UPKO Kota Kinabalu

UPKO Kota Kinabalu Page rasmi UPKO Bahagian Kota Kinabalu

ZIARAH PRIHATIN KE KAMPUNG KOPUNGIT27 Julai 2026 | Kampung KopungitNaib Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu, Tuan William ...
27/07/2026

ZIARAH PRIHATIN KE KAMPUNG KOPUNGIT

27 Julai 2026 | Kampung Kopungit

Naib Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu, Tuan William Mijol, telah mengadakan ziarah prihatin ke kediaman Encik Kiyang Gopoi, mantan Ketua Cawangan UPKO Kampung Kopungit.

Encik Kiyang kini berdepan masalah kesihatan melibatkan sakit pada kedua-dua lutut serta gangguan penglihatan.

Kunjungan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada beliau, di samping bertanya khabar serta menyampaikan kata-kata semangat kepada beliau dan keluarga.

UPKO Kota Kinabalu mendoakan agar Encik Kiyang diberikan kekuatan, dipermudahkan urusan rawatan dan dikurniakan kesihatan yang semakin baik.

SABAH FIRST

MENDEKATI KOMUNITI, MENDENGAR ISU PENDUDUK BUKIT PUNAI27 Julai 2026 | Bukit Punai, LuyangTimbalan Ketua Bahagian UPKO Ko...
27/07/2026

MENDEKATI KOMUNITI, MENDENGAR ISU PENDUDUK BUKIT PUNAI

27 Julai 2026 | Bukit Punai, Luyang

Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu, Tuan Patrick Epin, telah menyertai satu sesi bersama komuniti yang dianjurkan oleh Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah bagi mendengar secara langsung isu dan keperluan penduduk Kampung Bukit Punai.

Dalam sesi tersebut, Ketua Komuniti Kampung Bukit Punai, Tuan Fidelis Gusin, telah menyampaikan taklimat mengenai latar belakang kampung, demografi penduduk serta keadaan kemudahan asas dan infrastruktur setempat yang memerlukan perhatian.

Turut menyampaikan penerangan ialah Tuan Desmond daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, khususnya berkaitan status pemilikan tanah serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya di kawasan berkenaan.

Sesi ini membuka ruang kepada penduduk, pemimpin komuniti dan wakil berkaitan untuk bertukar pandangan, mendapatkan penjelasan serta mengetengahkan isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian masyarakat.

Bagi UPKO Kota Kinabalu, turun ke lapangan dan mendengar sendiri suara rakyat merupakan langkah penting dalam memahami keadaan sebenar sebelum sesuatu isu dapat dibawa kepada perhatian pihak yang berkenaan. Isu kemudahan asas, infrastruktur dan kepastian berkaitan tanah perlu ditangani melalui pendekatan yang tersusun, berhemah dan berasaskan fakta.

Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Wanita UPKO Kota Kinabalu, Puan Anita Francis, serta AJK Bahagian UPKO Kota Kinabalu, Tuan Lasong Kurang.

UPKO Kota Kinabalu akan terus mendekati komuniti dan memainkan peranan sebagai penghubung agar suara rakyat dapat didengar serta diberi perhatian sewajarnya.

SABAH FIRST

MALAM SILATURAHIM UPKO KOTA KINABALU DAN UPKO PUTATANPada 18 Julai 2026, warga UPKO Bahagian Kota Kinabalu dan UPKO Baha...
26/07/2026

MALAM SILATURAHIM UPKO KOTA KINABALU DAN UPKO PUTATAN

Pada 18 Julai 2026, warga UPKO Bahagian Kota Kinabalu dan UPKO Bahagian Putatan telah menghadiri Majlis Makan Malam Silaturahim yang ditaja dan dihoskan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Presiden UPKO, bertempat di Pan Borneo Hotel, Putatan.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh kedua-dua bahagian ini menghimpunkan barisan kepimpinan, ahli dan penyokong parti dalam suasana penuh mesra serta semangat kekeluargaan.

Dalam ucapannya, Datuk Ewon mengajak hadirin untuk kembali menghayati semangat pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Beliau menekankan bahawa negara ini dibentuk melalui kerjasama antara wilayah-wilayah pengasas yang masing-masing mempunyai kepimpinan dan gabungan politik tempatan.

Di Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan ketika itu diterajui oleh Parti Perikatan; di Sabah oleh Perikatan Sabah; manakala di Sarawak oleh gabungan parti-parti tempatan yang membentuk kerajaan pada waktu tersebut.

Semangat perkongsian antara wilayah, saling menghormati serta pengiktirafan terhadap peranan dan kepentingan setiap wilayah merupakan asas yang perlu terus dipelihara dalam memperkukuh Persekutuan Malaysia.

Dalam konteks Sabah hari ini, beliau menegaskan bahawa masa depan negeri perlu dipimpin oleh sebuah gabungan tempatan yang kukuh, bersatu dan stabil, yang benar-benar memahami aspirasi rakyat serta berupaya mempertahankan hak dan kepentingan Sabah.

Sebagai salah satu parti yang menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), UPKO akan terus memainkan peranan secara konstruktif dalam memperkukuh kerjasama antara parti-parti tempatan, memperjuangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, serta memastikan pembangunan negeri berpaksikan keperluan sebenar rakyat.

Menjelang pilihan raya akan datang, seluruh warga UPKO diseru supaya terus memperkemas organisasi, memperkukuh gerak kerja akar umbi dan mendekati masyarakat dengan semangat perpaduan, disiplin serta khidmat yang tulus.

Kekuatan gabungan tempatan bukan sekadar soal politik, tetapi tentang memastikan suara Sabah didengar dengan lebih jelas, kepentingan negeri dipertahankan dengan lebih tegas dan masa depan rakyat dibentuk oleh mereka yang benar-benar memahami realiti serta keperluan Sabah.

UPKO Bahagian Kota Kinabalu dan UPKO Bahagian Putatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Ewon atas kesudian menaja dan menghoskan majlis ini.

Semoga semangat kebersamaan yang terjalin terus menjadi kekuatan dalam memperkukuh parti, gabungan dan perjuangan untuk masa depan Sabah yang lebih adil, maju dan sejahtera.

SABAH FIRST

MEMPERKUKUH AKAR UMBI, MEMPERLUAS PENYERTAANPada 25 Julai 2026, satu pertemuan telah diadakan antara kepimpinan UPKO Kot...
26/07/2026

MEMPERKUKUH AKAR UMBI, MEMPERLUAS PENYERTAAN

Pada 25 Julai 2026, satu pertemuan telah diadakan antara kepimpinan UPKO Kota Kinabalu dan sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Tuan Podilis bagi membincangkan cadangan penubuhan cawangan baharu UPKO di Kota Kinabalu.

UPKO Kota Kinabalu diwakili oleh Timbalan Ketua Bahagian, Tuan Patrick Epin, bersama Naib Ketua Bahagian, Tuan Liau Kee Siong, Ketua Wanita, Puan Anita Francis, dan AJK Bahagian Tn Lasong Murang bagi pihak Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu, Tuan Dennison R. Indang.

Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dan terbuka, dengan perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh organisasi di peringkat akar umbi, memperluas penyertaan masyarakat serta menyambut hasrat kemasukan ahli baharu secara beramai-ramai ke dalam parti.

Cadangan penubuhan cawangan baharu ini mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap peranan UPKO sebagai wadah yang dekat dengan rakyat, terbuka kepada penyertaan dan komited terhadap khidmat yang tersusun serta berkesan.

UPKO Kota Kinabalu menghargai kesediaan semua pihak untuk bersama-sama membina kekuatan organisasi demi kepentingan masyarakat dan masa depan Sabah.

SABAH FIRST

Mesyuarat AJK UPKO Bahagian Kota Kinabalu Bil. 1/2026Pada 14 Julai 2026, UPKO Bahagian Kota Kinabalu telah mengadakan Me...
26/07/2026

Mesyuarat AJK UPKO Bahagian Kota Kinabalu Bil. 1/2026

Pada 14 Julai 2026, UPKO Bahagian Kota Kinabalu telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian, Tuan Dennison R. Indang.

Mesyuarat sulung bagi sesi 2026–2029 ini menjadi platform penting untuk menyelaras gerak kerja kepimpinan bahagian serta membincangkan beberapa agenda utama, antaranya:

• Pengenalan Ahli Jawatankuasa Bahagian sesi 2026–2029;
• Pelantikan penyandang jawatan dan pembahagian tugas Ahli Jawatankuasa;
• Penentuan pencalonan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UPKO;
• Pelantikan perwakilan ke Konvensyen UPKO Pusat;
• Perbincangan berkaitan pelantikan juruaudit Bahagian;
• Perancangan program dan aktiviti UPKO Bahagian Kota Kinabalu; serta
• Usaha memperkukuh cawangan dan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Generasi Muda.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang konstruktif dengan semangat kebersamaan dan komitmen tinggi daripada semua Ahli Jawatankuasa. Diharapkan segala perancangan yang dibincangkan akan menjadi asas kepada gerak kerja yang lebih tersusun, berkesan dan berorientasikan perkhidmatan kepada ahli serta masyarakat.

UPKO Bahagian Kota Kinabalu akan terus komited memperkukuh organisasi, memperkasakan cawangan serta merancang program yang memberi manfaat kepada ahli dan rakyat demi masa depan Sabah.

SABAH FIRST

17 Julai 2026 | Mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO | PenampangMesyuarat Majlis Tertinggi UPKO telah berlangsung di Penampan...
20/07/2026

17 Julai 2026 | Mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO | Penampang

Mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO telah berlangsung di Penampang dan dipengerusikan oleh Presiden UPKO, Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu, Tuan Dennison R. Indang, selaku Bendahari Agung Parti, serta Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu, Tuan Patrick Epin, selaku Ahli Majlis Tertinggi.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah cadangan pindaan Perlembagaan Parti serta usul-usul yang akan dibawa ke Persidangan Perwakilan Pusat UPKO pada 9 dan 10 Ogos 2026 di KDCA.

Perbincangan berlangsung dalam suasana terbuka, tertib dan penuh semangat kebersamaan, dengan komitmen untuk terus memperkukuh organisasi, memperkemas hala tuju parti serta memastikan setiap keputusan dibuat secara bertanggungjawab demi kepentingan ahli dan rakyat.

20 Julai 2026 | Kota Kinabalu Usaha memperkukuh UPKO Bahagian Kota Kinabalu diteruskan.Sebanyak 50 lagi borang keahlian ...
20/07/2026

20 Julai 2026 | Kota Kinabalu

Usaha memperkukuh UPKO Bahagian Kota Kinabalu diteruskan.

Sebanyak 50 lagi borang keahlian UPKO telah diserahkan kepada Tuan Lasong Murang untuk diagihkan kepada bakal ahli-ahli baharu di sekitar Kota Kinabalu.

Terima kasih kepada semua yang terus membantu memperluaskan keahlian dan memperkukuh akar umbi parti. Semoga lebih ramai rakyat Sabah bersama-sama menyokong perjuangan UPKO demi masa depan negeri yang lebih baik.

Sabah First.

27/11/2025

Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPKO Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UPKO Kota Kinabalu:

Shortcuts

Share