PPRPD Kontinjen Sabah

PPRPD Kontinjen Sabah Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah

18/07/2026
π„π—π‚πŽ 𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π‹π€πŠπ’π€ππ€ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€πKota Kinabalu, 17 Julai 2026 – Exco Aset dan Logistik Persatuan Pega...
18/07/2026

π„π—π‚πŽ 𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π‹π€πŠπ’π€ππ€ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π

Kota Kinabalu, 17 Julai 2026 – Exco Aset dan Logistik Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Kontinjen Sabah, Kpl Ahmad Sabri bin Shahlan, selaku wakil kepada YBrs. SM Rozman bin Abd Latip, Pengerusi PPRPD Kontinjen Sabah, telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu bagi menziarahi Sub Inspektor Hamdan bin Mohamad, SI Kebajikan IPK Sabah yang sedang menerima rawatan.

Dalam lawatan tersebut, Kpl Ahmad Sabri bin Shahlan telah menyampaikan sumbangan kebajikan daripada PPRPD Kontinjen Sabah sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga pasukan. Beliau turut menyampaikan salam daripada YBrs. SM Rozman bin Abd Latip, Pengerusi PPRPD Kontinjen Sabah, di samping memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar Sub Inspektor Hamdan dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberikan kekuatan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan PPRPD Kontinjen Sabah dalam menyantuni kebajikan warga pasukan serta memperkukuh semangat kebersamaan, keprihatinan dan silaturahim dalam kalangan ahli PDRM.

β€œBERSATU, BERJUANG, BERBAKTI”








Polis Sabah
Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 πˆππƒ 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 π‹π€πŠπ’π€ππ€ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ π€ππ†π†πŽπ“π€ π˜π€ππ† πŒπ„ππ„π‘πˆπŒπ€ 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍Beluran, 17 Julai 2026 – Persatuan Pegaw...
17/07/2026

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 πˆππƒ 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 π‹π€πŠπ’π€ππ€ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ π€ππ†π†πŽπ“π€ π˜π€ππ† πŒπ„ππ„π‘πˆπŒπ€ 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍

Beluran, 17 Julai 2026 – Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) IPD Beluran telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Beluran bagi menziarahi Sjn Wijasurah bin Amat, Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Beluran yang sedang menerima rawatan selepas mengalami serangan jantung akibat Acute Coronary Syndrome (ACS) ketika menjalankan tugas.

Lawatan tersebut diketuai oleh Sjn Santonius Januarius, selaku wakil Pengerusi PPRPD IPD Beluran, bersama Kpl Nurul Masyitah binti Mohamad Jalani, Naib Pengerusi II merangkap Exco Hal Ehwal Polis Wanita PPRPD Kontinjen Sabah yang juga Setiausaha PPRPD IPD Beluran, serta beberapa ahli PPRPD IPD Beluran.

Dalam lawatan tersebut, wakil Pengerusi PPRPD IPD Beluran telah menyampaikan sumbangan kebajikan daripada PPRPD Kontinjen Sabah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada beliau. Turut disampaikan salam serta ingatan daripada YBrs. SM Rozman bin Abd Latip, Pengerusi PPRPD Kontinjen Sabah, di samping menyampaikan kata-kata semangat dan mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang segera serta dipermudahkan segala urusan

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan PPRPD dalam menyantuni kebajikan ahli, di samping memperkukuh semangat kebersamaan dan silaturahim dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia.

β€œBERSATU, BERJUANG, BERBAKTI”









Polis Sabah
Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π‡π€πƒπˆπ‘ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€πŒπ€ππ€π“ πŠπ‡π€π’ π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„π‘π‰π€ ππƒπ‘πŒ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇Kota ...
17/07/2026

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π‡π€πƒπˆπ‘ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€πŒπ€ππ€π“ πŠπ‡π€π’ π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„π‘π‰π€ ππƒπ‘πŒ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Kota Kinabalu, 17 Julai 2026 – YBrs. SM Rozman bin Abd Latip, Pengerusi PPRPD Kontinjen Sabah bersama barisan EXCO PPRPD Kontinjen Sabah telah menghadiri Majlis Amanat Khas Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Warga Kerja PDRM Kontinjen Sabah yang berlangsung di Dewan Serbaguna IPD Kota Kinabalu.

Majlis dimulakan dengan ketibaan YDH DIG Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Sang Saka Biru.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ucapan dan Amanat Khas oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, yang menekankan kepentingan setiap warga PDRM untuk sentiasa memelihara disiplin, memperkukuh integriti, melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Beliau turut menyeru seluruh warga PDRM agar terus memperkukuh profesionalisme, meningkatkan komitmen dalam pelaksanaan tugas serta memelihara imej dan kredibiliti pasukan demi memastikan Polis Diraja Malaysia kekal sebagai sebuah organisasi yang berintegriti, berwibawa dan diyakini masyarakat.

β€œBERSATU, BERJUANG, BERBAKTI”







Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

16/07/2026

ππ„π‘π’πˆπ€ππ€π π‘π€ππˆ, ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π ππ„π‘πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ

Persatuan-Persatuan PDRM Kontinjen Sabah mengadakan lawatan tapak sebagai persediaan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-35 Tahun 2026, di samping meninjau lokasi Program Lawatan Kebajikan yang bakal dilaksanakan di Ranau.

Setiap perancangan disusun dengan teliti demi memastikan kelancaran program serta meneruskan komitmen PDRM dalam menyantuni masyarakat.

β€œBERSATU, BERJUANG, BERBAKTI”









𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 ππƒπ‘πŒ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€...
15/07/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 ππƒπ‘πŒ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ππƒπ‘πŒ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Ranau, 16 Julai 2026 – Persatuan-Persatuan PDRM Kontinjen Sabah telah mengadakan lawatan tapak bagi Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Persatuan PDRM Kontinjen Sabah yang dijadualkan berlangsung di Perkasa Hotel Kundasang, Ranau.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau lokasi rasmi Mesyuarat Agung dan Majlis Perasmian, di samping menyelaras aspek logistik, susun atur program, protokol serta keperluan teknikal bagi memastikan keseluruhan perjalanan majlis dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Rombongan turut mengadakan lawatan tapak ke lokasi Program Lawatan Kebajikan PDRM Kontinjen Sabah yang melibatkan Rumah Kanak-Kanak Don Bosco, Tenompok Bundu Tuhan serta Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum As-Sobirin, Kampung Sosondoton, Bundu Tuhan, Ranau.

Lawatan ini bertujuan meninjau dan menyelaras segala keperluan pelaksanaan program agar dapat dilaksanakan dengan sempurna, sekali gus mencerminkan komitmen PDRM dalam menyantuni masyarakat serta mengukuhkan hubungan erat antara polis dan komuniti, selaras dengan slogan β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

Lawatan ini mencerminkan komitmen Persatuan-Persatuan PDRM Kontinjen Sabah dalam memastikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-35 Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui perancangan yang teliti, penyelarasan yang berkesan serta kerjasama erat semua pihak yang terlibat.

β€œBERSATU, BERJUANG, BERBAKTI”










Polis Sabah
Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍-𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 ππƒπ‘πŒ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π€πƒπ€πŠπ€π πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔Ranau, 16 Julai 2026 – ...
15/07/2026

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍-𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 ππƒπ‘πŒ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π€πƒπ€πŠπ€π πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔

Ranau, 16 Julai 2026 – Persatuan PDRM Kontinjen Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH Supt. Mursalin bin Mahmud, Ketua Polis Daerah Ranau, bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memaklumkan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan-Persatuan PDRM Kontinjen Sabah Kali Ke-35 Tahun 2026 yang akan diadakan di daerah Ranau, di samping mengadakan perbincangan berkaitan persediaan, penyelarasan atur cara, logistik serta pelaksanaan program sepanjang mesyuarat agung tersebut.

Turut dibincangkan ialah pelaksanaan Program Lawatan Kebajikan yang akan diadakan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan, sebagai sebahagian daripada agenda kebajikan persatuan dalam menyantuni warga PDRM.

Sejurus selesai kunjungan hormat, rombongan telah mengadakan lawatan tapak ke Heritage Hall, Perkasa Hotel Kundasang, lokasi rasmi Mesyuarat Agung dan Majlis Perasmian, selain meninjau lokasi-lokasi yang dikenal pasti bagi pelaksanaan Program Lawatan Kebajikan. Lawatan ini bertujuan memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah YDH Supt. Dr. Lim Chui Lee, Timbalan Pengerusi PPKP Kontinjen Sabah; YDH DSP Ainie binti Mohd Salleh, Setiausaha PPKP Kontinjen Sabah; YBrs. Insp. Mohd Yusuf bin Selamat, Pengerusi PPKP B Kontinjen Sabah; YBrs. SM Rozman bin Abd Latip, Pengerusi PPRPD Kontinjen Sabah; serta YBrs. Kpl Imran Simon, Setiausaha PPRPD Kontinjen Sabah.

Kunjungan hormat ini mencerminkan kerjasama erat antara Persatuan-Persatuan PDRM Kontinjen Sabah dan IPD Ranau dalam memastikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan-Persatuan PDRM Kontinjen Sabah Kali Ke-35 Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus memperkukuh agenda kebajikan, perpaduan dan pembangunan organisasi warga PDRM.

β€œBERSATU, BERJUANG, BERBAKTI”











Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia
Polis Sabah

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„πŒπ€π“π€π 𝐋𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 π‡π€πŠπˆπŠπˆ 𝐏𝐑𝐏 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπ„ππˆππ†π€π”Keningau, 15 Julai 2026 – Majlis Penyematan Lencana Hakiki Pe...
15/07/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„πŒπ€π“π€π 𝐋𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 π‡π€πŠπˆπŠπˆ 𝐏𝐑𝐏 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπ„ππˆππ†π€π”

Keningau, 15 Julai 2026 – Majlis Penyematan Lencana Hakiki Pegawai Rendah Polis (PRP) Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau telah disempurnakan oleh YDH Supt. Yampil ak Garai, Ketua Polis Daerah Keningau, sempena Perhimpunan Bulanan IPD Keningau yang berlangsung di Dewan Sri Kompleks Perumahan IPD Keningau.

Seramai 34 Pegawai Rendah Polis (PRP) yang terdiri daripada pegawai berpangkat Sarjan, Sarjan Mejar dan Sub Inspektor telah menerima Penyematan Lencana Hakiki sebagai simbol pengiktirafan terhadap jawatan hakiki yang disandang serta amanah yang dipikul dalam Polis Diraja Malaysia.

Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh istiadat, sekali gus mencerminkan penghargaan terhadap Pegawai Rendah Polis yang menerima Penyematan Lencana Hakiki.

β€œBERSATU, BERJUANG, BERBAKTI”









ππ„ππ˜π„πŒπ€π“π€π 𝐋𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 π‡π€πŠπˆπŠπˆ 𝐏𝐑𝐏 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπ”ππ€πŠKunak, 16 Julai 2026 – Majlis Penyematan Lencana Hakiki Pegawai Rendah ...
15/07/2026

ππ„ππ˜π„πŒπ€π“π€π 𝐋𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 π‡π€πŠπˆπŠπˆ 𝐏𝐑𝐏 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπ”ππ€πŠ

Kunak, 16 Julai 2026 – Majlis Penyematan Lencana Hakiki Pegawai Rendah Polis (PRP) Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak telah disempurnakan oleh YDH Supt. Rejali ak Angong, Ketua Polis Daerah Kunak bersempena Perhimpunan Bulanan IPD Kunak bagi bulan Julai 2026 yang berlangsung di perkarangan IPD Kunak.

Dalam majlis tersebut, SI Mohd Jalilun bin Marajanun dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD) telah menerima Penyematan Lencana Hakiki PRP sebagai pengiktirafan terhadap jawatan hakiki yang disandang serta amanah yang dipikul dalam Polis Diraja Malaysia.

Penyematan Lencana Hakiki ini merupakan simbol penghargaan pasukan terhadap Pegawai Rendah Polis yang telah memenuhi syarat serta memegang jawatan hakiki mengikut ketetapan PDRM, sekali gus memperkukuhkan semangat profesionalisme, kepimpinan dan integriti dalam melaksanakan tugas.

β€œBERSATU, BERJUANG, BERBAKTI”








π“π€π‡π”πŠπ€π‡ 𝐀𝐍𝐃𝐀? | 𝐀𝐏𝐀 π…π”ππ†π’πˆ 𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃?Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) bukan sekadar sebuah persatuan, ...
14/07/2026

π“π€π‡π”πŠπ€π‡ 𝐀𝐍𝐃𝐀? | 𝐀𝐏𝐀 π…π”ππ†π’πˆ 𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃?

Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) bukan sekadar sebuah persatuan, malah menjadi wadah yang memperjuangkan kebajikan, perpaduan dan kepentingan Pegawai Rendah Polis (PRP) di seluruh negara.

Antara fungsi utama PPRPD ialah:

πŸ”Ή Memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan ahli.
πŸ”Ή Menjadi medium penyampaian pandangan serta kepentingan Pegawai Rendah Polis.
πŸ”Ή Menyantuni ahli yang ditimpa musibah melalui lawatan kebajikan dan bantuan yang bersesuaian.
πŸ”Ή Menganjurkan program pembangunan, kepimpinan, sukan, kebajikan dan kemasyarakatan.
πŸ”Ή Memupuk semangat perpaduan, ukhuwah dan kekeluargaan dalam kalangan warga Pegawai Rendah Polis.
πŸ”Ή Menghargai jasa serta pengorbanan ahli yang telah berkhidmat kepada pasukan.

PPRPD akan terus komited menjadi sebuah persatuan yang sentiasa dekat dengan ahli serta memperkasakan kebajikan, selaras dengan aspirasi Polis Diraja Malaysia.

β€œBERSATU, BERJUANG, BERBAKTI”








Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia
Polis Sabah

Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kota Kinabalu
88560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPRPD Kontinjen Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share