26/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐ ๐จ๐๐ฌ ๐ง๐๐๐ ๐๐ซ๐ฃ๐ข: ๐๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐๐ง ๐๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข ๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐๐ฃ๐ง๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐ข๐ข๐ ๐ข๐ ๐ฅ๐๐๐ข๐ฅ๐๐ฆ
KOTA KINABALU, 24 Mei 2026 โ Program Sabah Muay Thai Expo: Ladies Fight and Pro Rising 2026 yang berlangsung meriah di Palm Square, Centre Point Kota Kinabalu telah mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan wanita teramai dalam kejohanan Muaythai.
Program berprestij tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan yang turut menyatakan sokongan penuh terhadap pembangunan sukan Muaythai khususnya dalam kalangan wanita dan belia di negeri Sabah.
Kejayaan penganjuran program ini membuktikan perkembangan positif sukan Muaythai di Sabah selain menjadi platform memperkasakan penglibatan wanita dalam arena sukan tempur secara sihat, kompetitif dan profesional.
Program tersebut turut mendapat tajaan melalui Geran Padanan Sukan (GPS) daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebanyak RM50,000.00 sebagai sokongan terhadap pembangunan industri sukan dan penganjuran program berimpak tinggi di peringkat negeri.
Majlis turut menyaksikan penyampaian cek cura tajaan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Geran Padanan Sukan (GPS) sebanyak RM50,000.00 yang telah disampaikan oleh Puan Sempini binti Langiton, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah.
Penyampaian tersebut disaksikan bersama oleh barisan tetamu kehormat iaitu YB Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, YBrs. Encik Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah dan YBrs. Ir. Haji Nazri Ab Razak, Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sabah.
Penganjuran Sabah Muay Thai Expo: Ladies Fight and Pro Rising 2026 diharap mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat-bakat baharu Muaythai di Sabah serta mengangkat negeri ini sebagai antara hab utama sukan tempur di Malaysia.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my