09/06/2022
Ingin merasai suasana yang tenang dan menikmati hidangan makanan laut yang segar serta pemandangan laut yang luar biasa, bolehlah anda terus datang ke SunSuite Inap.Inn, Jeti Lagenda Kg.Bambangan Sandakan.
Pemilik perniagaan Tuan Haji Awang Ahmat merupakan Peserta Projek FELCRA Berhad Kg.Bambangan Sandakan. Usahawan ini telah berdaftar sebagai usahawan dan telah menerima pelbagai bantuan dan khidmat bimbingan keusahawanan FELCRA Berhad.
Alhamdulillah, perniagaan ini telah mula dikenali dan mendapat tempat pengunjung untuk hadir. Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti serta fasitiliti yang disediakan seperti bilik penginapan, dewan terbuka, pusat riadah,BBQ, karaoke, aktiviti memancing dan pelbagai lagi aktiviti menarik pengunjung untuk datang.