Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah Sebagai peneraju perancangan bandar dan wilayah untuk pembangunan tanah yang teratur, progresif dan mampan di seluruh negeri Sabah termasuk kawasan perairnnya.

29/05/2026
๐Ÿ๐Ÿ— ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข | ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐†๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐‘๐Ž๐’๐„๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐€ ๐๐„๐Œ๐„๐“๐€๐€๐ ๐”๐๐Œ๐€๐๐๐„๐ƒ ๐€๐„๐‘๐€๐ˆ๐‹ ๐•๐„๐‡๐ˆ๐‚๐‹๐„ (๐”๐€๐•)Kursus Asas Pengopera...
25/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ— ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข | ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐†๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐‘๐Ž๐’๐„๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐€ ๐๐„๐Œ๐„๐“๐€๐€๐ ๐”๐๐Œ๐€๐๐๐„๐ƒ ๐€๐„๐‘๐€๐ˆ๐‹ ๐•๐„๐‡๐ˆ๐‚๐‹๐„ (๐”๐€๐•)

Kursus Asas Pengoperasian dan Pemprosesan Data Pemetaan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) untuk kakitangan teknikal JPBW telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kolaborasi strategik antara I-KPKT dan JUPEM sebagai usaha memperkukuhkan pembangunan teknologi geospatial dan pemetaan udara di Negeri Sabah. Program ini menjadi platform penting dalam meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta kompetensi peserta khususnya dalam aspek pengoperasian UAV, perancangan misi penerbangan dan pemprosesan data pemetaan secara profesional.

Sepanjang kursus berlangsung, para pegawai telah diberikan pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan prosedur keselamatan penerbangan, teknik pengumpulan data udara, pengendalian peralatan UAV serta penggunaan perisian pemprosesan data bagi menghasilkan data pemetaan yang lebih tepat, berkualiti dan efisien. Selain itu, kursus ini turut membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran daripada tenaga pengajar serta pegawai berpengalaman dalam bidang UAV dan geospatial. ๐Ÿš๐Ÿ“

๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข | ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐‘๐Ž๐’๐„๐ƒ๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐Ž๐‹๐„๐‡๐€๐Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Fazil Nur Hassan, Timbalan Pengarah ...
13/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข | ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐‘๐Ž๐’๐„๐ƒ๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐Ž๐‹๐„๐‡๐€๐

Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Fazil Nur Hassan, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah yang berkaitan prosedur, tatacara serta pengurusan perolehan mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta kecekapan Jabatan dalam melaksanakan urusan perolehan secara lebih teratur, telus dan berintegriti.

๐Ÿ๐Ÿ– ๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ— ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”  ๐ŸŒŠ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐“๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐’๐ˆ๐”๐Œ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐๐ˆ๐‘๐” ๐ŸŒŠ๐Ÿ“ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐‹๐€๐๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Ÿ“Kakitangan ...
08/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ– ๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ— ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐ŸŒŠ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐“๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐’๐ˆ๐”๐Œ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐๐ˆ๐‘๐” ๐ŸŒŠ
๐Ÿ“ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐‹๐€๐๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Ÿ“

Kakitangan Jabatan telah menyertai Simposium Penerokaan Ekonomi Biru Melalui Perancangan Spatial Marin (Symposium on Exploring the Blue Economic Through Marine Spatial Planning) yang berlangsung di Terengganu.

Simposium ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, akademik, pemain industri dan pihak berkepentingan bagi membincangkan potensi pembangunan Ekonomi Biru melalui pendekatan Perancangan Spatial Marin yang lebih mampan dan strategik.

Penyertaan dalam program ini memberi pendedahan serta perkongsian ilmu berkaitan pengurusan sumber marin, pembangunan pesisir pantai dan perancangan spatial yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi serta kelestarian alam sekitar negara.

Pada hari berikutnya, kakitangan Jabatan berpeluang melawat ke PLANMalaysia Terengganu bagi mendapatkan pendedahan, perkongsian ilmu serta bertukar pandangan berkaitan aspek perancangan bandar dan wilayah.

Lawatan kerja ini, bertujuan memahami dengan lebih dekat pelaksanaan perancangan pembangunan, pengurusan spatial serta inisiatif yang dilaksanakan oleh PLANMalaysia Terengganu dalam memastikan pembangunan yang lebih mampan dan terancang.

Selain itu, sesi perkongsian turut membuka ruang kepada jalinan kerjasama, pertukaran idea serta pengukuhan hubungan profesional antara jabatan dan agensi yang terlibat.


๐Ÿ’ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ• ๐ฆ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”  | ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐”๐Š๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐ ๐†๐‘๐„๐ƒ ๐‰๐Ÿ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah tel...
08/05/2026

๐Ÿ’ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ• ๐ฆ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐”๐Š๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐ ๐†๐‘๐„๐ƒ ๐‰๐Ÿ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah telah menganjurkan Kursus Kemahiran Pelukis Pelan Gred J1 Siri 1/2026. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal serta profesionalisme warga kerja dalam melaksanakan tugas dengan lebih cekap, sistematik dan berintegriti.

Kursus ini juga menjadi platform pendedahan awal kepada pegawai baharu mengenai peranan, tanggungjawab serta tatacara kerja dalam bidang perancangan bandar dan desa, selaras dengan keperluan pembangunan semasa. Selain memperkukuhkan kompetensi pegawai, program ini turut memupuk semangat kerjasama, disiplin dan komitmen dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan organisasi.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memperkukuhkan kecemerlangan Jabatan pada masa akan datang.

๐Ÿ๐ŸŽ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐ข-๐๐จ๐ซ๐ญ๐Ÿ๐จ๐ฅ๐ข๐จ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ค๐ข๐ง๐ข๐š๐ง ๐‰๐จ๐› ๐ƒ๐ž๐ฌ๐œ๐ซ๐ข๐ฉ๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐...
24/04/2026

๐Ÿ๐ŸŽ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐ข-๐๐จ๐ซ๐ญ๐Ÿ๐จ๐ฅ๐ข๐จ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ค๐ข๐ง๐ข๐š๐ง ๐‰๐จ๐› ๐ƒ๐ž๐ฌ๐œ๐ซ๐ข๐ฉ๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก

Pelaksanaan Kursus i-Portfolio dan Pengemaskinian Job Description untuk kakitangan warga JPBW telah dilaksanakan dengan sempurna hasil kerjasama bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS). Tujuan utama kursus ini adalah bertujuan meningkatkan pemahaman tatacara yang betul untuk pengisian maklumat utama dalam i-Portfolio, sekaligus menyelaras dan mengemaskini Job Description (JD) setiap lapisan pegawai serta memperjelas tanggungjawab dan peranan setiap pegawai selaras dengan fungsian organisasi JPBW.

Address

3rd, 4th & 5th Floor, Block B, Wisma Tun Fuad Stephens
Kota Kinabalu
88646

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Telephone

+6088222336

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah:

Share