Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah

Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah Laman Rasmi Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah

08 September 2026 - Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah telah menerima lawatan kerja daripada En. Reza Ali, Pengar...
09/09/2026

08 September 2026 - Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah telah menerima lawatan kerja daripada En. Reza Ali, Pengarah Dasar AI Malaysia. Lawatan ini bertujuan sebagai sesi pengenalan dan seterusnya membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan serta pengukuhan ekosistem digital di Sabah.

Dalam sesi tersebut, En. Reza Ali turut mengambil kesempatan untuk membentangkan Pelan Hala Tuju AI Nation 2030, yang menjadi antara perkara utama dalam perbincangan bagi memperkukuh agenda kecerdasan buatan di Malaysia.

Sesi ini turut membuka ruang kepada AI Malaysia dan KD Sabah untuk bertukar pandangan serta membincangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi memastikan Pelan Hala Tuju AI Nation 2030 dapat direalisasikan, termasuk meneroka penganjuran program-program berkaitan AI di Sabah.

Kerjasama dan pertukaran pandangan ini diharap dapat memperkukuh jaringan antara pihak berkepentingan serta menyokong pembangunan ekosistem kecerdasan buatan dan digital yang lebih dinamik di Sabah, selaras dengan aspirasi negara dalam memperkasa teknologi AI.

30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI SABAH BAGI TAHUN 2026 🌺

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Dalam mendepani era transformasi digital, marilah kita memanfaatkan teknologi secara inklusif, bertanggungjawab dan beretika sebagai pemangkin kemajuan serta medium memperkasa rakyat, memperkukuh ekonomi digital dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menjadi asas dalam membina sebuah Malaysia dan Sabah yang maju, sejahtera, berdaya saing serta inklusif untuk generasi masa kini dan akan datang.

Ikhlas daripada
Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah.

24/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak serta sifat mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyemai nilai kasih sayang, perpaduan, integriti dan ihsan dalam diri, serta menjadi inspirasi untuk membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Dalam mendepani era digital, marilah kita memanfaatkan teknologi dengan penuh tanggungjawab dan beretika, selaras dengan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Ikhlas daripada:
Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah

13 Ogos 2026 - Satu sesi Libat Urus antara Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah dan Malaysia Digital Chamber of Com...
14/08/2026

13 Ogos 2026 - Satu sesi Libat Urus antara Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah dan Malaysia Digital Chamber of Commerce - Sabah Chapter telah berlangsung bagi membincangkan hala tuju serta jaringan kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem dan ekonomi digital di negeri Sabah.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah kerjasama strategik bagi Program Digital Tamu Digital@Sabah yang akan berlangsung pada September 2026. MDCC Sabah Chapter menyatakan kesediaan untuk menjadi rakan strategik program tersebut, termasuk berkongsi kepakaran dan pengalaman hasil penganjuran Malaysia Digital Economy Forum (MDEF) 2026.

Sesi libat urus ini turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekosistem digital Sabah melalui kerjasama dan sinergi yang lebih erat antara kerajaan, pihak industri, institusi akademia serta pelbagai pemegang taruh dalam mewujudkan persekitaran perniagaan digital yang lebih kondusif.

Jaringan kerjasama ini penting dalam memastikan bakat dan usahawan tempatan terus berkembang serta berdaya saing di Sabah, di samping membuka ruang kepada lebih banyak pemain industri luar untuk menjalinkan kerjasama, berkongsi kepakaran dan meneroka peluang pelaburan dalam ekosistem digital negeri.

Kerjasama strategik ini diyakini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi digital Sabah yang lebih inklusif, dinamik dan mampan.

10/08/2026

Selamat Hari Lahir buat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. 🇲🇾

Seluruh warga Kementerian Digital mendoakan agar YAB Dato’ Seri dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin negara dan membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih maju, inklusif dan berteraskan digital.




✨ DIGITAL TAMU DIGITAL@SABAH 2026 ✨Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah dengan sukacitanya menganjurkan Digital Tam...
10/08/2026

✨ DIGITAL TAMU DIGITAL@SABAH 2026 ✨

Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah dengan sukacitanya menganjurkan Digital Tamu Digital@Sabah 2026, sebuah platform yang menghimpunkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), Penyedia Penyelesaian Digital dan Agensi Pembiayaan Sokongan bagi meneroka peluang, solusi serta inovasi digital.

🗓️ 22 – 23 September 2026
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah

🎯 Sasaran Penyertaan:
🔹 500 orang awam & pelajar
🔹 100++ PMKS

🌐 Antara pengisian menarik:
✅ Pameran dan demonstrasi solusi digital
✅ Sesi padanan perniagaan (Business Matching)
✅ Klinik pembiayaan dan geran
✅ Kolaborasi strategik
✅ Peningkatan pendedahan dan rangkaian pasaran global

💡 Digital Tamu Digital@Sabah 2026 menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan, meneroka inovasi, membuka peluang perniagaan serta memperkasa PMKS Sabah melalui pendigitalan.

🤝 Jom bersama-sama memanfaatkan peluang dan membina ekosistem digital Sabah yang lebih berdaya saing!

📲 Nantikan maklumat lanjut mengenai program ini di media sosial Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah.

5 Ogos 2026 - YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah telah mempengerusikan Mesyuarat Perhubunga...
06/08/2026

5 Ogos 2026 - YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah telah mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung di INTAN Kampus Sabah.

Mesyuarat ini menjadi platform penyelarasan strategik antara ketua-ketua jabatan Persekutuan dan badan berkanun Persekutuan di Sabah dalam membincangkan perkembangan semasa, memperkukuh kerjasama antara agensi serta memastikan pelaksanaan dasar dan inisiatif Kerajaan Persekutuan dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri Sabah.

Sebagai sebahagian daripada pengisian mesyuarat, Kementerian Digital telah menyampaikan kertas taklimat khas bertajuk “Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030 & Kajian-Kajian Berkaitan” yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital.

Pembentangan tersebut mengupas hala tuju Malaysia dalam membangunkan Negara AI 2030, dengan memberi penekanan kepada penerimagunaan AI secara meluas, peningkatan produktiviti serta pembangunan ekosistem AI yang berteraskan kepercayaan, tadbir urus dan akauntabiliti. Pelan ini menyasarkan Malaysia untuk memperkukuh kepimpinan dalam ekosistem AI global melalui pertumbuhan yang boleh diukur, peningkatan kesediaan dan pembangunan bakat.

Turut dikongsikan ialah perkembangan tadbir urus AI Malaysia, termasuk Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara, Kod Etika AI Sukarela, MY-AI Standards serta perkembangan Rang Undang-Undang Tadbir Urus AI yang sedang dalam pembangunan.

Selain itu, pembentangan turut mengetengahkan dapatan kajian berkaitan AI dan kesediaan kerajaan, impak AI terhadap tenaga kerja, ekonomi AI generatif serta penggunaan AI dalam sektor awam. Antara perkara yang diberi perhatian ialah kepentingan pembangunan bakat, kesiapsiagaan organisasi, penggabungan data, tadbir urus serta latihan berstruktur bagi memastikan penerimagunaan AI dapat dilaksanakan secara bertanggungjawab dan memberi impak yang nyata.

Pembentangan turut menyentuh AI Productivity Paradox, iaitu keadaan apabila peningkatan pelaburan dan penggunaan AI belum diterjemahkan sepenuhnya kepada peningkatan produktiviti yang setara dengan potensinya. Justeru, pelaburan teknologi perlu disokong oleh pembangunan kemahiran, tadbir urus yang kukuh, data, infrastruktur dan transformasi cara kerja.

Perkongsian ini diharap dapat meningkatkan kefahaman serta kesiapsiagaan jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah terhadap perkembangan AI, di samping memperkukuh kerjasama dalam mendukung agenda transformasi digital dan pembangunan ekosistem AI negara yang inklusif, bertanggungjawab dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Kementerian Digital terus komited untuk memperkasa agenda AI negara demi memacu transformasi digital, meningkatkan produktiviti serta menyokong pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


4 Ogos 2026 - Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Seri Dr. ...
05/08/2026

4 Ogos 2026 - Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Seri Dr. Anil Sandhu, Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Pembantu Menteri, Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Tingkat 10, Wisma MUIS.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan jalinan kerjasama strategik dalam pelaksanaan Society Digital Outreach Programme (SoDOP), khususnya bagi memperluaskan inisiatif literasi digital, memperkasa penggunaan teknologi digital dalam komuniti serta menyokong pembangunan ekosistem digital yang lebih inklusif di Sabah.

Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak turut meneroka potensi kolaborasi bagi memperluaskan pelaksanaan program kepada lebih ramai golongan sasar, khususnya belia dan komuniti setempat, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan dalam memperkasakan masyarakat digital yang berdaya saing dan bersedia menghadapi era pendigitalan.

21 Julai 2026 - Pengarah Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah, YBrs. Encik Terry Henry, telah dijemput untuk berkon...
22/07/2026

21 Julai 2026 - Pengarah Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah, YBrs. Encik Terry Henry, telah dijemput untuk berkongsi amalan terbaik dalam Kursus MyDigital Leaders (MDL) Modul Lanjutan anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah.

Perkongsian tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kepimpinan digital dalam kalangan pemimpin pendidikan, sejajar dengan aspirasi melahirkan organisasi yang berupaya memacu transformasi digital secara lebih strategik dan berkesan.

Sesi perkongsian ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta pengalaman berkaitan pembangunan ekosistem digital, di samping memperkasakan kefahaman peserta mengenai peranan teknologi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan.

Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah atas jemputan dan peluang yang diberikan untuk berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam usaha memperkukuh agenda pendigitalan negara.

16 Julai 2026 - Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah telah meneruskan pelaksanaan Jelajah Program PSP DPD NexGAISS ...
17/07/2026

16 Julai 2026 - Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah telah meneruskan pelaksanaan Jelajah Program PSP DPD NexGAISS Tahun 2026 dan program “Bah! Celik Digital Kita” di SK Rancangan Lubuh, Sandakan dalam usaha memperkukuh literasi digital dan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan teknologi dalam kalangan komuniti pendidikan.

Program ini melibatkan sesi perkongsian bersama para murid pada sebelah pagi, diikuti dengan sesi bersama para guru pada sebelah petang. Pelbagai pengisian berkaitan pendigitalan telah disampaikan bagi memperkenalkan penggunaan teknologi digital secara selamat dan berhemah, di samping memperkasakan budaya pembelajaran digital dalam kalangan warga sekolah.

Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Sabah, pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama strategik ini dapat terus menyokong agenda pendigitalan negara dan melahirkan masyarakat yang lebih celik digital, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Address

Aras 7, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah:

Shortcuts

Share