08/01/2026
๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐๐จ๐ง๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ช๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐ช๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐๐๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐ช๐๐๐๐ฌ๐๐ ๐๐ ๐ช๐๐๐๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐จ๐ง๐จ๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menikmati satu (1) hari sahaja Hari Kelepasan Am gantian iaitu pada Isnin, 2 Februari 2026, susulan pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam yang jatuh pada Ahad, 1 Februari 2026.
๐ Penetapan ini adalah selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang memperuntukkan bahawa sekiranya mana-mana Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan, maka hari berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.
๐ Pegawai Perkhidmatan Awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, walaupun Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam jatuh pada tarikh yang sama, pegawai hanya akan menikmati tundaan Hari Kelepasan Am pada hari berikutnya iaitu 2 Februari 2026 (Isnin).
๐ Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan p**a, tundaan Hari Kelepasan Am bagi Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2026 (Ahad) juga adalah pada 2 Februari 2026 (Isnin).
๐ Penetapan cuti gantian akibat pertindihan Hari Kelepasan Am seperti yang dinyatakan dalam siaran media โCuti Umum Sempena Perayaan Thaipusam dan Hari Wilayah Bagi Pekerja Swasta Pada 1 Februari 2026โ yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia pada Disember 2025 adalah tidak terpakai kepada Pegawai Perkhidmatan Awam.
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia