Hasnol Ayub

Hasnol Ayub Socio-Technocrat | A Public Thinker

17 Mac 2026Program Penyampaian Angpau Raya Aidilfitri telah selesai dilaksanakan dengan lancar di Pejabat UMNO Bahagian ...
17/03/2026

17 Mac 2026

Program Penyampaian Angpau Raya Aidilfitri telah selesai dilaksanakan dengan lancar di Pejabat UMNO Bahagian Penampang petang tadi.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam komuniti.

Semoga usaha seperti ini terus membawa manfaat dan keberkatan buat kita semua. 🤲

16 Mac 2026Malam ini berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa, solat Tarawih, moreh dan santai bersama penduduk sek...
16/03/2026

16 Mac 2026

Malam ini berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa, solat Tarawih, moreh dan santai bersama penduduk sekitar Taman Pasir Putih yang diadakan di kediaman rumah kedai Hj Wasli.

Suasana cukup mesra dan penuh ukhuwah apabila dapat berkumpul serta beramah mesra bersama masyarakat setempat dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Semoga silaturahim yang terjalin terus diperkukuhkan dan diberkati.

Terima kasih atas jemputan dan layanan baik daripada semua yang hadir. 🌙

16 Mac 2026Petang tadi sekitar jam 4.00 petang, berkesempatan turun padang menyantuni para balu di Kampung Tanjung Aru L...
16/03/2026

16 Mac 2026

Petang tadi sekitar jam 4.00 petang, berkesempatan turun padang menyantuni para balu di Kampung Tanjung Aru Lama melalui program penyampaian bantuan yang telah dilaksanakan masuk tahun ke-16.

Program ini merupakan usaha berterusan bagi menunjukkan keprihatinan serta memastikan golongan yang memerlukan sentiasa diberi perhatian. Semoga sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi semangat kepada para penerima.

InsyaAllah, komitmen untuk terus membantu dan menyantuni masyarakat akan diteruskan pada masa akan datang.

14 Mac 2025Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan menghadiri Program Iftar Jamaie PPKI SKOP anjuran warga Sekolah K...
14/03/2026

14 Mac 2025

Alhamdulillah,

malam ini saya berkesempatan menghadiri Program Iftar Jamaie PPKI SKOP anjuran warga Sekolah Kebangsaan Kampung Contoh, Petagas, Penampang dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Terima kasih kepada pihak sekolah, para guru, ibu bapa serta semua yang hadir atas usaha murni menganjurkan majlis yang cukup bermakna ini. Selain berbuka puasa bersama, majlis ini juga memberi ruang untuk kita mengeratkan silaturahim serta berkongsi rezeki dengan komuniti setempat.

Saya juga berbesar hati dapat menyampaikan sedikit sumbangan kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan serta kebajikan anak-anak kita.

Semoga usaha dan keikhlasan semua pihak dalam menjayakan program ini diberkati Allah SWT, dan semoga Ramadan kali ini terus menguatkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan ukhuwah dalam masyarakat.

Semoga segala amal kita diterima dan diberkati.

“The concept of a Borneo Bloc is intended as a platform for dialogue, not as a political bloc.Discussions should remain ...
13/03/2026

“The concept of a Borneo Bloc is intended as a platform for dialogue, not as a political bloc.
Discussions should remain professional, based on facts and guided by existing institutional frameworks.”

Blok Borneo wajar dilihat sebagai platform dialog yang konstruktif dalam memperhalusi pelaksanaan Malaysia Agreement 196...
13/03/2026

Blok Borneo wajar dilihat sebagai platform dialog yang konstruktif dalam memperhalusi pelaksanaan Malaysia Agreement 1963 (MA63). Melalui perbincangan yang matang serta berlandaskan Perlembagaan, usaha ini diyakini mampu memperkukuh hubungan antara Sabah, Sarawak dan Kerajaan Persekutuan demi kestabilan serta kemajuan bersama.

12 Mac 2026Menghadiri Majlis Iftar Ramadan anjuran UMNO Sabah pada hari ini bersama barisan kepimpinan serta sahabat-sah...
12/03/2026

12 Mac 2026

Menghadiri Majlis Iftar Ramadan anjuran UMNO Sabah pada hari ini bersama barisan kepimpinan serta sahabat-sahabat perjuangan.

Semoga Ramadan yang penuh keberkatan ini terus mengeratkan ukhuwah, memperkukuhkan semangat kebersamaan dan memperteguh komitmen kita dalam berkhidmat kepada rakyat serta agama.

11 Mac 2026Alhamdulillah, telah berlangsung program penyerahan sumbangan kepada Pengerusi Surau dan para penerima asnaf ...
11/03/2026

11 Mac 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung program penyerahan sumbangan kepada Pengerusi Surau dan para penerima asnaf yang disampaikan oleh Datuk Haji Hasnol Ayub di Surau Istiqomah Taman Olivia Kepayan.

Program turut diserikan dengan aktiviti memasak bubur lambuk yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Sabah sebagai tanda kebersamaan dan semangat gotong-royong bersama komuniti setempat.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan membawa keberkatan kepada semua.

𝐌𝐚𝐫𝐡𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat islam.Semoga Ramadan kali ini menguatk...
18/02/2026

𝐌𝐚𝐫𝐡𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat islam.
Semoga Ramadan kali ini menguatkan ukhuwah, menyemai kesabaran serta meningkatkan keimanan dalam diri kita semua.

Marilah kita bersama-sama merebut ganjaran dan keberkatan yang dijanjikan.

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدّم من ذنبه

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saya melihat potensi besar dalam bakat-bakat Borneo.Apa yang mereka perlukan hanyalah peluang, bimbingan dan ekosistem y...
26/01/2026

Saya melihat potensi besar dalam bakat-bakat Borneo.

Apa yang mereka perlukan hanyalah peluang, bimbingan dan ekosistem yang menyokong.
Ucapan ini bukan sekadar kata-kata, tetapi satu amanah — untuk memastikan inisiatif inkubasi dan pembangunan bakat terus relevan, berfokus dan memberi impak sebenar kepada ekonomi Bumiputera.

Kita tidak membina kejayaan untuk hari ini sahaja, tetapi untuk generasi akan datang.
✨ Masa depan tidak ditunggu. Ia dibina.





21 Januari 2026Sempat melawat di markas Saudara Miha, calon Barisan Nasional DUN N.58 Lamag. Suasana penuh semangat, kes...
23/01/2026

21 Januari 2026
Sempat melawat di markas Saudara Miha, calon Barisan Nasional DUN N.58 Lamag. Suasana penuh semangat, kesatuan jentera jelas terasa, memperlihatkan kesiapsiagaan dan tekad kuat untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di kawasan ini.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hasnol Ayub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share