staf akademik, pelajar dan alumni. Lawatan turut melibatkan kunjungan ke Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub (PETARY) serta peninjauan pusat dan kemudahan berkaitan di Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi bagi melengkapkan proses penilaian program.

Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA), UNIMAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama serta sokongan yang diberikan oleh pihak FPBK, khususnya Dekan, Timbalan Dekan, Penyelaras Program, Staf Akademik, Pelajar, Alumni serta Pihak PETARY dalam menjayakan pelaksanaan lawatan audit ini. Kerjasama dan komitmen yang diberikan amat dihargai dalam usaha berterusan untuk memastikan kualiti dan pematuhan terhadap standard akreditasi program sentiasa diperkukuh.


Faculty of Education, Language & Communication

Pelaksanaan Audit Dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026 diteruskan dengan lawatan bagi Program Sarjana Mud...
04/09/2026

Pelaksanaan Audit Dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026 diteruskan dengan lawatan bagi Program Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Hubungan Antarabangsa) (MQA/FA10753), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), yang telah berlangsung pada 2 hingga 3 September 2026.

Audit ini diketuai oleh Dr. Iskandar Hassan Tan Abdullah (UiTM Cawangan Kelantan) selaku Ketua Panel, bersama Dr. Josephine Yau Tan Hwang (Fakulti Ekonomi dan Perniagaan) sebagai Ahli Panel. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang audit adalah semakan dokumen dan bukti, verifikasi pelaksanaan program serta sesi temu bual bersama pihak berkaitan bagi menilai pematuhan program terhadap keperluan akreditasi.

Turut diadakan lawatan ke Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub (PeTARY), UNIMAS bagi melihat bahan-bahan rujukan dan kemudahan sokongan yang disediakan dalam menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan keperluan akademik pelajar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, khususnya Dekan, Timbalan Dekan, Penyelaras Kualiti Akademik (PKA) serta Penyelaras Program, atas kerjasama, komitmen dan kesediaan dalam menjayakan pelaksanaan audit ini.

Kerjasama erat semua pihak amat dihargai dalam memastikan pematuhan terhadap keperluan akreditasi serta memperkukuh budaya kualiti dan kecemerlangan akademik di UNIMAS.

Faculty of Social Sciences and Humanities,UNIMAS
Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub

Audit dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026 Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA) telah memulakan pelak...
04/09/2026

Audit dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026

Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA) telah memulakan pelaksanaan Audit Dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026 pada 1 September 2026, yang melibatkan program-program akademik di UNIMAS.

Program pertama yang menjalani penilaian ialah Program Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Antarabangsa) dengan Kepujian (MQA/FA9713), Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Audit yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Sidah Idris daripada Universiti Malaysia Sabah selaku Ketua Panel, bersama Dr. Sharifah Sophia Wan Ahmad dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan sebagai Panel Penilai, melibatkan beberapa aktiviti utama termasuk semakan dokumen dan bukti, verifikasi pelaksanaan program, sesi temu bual bersama pihak berkaitan serta penelitian terhadap aspek pengurusan dan penyampaian akademik program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, khususnya Dekan, Timbalan Dekan, Penyelaras Kualiti Akademik (PKA) serta Penyelaras Program, Staf Akademik dan Pentadbiran atas kerjasama, komitmen dan kesediaan dalam menjayakan pelaksanaan audit ini. Kerjasama erat daripada semua pihak amat penting dalam memastikan pematuhan terhadap keperluan akreditasi serta memperkukuh budaya kualiti akademik di UNIMAS.

FEB. Faculty of Economics and Business Unimas
FEB. Faculty of Economics and Business Universiti Malaysia Sarawak

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), Universiti Malaysia Sarawak (UNI...
03/09/2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atas kejayaan memperoleh Akreditasi Penuh bagi Program Sarjana Muda Sains Agroteknologi dengan Kepujian (MQA/FA14368) daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kesungguhan dan usaha berterusan seluruh warga FSTS dalam memastikan kualiti akademik serta penyampaian pendidikan sentiasa memenuhi standard yang ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada pihak pengurusan universiti, pengurusan fakulti, penyelaras program, staf akademik dan sokongan, serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan proses penilaian akreditasi ini.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kualiti program, memperkasa pengalaman pembelajaran pelajar serta melahirkan graduan yang kompeten dan berkualiti.

Tahniah dan syabas FSTS!
Teruskan kecemerlangan demi kualiti akademik UNIMAS.


Faculty of Resource Science and Technology

Sebahagian daripada Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh MQA bagi Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam)...
01/09/2026

Sebahagian daripada Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh MQA bagi Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian (MQA/FA15112) turut melibatkan kunjungan ke Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY), UNIMAS.

Lawatan ini memberi peluang kepada panel penilai untuk meninjau kemudahan dan sumber sokongan pembelajaran yang disediakan bagi menyokong keperluan akademik serta pengalaman pembelajaran pelajar.

Terima kasih PeTARY atas perkongsian dan kerjasama dalam menjayakan lawatan penilaian ini. 🤝📖

Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah selesai menerima Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayak...
01/09/2026

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah selesai menerima Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian (MQA/FA15112) yang telah berlangsung pada 27 hingga 28 Ogos 2026 bertempat di Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK), UNIMAS.

Penilaian telah dikendalikan oleh panel penilai yang terdiri daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Norhisham bin Muhamad dan YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nor bin Mamat, bersama Encik Sharjahan bin Mohamed Ali, Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) . Lawatan audit ini melibatkan proses penilaian dan pengesahan terhadap pelaksanaan program bagi memastikan pematuhan terhadap standard dan kriteria akreditasi yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Ahli Panel Penilai MQA serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang pelaksanaan lawatan audit ini. Semoga usaha berterusan dalam memperkukuh kualiti akademik dapat terus menyokong kecemerlangan program dan pengalaman pembelajaran pelajar di UNIMAS.

Faculty of Education, Language & Communication

Address

University House, Level 2, University Of Malaysia
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082582421

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Academic Quality Assurance Division posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Academic Quality Assurance Division:

Shortcuts

Share