Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah

Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah "Pencetus Minda Koperasi Negara"

Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah mula bertapak di Sabah pada bulan Jun 1997 dan pada ketika itu beroperasi di Tingkat 3, Bangunan MCIS, No. 25 & 26, Blok E, Kompleks SEDCO, Jalan Albert Kwok, Kota Kinabalu. Pada akhir bulan Julai 2001, IKM Zon Sabah telah berpindah ke pejabat sekarang di Tingkat 5 Menara MAA, Lorong 6 Api-Api 1, Kota Kinabalu. Kampus baru yang disewa secara bulanan ini menawar

kan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif bagi kegunaan program latihan dan pendidikan kepada koperator di Negeri Sabah. Bermula dengan hanya 2 orang kakitangan bertaraf kontrak di awal penubuhannya, IKM Zon Sabah kini mempunyai seramai 18 orang tenaga kerja sepenuh masa. Penubuhan IKM Zon Sabah merupakan satu langkah yang positif bagi mengembangkan lagi peranan IKM sebagai sebuah institusi latihan koperasi yang terunggul di Malaysia.

11 - 12 Jun 2026 | Kursus Penyediaan Aturan Aktiviti Pelancongan Koperasi Kursus ini telah berjaya di laksanakan bertemp...
12/06/2026

11 - 12 Jun 2026 | Kursus Penyediaan Aturan Aktiviti Pelancongan Koperasi

Kursus ini telah berjaya di laksanakan bertempat di Cafe KRPV, Koperasi Piisaan Tambunan. Kursus ini telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pengenalan aturan koperasi, prosedur dan teknik penulisan aturan, perundangan koperasi serta latihan amali penyediaan aturan aktiviti pelancongan. Program turut diserikan dengan lawatan tapak aktiviti pelancongan (Aktiviti Hiking) Koperasi Piisaan Tambunan dan sesi pembentangan kumpulan yang mendapat kerjasama serta komitmen yang amat baik daripada semua peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Raftica dan En. Joha daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atas kesudian berkongsi ilmu perundangan Koperasi dan pandangan sepanjang program ini berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi memperkukuh pengurusan dan pembangunan koperasi pada masa hadapan.

Fasilitator : En. Jaibit Jaudin & Pn. Norawati Ngatmin (Penyelaras)

Setiausaha Kursus : Pn. Nurhanna Muss







09 - 10 Jun 2026 | Kursus Pensijilan Produk dan Premis Perniagaan KoperasiTelah selesai dilaksanakan kursus ini dengan j...
10/06/2026

09 - 10 Jun 2026 | Kursus Pensijilan Produk dan Premis Perniagaan Koperasi

Telah selesai dilaksanakan kursus ini dengan jayanya. Program ini telah memberi pendedahan yang amat bermanfaat berkaitan pensijilan produk dan premis, pengurusan kualiti serta keselamatan makanan, termasuk aspek pensijilan halal melalui sesi perkongsian pakar dan lawatan industri. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah jemputan, fasilitator serta para peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh daya saing serta meningkatkan kualiti perniagaan koperasi.

Fasilitator : En. Hafizal Abu Bakar & Pn. Norawati Ngatmin (Penyelaras)
Setiausaha Kursus : Pn. Suzilah Suhaimi











09/06/2026

8–9 Jun 2026
Bengkel Perancangan Strategik Koperasi
Koperasi Komuniti Nogutas Berhad

8–9 Jun 2026Bengkel Perancangan Strategik KoperasiKoperasi Komuniti Nogutas BerhadProgram ini diselaraskan oleh Encik Ja...
09/06/2026

8–9 Jun 2026
Bengkel Perancangan Strategik Koperasi
Koperasi Komuniti Nogutas Berhad

Program ini diselaraskan oleh Encik Jaibit Jaudin, Timbalan Pengarah IKMa Zon Sabah, sebagai usaha memperkukuh hala tuju dan perancangan strategik koperasi agar lebih mampan, berdaya saing serta memberi impak kepada komuniti setempat.

Semoga bengkel ini dapat melahirkan pelan tindakan yang jelas dan berkesan demi memperkasakan gerakan koperasi di Sabah.

5 Jun 2026 (Jumaat)Bilik Mesyuarat Rafflesia, Taman KinabaluPost Mortem Recce Laluan Pendakian Minitinduk Gorge – Kombur...
05/06/2026

5 Jun 2026 (Jumaat)
Bilik Mesyuarat Rafflesia, Taman Kinabalu

Post Mortem Recce Laluan Pendakian Minitinduk Gorge – Komburongoh, Layang-Layang (Fasa 2)

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sabah telah diwakili oleh Encik Jaibit Jaudin, Timbalan Pengarah IKMa Zon Sabah dalam Mesyuarat Post Mortem Recce Laluan Pendakian dari Kampung Kiau Minintinduk Gorge ke Komburongoh, Layang-Layang (Fasa 2) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Rafflesia, Taman Kinabalu.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen IKMa Sabah dalam menyokong usaha pembangunan, pemeliharaan serta pengurusan destinasi pelancongan berasaskan komuniti yang mampan demi manfaat masyarakat setempat dan negeri Sabah.

Selamat Menyambut Pesta Menuai 2026 & Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 daripada IKMa Zon Sabah dan Cawangan Tawau.
30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Menuai 2026 & Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 daripada IKMa Zon Sabah dan Cawangan Tawau.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447HIkhlas daripada Warga Kerja Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah & Cawangan T...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H

Ikhlas daripada Warga Kerja Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah & Cawangan Tawau.

23 Mei 2026  I  SabtuMAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL SIRI 6/2026Disempurnakan oleh YB Dat...
23/05/2026

23 Mei 2026 I Sabtu

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL SIRI 6/2026

Disempurnakan oleh YB Datuk Mohamad Bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Di UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu, Sabah

📍 21 Mei 2026 (Khamis)Bengkel Jati Diri ALK Baharu📌 Keningau, SabahBengkel ini telah diadakan bagi memperkukuhkan pemaha...
21/05/2026

📍 21 Mei 2026 (Khamis)
Bengkel Jati Diri ALK Baharu
📌 Keningau, Sabah

Bengkel ini telah diadakan bagi memperkukuhkan pemahaman serta membentuk jati diri Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang baharu dalam menggalas amanah dan tanggungjawab pengurusan koperasi secara berkesan.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Razalie Raffae, Pengarah IKMa Zon Sabah, yang berkongsi panduan, nilai kepimpinan serta peranan penting ALK dalam memastikan tadbir urus koperasi yang lebih mampan dan berdaya saing.

Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pembangunan gerakan koperasi yang lebih cemerlang.

20/05/2026

📌 Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi
📍 Hotel Mozart, Kudat, Sabah
📅 19 – 20 Mei 2026

Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah telah berjaya melaksanakan Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi selama dua hari di Hotel Mozart, Kudat. Kursus ini dikendalikan oleh Pegawai Latihan Kanan, En. Ridzuan Saudi, bersama Pn. Shamsiah Syamsudin, dengan sokongan setiausaha kursus Pn. Nurhanna Muss yang memastikan kelancaran perjalanan program.

Sepanjang kursus, para peserta diberi pendedahan mendalam mengenai aspek pengurusan kewangan koperasi, termasuk perancangan, kawalan, dan pelaporan kewangan. Program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan, tetapi juga memperkukuh keupayaan peserta dalam mengurus kewangan koperasi secara lebih sistematik dan berkesan.

Tahniah kepada semua peserta yang hadir dan komited menjayakan kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan demi memperkukuh tadbir urus kewangan koperasi di Sabah.







Address

Jalan Api-Api Centre
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088240812

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah:

Share