Balai Polis Inanam

Balai Polis Inanam Page ini Adalah Portal Rasmi Balai Polis Inanam IPD Kota Kinabalu

14/02/2025

Check out Balai Polis Inanam’s video.

13/02/2025

800 likes, 70 comments. “Balai Polis Inanam berada di dalam kawasan pentadbiran Daerah Kota Kinabalu dan terletak lebih kurang (14) kilometer dari IPD kota Kinabalu, Sabah.”

MAJLIS BUKA MATA SINGA MERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2025Kolombong, Inanam, 5 Januari 2025 – Majlis Buka Mata Sin...
05/01/2025

MAJLIS BUKA MATA SINGA MERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2025

Kolombong, Inanam, 5 Januari 2025 – Majlis Buka Mata Singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 berlangsung dengan penuh meriah di Kolombong, pagi tadi. Acara ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berkumpul untuk meraikan tradisi kebudayaan yang kaya dengan simbolik dan semangat perpaduan.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti YB Datuk Mustapha Sakmud, Ahli Parlimen Sepanggar merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, serta YB Datuk Peto Galim, ADUN N18 Inanam yang juga Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Turut hadir ialah YB Datuk Tan Lee Fatt, ADUN Likas yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah, dan Datuk Wong Thien F**k, Pengerusi Penganjur majlis.

Acara dimulakan tepat jam 10 pagi dengan upacara simbolik membuka mata singa yang melambangkan keberanian dan keberkatan. Persembahan tarian singa yang memukau menjadi tumpuan utama, disusuli dengan gendang yang menggema penuh semangat.

Ketua Pengarah DBKK, Tuan Lifred Wong, serta Datuk Roslie Suhod, Ketua Kawasan Amanah Sepanggar, turut hadir bersama ketua-ketua kampung, kapitan, dan pengerusi KRT dari kawasan Inanam.

Pihak keselamatan juga memastikan majlis berjalan lancar dengan pengawasan ketat oleh pasukan anggota polis yang diketuai oleh SI Mohd Rashidi Nawawi (KPB Inanam) dan dibantu oleh SM Nazarudin Mohamad, Kpl Ramleh Ungkur, Kpl Juhharis, dan L/Kpl Akmal.

Menurut Datuk Wong Thien F**k, majlis ini bukan sahaja meraikan Tahun Baharu Cina, tetapi juga bertujuan memperkukuh semangat perpaduan antara kaum. “Kehadiran semua lapisan masyarakat menunjukkan kita bersatu sebagai sebuah komuniti,” katanya.

Majlis berakhir pada jam 12 tengah hari dengan para hadirin pulang dalam suasana penuh keceriaan. Sambutan ini jelas menjadi simbol keharmonian yang terus dipelihara di Kolombong, Inanam.


&MasyarakatBerpisahTiada

LAWATAN PDRM KE KELAS JAHITAN DI KG BAMBANGAN, INANAMInanam, 2 Disember 2024 – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari...
02/12/2024

LAWATAN PDRM KE KELAS JAHITAN DI KG BAMBANGAN, INANAM

Inanam, 2 Disember 2024 – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Polis Inanam telah mengadakan lawatan pemantauan ke Kelas Pendidikan Kemahiran Jahitan (KEMAS) bertempat di Dewan Komuniti Kg Bambangan, Jalan Bukit Bantayan, Inanam.

Lawatan tersebut yang berlangsung pada jam 10:00 pagi diketuai oleh SI Mohd Rashidi Bin Nawawi, bersama SM Nazarudin dan Kpl Joe Vincent. Mereka disambut oleh Puan Zaitun Binti Maslin, guru jahitan dari Jabatan KEMAS, serta 20 peserta kelas yang terdiri daripada suri rumah dari kampung tersebut.

Menurut SI Mohd Rashidi, lawatan ini bertujuan untuk memantau aktiviti komuniti di bawah pentadbiran Balai Polis Inanam, di samping memperkukuh hubungan antara pihak PDRM dan masyarakat setempat.

“Kami ingin menekankan kepentingan keselamatan komuniti. Sebarang aktiviti mencurigakan yang mungkin mempunyai unsur jenayah hendaklah segera dilaporkan kepada pihak polis,” katanya.

Dalam sesi tersebut, para peserta diberi peluang untuk berinteraksi dan bertanya soalan berkaitan keselamatan. Pihak polis turut memberikan nasihat tentang langkah-langkah pencegahan jenayah dan bagaimana komuniti boleh memainkan peranan aktif dalam menjaga keamanan kawasan mereka.

Puan Zaitun menyatakan rasa penghargaan atas kunjungan tersebut. “Kehadiran pihak polis memberi semangat kepada kami untuk terus aktif dalam aktiviti komuniti. Ia juga memberi rasa selamat kepada kami semua,” katanya.

Lawatan berakhir dengan pesanan daripada pihak PDRM agar masyarakat sentiasa peka terhadap persekitaran dan menjadikan keselamatan sebagai keutamaan.

Dengan kerjasama erat antara PDRM dan komuniti, Kampung Bambangan kini melangkah ke arah menjadi sebuah perkampungan yang lebih selamat dan harmoni.


&Masyarakat BerpisahTiada

HUBUNGI KAMI SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI MAKLUMAT..
20/11/2024

HUBUNGI KAMI SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI MAKLUMAT..

PROGRAM 'TALK TO US' PERINGKAT BALAI POLIS INANAMKota Kinabalu, 17 Nov  2024 – Balai Polis Inanam  bersama Ketua Kg Dara...
18/11/2024

PROGRAM 'TALK TO US' PERINGKAT BALAI POLIS INANAM

Kota Kinabalu, 17 Nov 2024 – Balai Polis Inanam bersama Ketua Kg Darau dan Belia Inspirasi Kg Darau telah menganjurkan satu Program Santai bersama Penduduk Kampung

Program ini dianjurkan bersempena suai kenal KPB inanam SI Mohamad Rashidi bin Nawawi yang baru sahaja mengambil alih jawatan ketua polis balai polis inanam pada 01/11/2024.

Dalam program tersebut, pihak Polis telah menyampaikan penerangan dan risalah berkaitan e-Reporting System, Pendaftaran 'Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan isu panggilan 'Scammer' di kalangan masyarakat.

Program ini merupakan pertemuan bersemuka di antara Ketua Polis Balai Inanam bersama penduduk kampung dan belia dalam merancang jalinan kerjasama untuk mencegah dan mengawal kejadian jenayah di Kg Darau serta cadangan mewujudkan Skim Rondaan Sukarela di kg Darau. Program ini juga memberi kesempatan kepada wakil penduduk Kg Darau Inanam menggemukan permasalahan penduduk setempat seterusnya mendapat jawapan daripada Ketua Polis Balai dan pihak Balai Polis Inanam juga telah memberi sedikit penerangan dan maklumat berkaitan usaha PDRM dalam menangani isu isu berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah khusus di Kawasan pentadbiran Balai Polis Inanam.

Program ini juga telah mendapat maklumbalas yang baik dari masyarakat setempat berkenaan e-Reporting System, Pendaftaran VSP dan isu panggilan Scammer serta lain-lain jenayah yang dihadapi pada masa kini. Program ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang di lokasi yang lain bagi menyampaikan hasrat pucuk pimpinan PDRM agar masyarakat dapat berkerjasama dengan pihak Polis dan mengeratkan hubungan seiring dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.



&Masyarakat BerpisahTiada

18/11/2024

Page ini Adalah Portal Rasmi Balai Polis Inanam IPD Kota Kinabalu

Address

Jalan Tuaran Inanam
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Inanam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share