Markas Angkatan Kapal Selam

Markas Angkatan Kapal Selam Official Page of Submarine Force HQ

15 Ogos 26 - Bukan sekadar sebutir lencana, tetapi lambang pengiktirafan, keberanian dan amanah yang dipikul demi kedaul...
16/08/2026

15 Ogos 26 - Bukan sekadar sebutir lencana, tetapi lambang pengiktirafan, keberanian dan amanah yang dipikul demi kedaulatan negara.

Majlis Pemakaian Lencana Kepakaran Kapal Selam menjadi detik penuh bermakna dalam mengiktiraf warga kapal selam yang telah membuktikan kompetensi, disiplin, ketahanan mental dan profesionalisme dalam mengharungi cabaran dunia bawah permukaan.

Setiap lencana yang disemat membawa erti yang besar β€” kepakaran yang diuji, amanah yang dipikul dan tanggungjawab yang tidak pernah dikompromi.

πŸ”₯ Tahniah dan syabas kepada semua penerima!
Teruskan melakar kecemerlangan. Kepakaran dipertingkat, amanah dijunjung, kedaulatan dipertahan.

16/08/2026
30/07/2026

ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒 πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π“π‹πƒπŒ

Berhemah Berkongsi. Berdisiplin Sentiasa. Keselamatan Maklumat, Tanggungjawab Bersama.

Setiap hantaran, komen, gambar dan video yang dimuat naik di media sosial mencerminkan imej Tentera Laut Diraja Malaysia. Justeru, seluruh warga TLDM hendaklah sentiasa mematuhi Perintah Am Angkatan Tentera Malaysia (PAAT) Bil. 1/2025 dalam setiap penggunaan platform media sosial.

!! πˆππ†π€π“ !!

- Jangan sesekali mendedahkan maklumat operasi, latihan, lokasi, pergerakan aset atau anggota.
- Jangan berkongsi dokumen, gambar atau video yang berstatus rasmi tanpa kebenaran.
- Elakkan sebarang kandungan yang boleh menjejaskan imej ATM, TLDM dan Kementerian Pertahanan.
- Berfikir sebelum memuat naik. Apa yang dikongsi di media sosial boleh memberi implikasi kepada keselamatan negara.

Media sosial adalah hak individu, tetapi tanggungjawab sebagai anggota TLDM tidak pernah berakhir.

Satu hantaran yang cuai mampu mengundang risiko besar kepada keselamatan operasi, organisasi dan negara.



Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Angkatan Kapal Selam17 Jul 26 - Simbolik kesinambungan kepimpinan dan komitm...
18/07/2026

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Angkatan Kapal Selam

17 Jul 26 - Simbolik kesinambungan kepimpinan dan komitmen dalam meneruskan legasi kecemerlangan organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kept Mohd Reduan bin Ayob TLDM atas segala jasa dan bakti, selamat menjalankan amanah kepada Ketua Staf yang baharu Kept Dzul Khairi bin Mat Saad TLDM.



SURVIVAL EXERCISE (SURVIVEX) KE-2 TAHUN 2026Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) telah melaksanakan Survival Exercise (SUR...
17/06/2026

SURVIVAL EXERCISE (SURVIVEX) KE-2 TAHUN 2026
Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) telah melaksanakan Survival Exercise (SURVIVEX) Ke-2 Tahun 2026 sebagai usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga kapal selam dalam menghadapi situasi kecemasan.

Latihan yang berlangsung dari 16 hingga 19 Jun 26 ini melibatkan simulasi KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) yang mengalami kecemasan dan memerlukan bantuan serta penyelamatan. Seramai 32 orang warga kapal selam bersama 2 orang Tim Bantuan terlibat bagi menguji prosedur survival dan pengurusan kecemasan di dalam kapal selam.

Pada masa yang sama, organisasi sokongan daratan melaksanakan prosedur pengurusan insiden dan penyelarasan operasi bagi memastikan tindakan bantuan dan penyelamatan dapat dilaksanakan dengan terancang dan berkesan.

Latihan ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan anggota, memperkukuhkan kecekapan operasi serta meningkatkan koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam menghadapi sebarang insiden yang melibatkan aset kapal selam TLDM.

MAKS komited untuk terus memperkasakan kompetensi warga kapal selam serta memastikan kesiapsiagaan operasi sentiasa berada pada tahap tertinggi demi mempertahankan kedaulatan perairan negara.





09/06/2026
04/06/2026

βš“ ANGKATAN KAPAL SELAM TLDM βš“

"Beneath the surface lies a world few will ever see. Fewer still will have the courage to serve there."

Di bawah permukaan laut, operasi berjalan dalam senyap. Tiada sorakan. Tiada publisiti. Hanya profesional yang terlatih, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran yang tidak mampu dipikul oleh kebanyakan orang.

🚒 Operasi strategik
βš™οΈ Kepakaran teknikal bertaraf tinggi
🌊 Bertugas di persekitaran paling mencabar
πŸ‡²πŸ‡Ύ Mempertahankan kedaulatan negara dari bawah permukaan

"Silent Service. Unseen Presence. Unwavering Commitment."

βš“οΈ MENJUNJUNG AMANAH, MENERUSKAN LEGASI βš“οΈ22 Mei 26 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD TUNKU ABDUL RAHMAN...
22/05/2026

βš“οΈ MENJUNJUNG AMANAH, MENERUSKAN LEGASI βš“οΈ

22 Mei 26 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD TUNKU ABDUL RAHMAN merangkap Pegawai Kanan Skuadron Kapal Selam Pertama telah disempurnakan sebagai simbol kesinambungan kepimpinan.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Selamat melaksanakan amanah kepada kepimpinan baharu demi meneruskan kecemerlangan Skuadron Kapal Selam Pertama.

Address

Pangkalan TLDM Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88846

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Angkatan Kapal Selam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category