JUPEM Sabah

JUPEM Sabah Bahagian Pemetaan Topografi Sabah atau JUPEM Sabah diwujudkan berasaskan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962 dan mula beroperasi pada Oktober 1983.

Mandat yang diberikan ialah untuk menjalankan kerja pemetaan & pengukuran geodetik di negeri Sabah.

๐Ÿ“ฐ ๐Š๐„๐‘๐€๐“๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐๐€๐‘ | ๐Š๐•๐‚, ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐๐จ๐จ๐ฌ๐ญ ๐†๐ž๐จ๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐œ๐ฌ ๐’๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐“๐ก๐ซ๐จ๐ฎ๐ ๐ก ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ๐ฆ๐žBahagian Pemetaan Topografi Sabah, JUPEM Sabah men...
05/06/2026

๐Ÿ“ฐ ๐Š๐„๐‘๐€๐“๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐๐€๐‘ | ๐Š๐•๐‚, ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐๐จ๐จ๐ฌ๐ญ ๐†๐ž๐จ๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐œ๐ฌ ๐’๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐“๐ก๐ซ๐จ๐ฎ๐ ๐ก ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ๐ฆ๐ž

Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, JUPEM Sabah mengucapkan terima kasih kepada media atas liputan Program Hari Ukur Geomatik yang dianjurkan bersama Kolej Vokasional Keningau (KVC).

Program ini bertujuan memperkukuh kemahiran geomatik dalam kalangan pelajar TVET melalui perkongsian ilmu, demonstrasi peralatan ukur moden serta pendedahan kepada teknologi pemetaan dan geospatial terkini.

Kerjasama antara JUPEM Sabah dan institusi pendidikan diharap dapat terus melahirkan modal insan berkemahiran tinggi serta meningkatkan minat generasi muda terhadap bidang ukur dan pemetaan.

03/06/2026
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐๐‰๐€๐–๐€๐“ ๐€๐–๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐Š๐–๐€๐’๐€ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐˜๐๐‡๐†. ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐‘๐€๐™๐€๐‹๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐–๐€๐‡๐€๐, ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ...
03/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐๐‰๐€๐–๐€๐“ ๐€๐–๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐Š๐–๐€๐’๐€ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐˜๐๐‡๐†. ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐‘๐€๐™๐€๐‹๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐–๐€๐‡๐€๐, ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐ ๐’๐€๐๐€๐‡

๐Ÿ“ Kompleks KWASA, Kota Kinabalu, Sabah
๐Ÿ“… Rabu | 3 Jun 2026

Bahagian Pemetaan Topografi Sabah berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah, sempena Program Menyantuni Warga Penjawat Awam Persekutuan di Kompleks KWASA.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan beliau dalam mendekati serta menyantuni warga perkhidmatan awam Persekutuan yang bertugas di Sabah. Di samping itu, lawatan ini turut memberi peluang kepada beliau untuk meninjau persekitaran kerja serta bertukar pandangan mengenai pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk Mohd Razali berkesempatan berinteraksi dengan warga Bahagian Pemetaan Topografi Sabah serta mendengar taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan bahagian dalam penyediaan data geospatial dan topografi yang menyokong pelbagai agenda pembangunan negeri dan negara.

Warga Bahagian Pemetaan Topografi Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa untuk bertemu dan menyantuni warga kerja di Kompleks KWASA. Semoga program seumpama ini dapat terus memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan dan warga penjawat awam serta menyuntik semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang, berintegriti dan berkesan kepada rakyat.








๐ŸŒพ๐‘ฒ๐’๐’•๐’๐’ƒ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’…๐’‚๐’– ๐‘ป๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’›๐’ ๐‘ซ๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’ 2026๐ŸŒพSelamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2026 kepada seluruh masyarakat yang merai...
29/05/2026

๐ŸŒพ๐‘ฒ๐’๐’•๐’๐’ƒ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’…๐’‚๐’– ๐‘ป๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’›๐’ ๐‘ซ๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’ 2026๐ŸŒพ

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2026 kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.

Semoga sambutan ini terus memperkukuhkan semangat perpaduan, keharmonian, serta penghargaan terhadap warisan budaya dan adat tradisi yang menjadi kebanggaan bersama.

"๐™†๐’‚๐™–๐’Ž๐™–๐’•๐™–๐’ : ๐‘ด๐™š๐’๐™ช๐’‚๐™ž ๐™‹๐’†๐™ง๐’‘๐™–๐’…๐™ช๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’“๐™–๐’Š๐™ ๐’‚๐™ฃ ๐™†๐’†๐™๐’‚๐™ง๐’Ž๐™ค๐’๐™ž๐’‚๐™ฃ" ๐ŸŒพ๐ŸŒพ

๐ŸŒ™๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘น๐’‚๐’š๐’‚ ๐‘จ๐’Š๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’…๐’‰๐’‚ 1447๐‘ฏ/2026๐‘ด๐ŸŒ™Seluruh warga Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, JUPEM mengucapkan Selamat Hari...
27/05/2026

๐ŸŒ™๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘น๐’‚๐’š๐’‚ ๐‘จ๐’Š๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’…๐’‰๐’‚ 1447๐‘ฏ/2026๐‘ด๐ŸŒ™

Seluruh warga Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, JUPEM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Sabah yang meraikannya.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim.๐ŸŒŸ


๐Ÿ“ ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐”๐Š๐”๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐“๐€๐€๐ ๐ˆ๐ˆ (๐“๐Š๐๐”๐ ๐ˆ๐ˆ), ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐Š๐„ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐“๐€๐€๐ ๐“๐Ž๐๐Ž๐†๐‘๐€๐…๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡Bahagian ...
22/05/2026

๐Ÿ“ ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐”๐Š๐”๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐“๐€๐€๐ ๐ˆ๐ˆ (๐“๐Š๐๐”๐ ๐ˆ๐ˆ), ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐Š๐„ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐“๐€๐€๐ ๐“๐Ž๐๐Ž๐†๐‘๐€๐…๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡

Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSBH) berbesar hati menerima kunjungan LSr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, BCN., AMP., Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II (TKPUP II) ke Ibu Pejabat Bahagian Pemetaan Topografi Sabah. ini merupakan kunjungan pertama beliau ke BPTSBH.

Sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak pengurusan tertinggi JUPEM dalam memastikan setiap bahagian dan cawangan sentiasa bergerak selaras dengan aspirasi jabatan ke arah memperkukuh kecemerlangan penyampaian perkhidmatan, pemodenan sistem kerja serta pengukuhan tadbir urus organisasi.

Sebelum ke BPTSBH, TKPUP II turut mengadakan sesi turun padang ke tapak Kompleks Mini NRES Sabah pada sebelah pagi bagi meninjau perkembangan projek serta kemudahan yang sedang dibangunkan.

Pihak Bahagian Pemetaan Topografi Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian TKPUP II meluangkan masa mengadakan sesi kunjungan tersebut. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi organisasi serta memperkukuhkan lagi iltizam seluruh warga JUPEM dalam merealisasikan visi jabatan sebagai peneraju unggul perkhidmatan ukur dan pemetaan negara.




๐Ÿ“ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐“๐”๐‘๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐˜๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐’๐”๐Œ๐๐„๐‘ ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ ๐๐‘๐„๐’ ๐’๐€๐๐€๐‡Bahagian Pemetaan To...
22/05/2026

๐Ÿ“ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐“๐”๐‘๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐˜๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐’๐”๐Œ๐๐„๐‘ ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ ๐๐‘๐„๐’ ๐’๐€๐๐€๐‡

Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada hari ini telah menyertai Sesi Turun Padang YB Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Yb Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, ke Tapak Kompleks Mini NRES Sabah.

Ketibaan beliau telah disambut oleh LSr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, BCN., AMP., Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, bersama Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Sr Shaffri bin Baudi, pegawai-pegawai daripada BPTSBH dan agensi berkaitan.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan ketibaan tetamu jemputan sebelum diteruskan dengan bacaan doa serta sesi taklimat ringkas pengenalan projek oleh JUPEM yang di sampaikan oleh Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dan pembentangan status semasa projek oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah.

Turut diadakan taklimat keselamatan oleh pihak kontraktor sebelum delegasi dibawa melawat kawasan pembinaan bagi sesi walking briefing untuk meninjau perkembangan semasa projek Kompleks Mini NRES Sabah.

Sesi turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan kementerian dan agensi terlibat dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, teratur dan mencapai objektif pembangunan yang telah dirancang, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).






๐Ÿ“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐€๐’๐„๐“ ๐€๐‹๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐Š๐”๐‘ ๐†๐„๐Ž๐Œ๐€๐“๐ˆ๐Š๐Ÿ“… 21 Mei 2026๐Ÿ“Œ Kolej Vokasional, KeningauBahagian Pemetaan T...
21/05/2026

๐Ÿ“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐€๐’๐„๐“ ๐€๐‹๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐Š๐”๐‘ ๐†๐„๐Ž๐Œ๐€๐“๐ˆ๐Š

๐Ÿ“… 21 Mei 2026

๐Ÿ“Œ Kolej Vokasional, Keningau

Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menerima jemputan daripada Kolej Vokasional Keningau bagi menjayakan Program Hari Ukur Geomatik serta Majlis Penyerahan Aset Alih yang telah berlangsung di Kolej Vokasional Keningau pada 21 Mei 2026.

Program ini merupakan susulan kepada urusan pindahan aset alih kerajaan yang telah dilaksanakan pada 10 Februari 2026 melibatkan 7 unit komputer meja, 6 buah kerusi dan 5 buah meja kepada pihak kolej. Selain itu, sebanyak 2 unit alat ukur total station berjenama Pentax dan Topcon turut diserahkan kepada pihak kolej bagi tujuan pembelajaran dan latihan pelajar.

Majlis ini turut menjadi platform perkongsian ilmu berkaitan bidang geomatik yang merangkumi ukur tanah, pemetaan, GIS, penderiaan jauh, teknologi dron, pemetaan digital serta teknologi satelit dan navigasi global. Para pelajar baharu sijil dan diploma Program Teknologi Pembinaan turut berpeluang melihat pameran peralatan geomatik serta berinteraksi secara langsung bersama pegawai dan kakitangan JUPEM.

Turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah Pengarah Ukur Bahagian, Sr. Shaffri Baudi, pegawai dan kakitangan JUPEM daripada Cawangan Pengurusan Data, Cawangan Penerbitan Peta, Unit UAS, Unit Aset serta anggota sokongan teknikal.

Semoga program seperti ini dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai bidang geomatik serta membuka minat terhadap peluang kerjaya dalam sektor geospatial pada masa hadapan. JUPEM juga berharap aset yang diserahkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyokong proses pembelajaran dan pembangunan kemahiran pelajar di Kolej Vokasional Keningau.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘ผ๐‘ฎ๐‘จ๐‘บ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ถ๐‘ณ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น ๐‘ฎ๐‘น๐‘ฌ๐‘ซ ๐‘ฑ๐‘จ6 ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ป ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘ถ...
19/05/2026

๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘ผ๐‘ฎ๐‘จ๐‘บ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ถ๐‘ณ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น ๐‘ฎ๐‘น๐‘ฌ๐‘ซ ๐‘ฑ๐‘จ6 ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ป ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘ถ๐‘ท๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ญ๐‘ฐ ๐‘บ๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ

Bahagian Pemetaan Topografi Sabah telah mengadakan Sesi Serah Tugas bagi Arahan Pertukaran Penolong Juruukur Gred JA6 serta Amanat Ringkas daripada Pengarah Ukur Bahagian. Majlis ini telah berlangsung pada 18 Mei 2026 (Isnin), jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPT Sabah).

Sesi ini diadakan bagi melaksanakan proses penyerahan portfolio dan tanggungjawab antara pegawai yang terlibat selaras dengan arahan pengisian dan pertukaran dalaman. Penyerahan tersebut telah disaksikan oleh Sr. Shaffri Bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah. Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Sr. Nur Zurairah Binti Abdul Halim, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Pengarah Ukur Seksyen, Ketua-Ketua Cawangan, Ketua-Ketua Unit serta pegawai-pegawai Bahagian Pemetaan Topografi Sabah.

Majlis turut diisi dengan sesi penyerahan Nota Serah Tugas antara pegawai yang terlibat dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama Ketua Jabatan sebagai tanda penghargaan serta sokongan terhadap amanah baharu yang dipertanggungjawabkan.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua pegawai yang menerima tanggungjawab baharu. Semoga pertukaran ini menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi, pengukuhan semangat kerja berpasukan serta kecemerlangan berterusan dalam perkhidmatan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah.

10/05/2026

Address

Tingkat 3, Blok B, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing
Kota Kinabalu
88840

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JUPEM Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share