Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Media Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Visi:

Menjadikan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Kelas Pertama

Misi:

1.

Merancang keperluan Modal Insan Sektor Awam selaras dengan keperluan
dan kehendak Kerajaan Negeri Sabah.

2. Membangun dan mengekalkan bakat-bakat sektor strategik dan kritikal.

3. Meningkatkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju JayaHEBAHAN INTEGRITI JPANS EDISI MEI 2026
03/06/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

HEBAHAN INTEGRITI JPANS EDISI MEI 2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju JayaSelamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun ...
29/05/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2026
“Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian"

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya.Tuan/Puan, PEMAKLUMAN CUTI GANTI HARI KEL...
28/05/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya.

Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN CUTI GANTI HARI KELEPASAN AM SEMPENA PESTA KAAMATAN DAN HARI WESAK

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

2) Dimaklumkan bahawa, Subseksyen 3(3) Ordinan Hari Kelepasan [Bab 56] menyatakan:

“Jika mana-mana hari kelepasan am yang ditetapkan dalam Jadual jatuh pada hari Ahad, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am dan jika hari tersebut adalah sememangnya hari kelepasan am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am”.

3) Oleh yang demikian, Penjawat Awam di Negeri Sabah akan menikmati satu hari sahaja hari kelepasan am gantian iaitu pada 2 Jun 2026 (Selasa) berikutan pertindihan Pesta Kaamatan dan Hari Wesak yang jatuh pada Ahad, 31 Mei 2026 dan Hari Keputeraan YDPA pada Isnin, 1 Jun 2026.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah.

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju JayaSelamat Menyambut Hari Raya Aidiladha“H...
26/05/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
“Hari Raya Aidiladha mengajar kita tentang erti kesabaran, ketaatan, dan keikhlasan berkongsi rezeki. Moga setiap pengorbanankita mendekatkan diri kepada-Nya.Hayati ibadah korban ini dengan penuh rasa kesyukuran.”

🎙️ Podcast Santai-santai Tapi SampaiApa Kaitan Sakit Fizikal dengan Mental?”https://youtu.be/TH1rE2ub_eIBersama panel je...
25/05/2026

🎙️ Podcast Santai-santai Tapi Sampai
Apa Kaitan Sakit Fizikal dengan Mental?”

https://youtu.be/TH1rE2ub_eI

Bersama panel jemputan:

👤 Puan Azlaily binti Jufri
Pegawai Psikologi
Unit Psikologi dan Kaunseling
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

👤 Encik Calvin Teo Yee Lang
Director, Synergist Physiotherapy
Fisioterapi Profesional

👤 Encik Justin Chen
Co-Director, Synergist Physiotherapy
Fisioterapi Profesional

🎤 Moderator:
Puan Sarahazidah binti Jamil
Pegawai Psikologi
Unit Psikologi dan Kaunseling
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Kesihatan fizikal dan mental saling berkait rapat dalam mempengaruhi kesejahteraan individu. Tubuh badan yang sihat membantu kestabilan emosi dan mental, manakala kesihatan mental yang baik turut memberi kesan positif terhadap keadaan fizikal seseorang.

Ikuti perkongsian santai namun penuh bermakna dalam podcast ini yang membincangkan hubungan antara kesihatan fizikal dan mental serta kepentingan menjaga keseimbangan kedua-duanya dalam kehidupan seharian.

📞 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
088-368740

Unit Psikologi dan Kaunseling
Bahagian Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Aras 13, Blok A, Menara Kinabalu.

📧 [email protected]

PODCAST SANTAI-SANTAI TAPI SAMPAI: APA KAITAN SAKIT BADAN DENGAN MENTAL? BERSEMPANA PROGRAM CORPORATE WORKPLACE WELLNESS TAHUN 2026.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya📍Kota Kinabalu, 25 Mei 2026 – Jabatan P...
25/05/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Kota Kinabalu, 25 Mei 2026 – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah mengadakan Sesi Libat Urus Strategik bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bertempat di Dewan Mesyuarat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Sesi libat urus ini diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Tujuan Sesi ini diadakan adalah sebagai platform strategik bagi membincangkan hala tuju dan cabaran organisasi, di samping memberikan pandangan serta nasihat khususnya berkaitan hal-hal perjawatan dalam usaha memperkukuh struktur organisasi DBKK. Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan DBKK agar sentiasa memenuhi ekspektasi rakyat.

Sebelum sesi perbincangan berlangsung, JPANS Sabah telah diberikan pembentangan oleh Tuan Karim bin Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan berhubung konteks strategik DBKK, agenda transformasi, model operasi Smart City DBKK serta aspek tadbir urus, integriti dan prestasi DBKK.

JPANS telah disambut oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu; Datuk Sr. Wong Nyuk Leong @ Lifred Taliban, Ketua Pengarah DBKK; Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah DBKK; Pengarah Eksekutif DBKK serta Ketua-Ketua Jabatan DBKK.

Turut hadir dari Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ialah Puan Aidah binti Haji Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Martina Jublee, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Puan Maznah binti Maun, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, serta pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan DBKK.



Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya📍Kota Kinabalu, 25 Mei 2026 – Jabatan P...
25/05/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Kota Kinabalu, 25 Mei 2026 – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah mengadakan kunjungan hormat ke SEDIA bertempat di Pejabat SEDIA, Aeropod Commercial Square.

Kunjungan yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta jaringan kerjasama antara kedua-dua agensi dalam menyokong agenda pembangunan Negeri Sabah. Selain itu, sesi perbincangan turut memberi ruang kepada pertukaran pandangan berkaitan pembangunan modal insan, peningkatan kompetensi penjawat awam serta potensi kerjasama pada masa hadapan.

Sebelum sesi perbincangan berlangsung, rombongan JPANS turut diberikan taklimat ringkas mengenai peranan, fungsi dan inisiatif pembangunan yang dilaksanakan oleh SEDIA di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC).Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat, strategik dan berimpak tinggi demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam Negeri Sabah.

Turut hadir bersama dari JPANS adalah Puan Nekmah binti Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Martina Jublee, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Puan Christina Monis, Penolong Ketua Pengarah dan Encik Imran bin Jagong @ Osman, Pegawai Tadbir Kanan.

Kunjungan ini disantuni oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan, Ketua Eksekutif SEDIA, YBrs. Encik Yunus Gastom Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif (Korporat) merangkap Ketua Pegawai Kewangan SEDIA bersama pihak pengurusan tertinggi dan pegawai Pejabat Ketua Eksekutif SEDIA.



Sekian, terima kasih.

📍Kota Kinabalu, 25 Mei 2026 – Mesyuarat Panel Kemudahan Perubatan Bil.1/2026 telah diadakan pada 19 Mei 2026 bertempat d...
25/05/2026

📍Kota Kinabalu, 25 Mei 2026 – Mesyuarat Panel Kemudahan Perubatan Bil.1/2026 telah diadakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 14, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama selepas penubuhan Panel Kemudahan Perubatan yang telah dipersetujui oleh YAB Ketua Menteri Sabah sebagai satu platform rasmi bagi membincangkan, menilai dan menyelaras pengurusan kemudahan perubatan untuk penjawat awam serta pesara Kerajaan Negeri Sabah secara lebih teratur, profesional dan berintegriti.

Mesyuarat ini bertujuan memperkukuhkan tadbir urus dalam urusan pertimbangan permohonan rawatan dan kemudahan perubatan agar setiap keputusan yang dibuat adalah selaras dengan kepentingan kebajikan penerima, nasihat perubatan serta dasar Kerajaan Negeri. Selain itu, platform ini turut menjadi medium penyelarasan dalam memastikan setiap permohonan dinilai secara telus, sistematik dan berlandaskan prosedur yang ditetapkan bagi menjamin keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada penjawat awam dan pesara negeri.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Aidah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), dan turut dihadiri oleh Encik Rozhan Zul Azri bin Talikop, Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen, Dr. Goh Teik Chiang, Pakar Penasihat Perubatan, Puan Shirley Bonnie M. Hunggim, Penolong Pengarah selaku Ketua Unit Rawatan serta pegawai-pegawai dari Unit Rawatan. Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai perkara berkaitan pengurusan kemudahan perubatan telah dibincangkan bagi memastikan kebajikan penjawat awam dan pesara Kerajaan Negeri Sabah terus diberi perhatian secara menyeluruh dan berkesan.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya📍Kota Kinabalu, 22 Mei 2026 – Kunjungan...
22/05/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Kota Kinabalu, 22 Mei 2026 – Kunjungan hormat daripada Malaysian Research & Education Foundation (MyREF) ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah diadakan pada 22 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 14, Menara Kinabalu. Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan MyREF serta menjelaskan matlamat organisasi tersebut dalam merancang kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Sabah khususnya JPANS. Selain itu, pihak MyREF turut menerangkan beberapa program dan inisiatif yang ditawarkan bagi menyokong pembangunan modal insan, pendidikan dan latihan.

Dalam sesi tersebut, pihak MyREF telah berkongsi peranan organisasi dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama bersama agensi kerajaan melalui pelaksanaan program pembangunan profesional, latihan kepimpinan serta inisiatif pendidikan yang berimpak tinggi. Kunjungan hormat ini turut menjadi platform perbincangan awal bagi mengenal pasti potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang demi memperkasakan pembangunan sumber manusia sektor awam negeri.

Delegasi dari MyREF diketuai oleh Ts. Mohd Khairuddin Rais, Chief Executive Officer MyREF, Encik Syuaib bin Supani dan Encik Herdiansah bin Abdul Karim.

Kunjungan hormat ini dipengerusikan oleh Puan Nekmah binti Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Hadir sama, Puan Fridah binti Ramli, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah INSAN, Puan Christina Marina Monis, Ketua Penolong Pengarah INSAN, Puan Hamizah binti Ajmain, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Governan dan Korporat serta beberapa pegawai dari JPANS.

Sekian, terima kasih.

📢 Saksikan secara langsung Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2026 bertemakan:“Beyond Digitalisation: ...
21/05/2026

📢 Saksikan secara langsung Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2026 bertemakan:

“Beyond Digitalisation: Building An AI-Enabled Public Service”

🗓 21 Mei 2026 (Khamis)
🕘 09.00 Pagi

Amanat ini akan disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, yang akan mengetengahkan hala tuju strategik perkhidmatan awam negeri dalam mendepani era kecerdasan buatan (AI), memperkukuh transformasi digital serta membina ekosistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih pintar, cekap dan berimpak tinggi.

📺 Ikuti siaran langsung menerusi

1️⃣ Facebook - https://www.facebook.com/sknoffice

2️⃣ YouTube rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah - https://www.youtube.com/live/Lr-pvkGvlM0?si=s1xWTtgEOJloMF6N

Bersama melangkah ke arah masa depan perkhidmatan awam yang lebih inovatif dan berdaya saing demi Sabah yang maju dan progresif.






🚀 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡!Ikuti Majlis...

Address

Tingkat 12-14, Menara Kinabalu
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6088368600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah:

Share