Balai Polis Pulau Gaya

Balai Polis Pulau Gaya (ESSZONE) Balai Polis Pulau Gaya dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu Sabah.

šŸ“¢ HEBAHAN MENGESAN WARISPolis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kota Kinabalu memohon kerjasama orang awam untuk membantu me...
10/03/2026

šŸ“¢ HEBAHAN MENGESAN WARIS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kota Kinabalu memohon kerjasama orang awam untuk membantu mengesan waris kepada seorang wanita yang ditemui meninggal dunia di perairan Kampung Kesuapan, Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Pada 8 Mac 2026 kira-kira jam 4.00 petang, pihak polis telah menerima maklumat daripada Ketua Kampung Halilih bin Ladjahali berhubung penemuan satu mayat wanita terapung di kawasan perairan Kampung Kesapan, Pulau Gaya.

Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu bagi tujuan tindakan lanjut sementara menunggu waris tampil membuat pengecaman.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta supaya segera menghubungi:

šŸ“ž IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222
šŸ“ Atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama orang ramai dalam membantu menyalurkan maklumat amatlah dihargai bagi membantu pihak polis mengesan waris mangsa.

Terima kasih.

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Maini Miemie, Gaming Rig, Noor En Mansor, Bulya Khidir, L...
29/10/2025

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Maini Miemie, Gaming Rig, Noor En Mansor, Bulya Khidir, Luqman Bundle, Jas Pin, Nur Azim Azizan, Mikail Moussa, Syahryzall Abd Razak, Kapten America, Castelo Hazriel, Densya Sya, Omar Nasir, Aronluke Aranceluke, Apsah Jainul, Sonny Baladji Bruno, Munir Nir, Lansinuk Mahmud, De Nayyalle

16/06/2025
Kota Kinabalu @ 13 Jun 2025STOP AND TALK & MEET AND GREETPulau Gaya, 13 Jun 2025 (Jumaat) - Anggota Balai Polis Pulau Ga...
13/06/2025

Kota Kinabalu @ 13 Jun 2025

STOP AND TALK & MEET AND GREET

Pulau Gaya, 13 Jun 2025 (Jumaat) - Anggota Balai Polis Pulau Gaya telah mengadakan 'Stop And Talk & Meet And Greet’ semasa membuat rutin tugas rondaan bit di kawasan Kg Kesuapan dan Kg Lobong.

Penugasan 'Stop And Talk' tersebut dijalankan membolehkan hubungan terus PDRM dan masyarakat diwujudkan seterusnya pihak PDRM mendapat input-input maklumat jenayah daripada masyarakat setempat.

Penugasan ā€˜Meet And Greet’ tersebut dijalankan bertujuan untuk mendekati masyarakat dan menyebarkan maklumat pencegahan jenayah pada masyarakat setempat.

ā€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAā€





Kota Kinabalu @ 13 Jun 2025GENERAL ROLL CALL DAN LAFAZ IKRAR AKTA RAHSIA RASMI TAHUN 2025 WARGA BALAI POLIS PULAU GAYAPu...
13/06/2025

Kota Kinabalu @ 13 Jun 2025

GENERAL ROLL CALL DAN LAFAZ IKRAR AKTA RAHSIA RASMI TAHUN 2025 WARGA BALAI POLIS PULAU GAYA

Pulau Gaya, 13 Jun 2025 (Jumaat) – Majlis General Roll Call dan Lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi Tahun 2025 bagi warga Balai Polis Pulau Gaya telah diadakan dengan penuh tertib di Dataran Balai Polis Pulau Gaya pada jam 0830 pagi.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Ketua Polis Balai Pulau Gaya, ASP Mohd Alamshah bin Gulam, yang turut menyampaikan amanat serta menyentuh arahan-arahan semasa daripada pucuk pimpinan tertinggi PDRM. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan disiplin, integriti serta kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan tugas harian.

Lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi telah dipimpin oleh Konst Syahirah binti Sapiee dan turut dibaca serta disertai oleh semua anggota balai secara serentak, sebagai tanda komitmen dan kesetiaan dalam memelihara kerahsiaan maklumat rasmi serta menjunjung tinggi etika perkhidmatan.

Majlis berlangsung dalam suasana yang penuh semangat, tertib dan berdisiplin.

ā€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAā€






SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2025Kami seluruh warga Balai Polis Pulau Gaya merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha ...
06/06/2025

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2025

Kami seluruh warga Balai Polis Pulau Gaya merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga AIDILADHA yang penuh dengan keberkatan ini dapat mengukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Hari istimewa umat Islam ini juga menggalakkan semangat berkorban dan berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan diberkati Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Salam Lebaran

ā€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAā€





Kota Kinabalu @ 06 Jun 2025STOP AND TALK & MEET AND GREETPulau Gaya, 06 Jun 2025 - Anggota Balai Polis Pulau Gaya telah ...
06/06/2025

Kota Kinabalu @ 06 Jun 2025

STOP AND TALK & MEET AND GREET

Pulau Gaya, 06 Jun 2025 - Anggota Balai Polis Pulau Gaya telah mengadakan 'Stop And Talk & Meet And Greet’ semasa membuat rutin tugas rondaan sektor 4 di kawasan Kg Pondo.

Penugasan 'Stop And Talk' tersebut dijalankan membolehkan hubungan terus PDRM dan masyarakat diwujudkan seterusnya pihak PDRM mendapat input-input maklumat jenayah daripada masyarakat setempat.

Penugasan ā€˜Meet And Greet’ tersebut dijalankan bertujuan untuk mendekati masyarakat dan menyebarkan maklumat pencegahan jenayah pada masyarakat setempat.

ā€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAā€





Kota Kinabalu @ 06 Jun 2025STOP AND TALK & MEET AND GREETPulau Gaya, 06 Jun 2025 - Anggota Balai Polis Pulau Gaya telah ...
06/06/2025

Kota Kinabalu @ 06 Jun 2025

STOP AND TALK & MEET AND GREET

Pulau Gaya, 06 Jun 2025 - Anggota Balai Polis Pulau Gaya telah mengadakan 'Stop And Talk & Meet And Greet’ semasa membuat rutin tugas rondaan bit di kawasan Kg Kesuapan dan Pondo.

Penugasan 'Stop And Talk' tersebut dijalankan membolehkan hubungan terus PDRM dan masyarakat diwujudkan seterusnya pihak PDRM mendapat input-input maklumat jenayah daripada masyarakat setempat.

Penugasan ā€˜Meet And Greet’ tersebut dijalankan bertujuan untuk mendekati masyarakat dan menyebarkan maklumat pencegahan jenayah pada masyarakat setempat.

ā€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAā€





Kota Kinabalu @ 31 Mei 2025OPS KHAS BERSEPADU PULAU MAMUTIK IPD KOTA KINABALU BIL 1/2025Pulau Mamutik, 29 Mei 2025 – Pad...
31/05/2025

Kota Kinabalu @ 31 Mei 2025

OPS KHAS BERSEPADU PULAU MAMUTIK IPD KOTA KINABALU BIL 1/2025

Pulau Mamutik, 29 Mei 2025 – Pada jam 11.00 pagi, satu Operasi Khas Bersepadu telah dilaksanakan di sekitar Pulau Mamutik. Operasi ini diketuai oleh ASP Mohd Alamshah Bin Gulam, Ketua Balai Polis Pulau Gaya, bersama 10 orang anggota dari Balai Polis Pulau Gaya.

Turut serta dalam operasi ini ialah seorang pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kota Kinabalu, bersama lima anggota narkotik, serta anggota dari Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Kota Kinabalu. Pasukan operasi telah bergerak ke lokasi menggunakan Bot RH 29.

Ops Khas Bersepadu ini dijalankan bertujuan untuk menjamin keselamatan orang awam dan juga pelancong serta mengelakkan daripada berlakunya aktiviti-aktiviti jenayah seperti kecurian atau kehilangan barang milik pelancong mahupun dalam dan luar negara. Hasil dari ops khas bersepadu ini seramai 18 orang diperiksa dan 3 tangkapan dibuat kerana positif dadah. Ops Khas Bersepadu ini akan diteruskan dari masa ke masa.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan sekirannya ada maklumat dengan sebarang aktiviti jenayah boleh la disalurkan di Balai Polis yang berhampiran.





🌾SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2025🌾Balai Polis Pulau Gaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta K...
30/05/2025

🌾SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2025🌾

Balai Polis Pulau Gaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

✨Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
✨Selamat Ari Gawai – Gayu Guru Gerai Nyamai!

Semoga sambutan tahun ini penuh dengan kemeriahan, kebersamaan dan kesyukuran.

ā€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAā€





Kota Kinabalu @ 28 Mei 2025KAWALAN KESELAMATAN PEGAWAI DAERAH PUTATAN DAN TIM PENGARAH SPR SABAH SEMPENA PERSIAPAN PILIH...
28/05/2025

Kota Kinabalu @ 28 Mei 2025

KAWALAN KESELAMATAN PEGAWAI DAERAH PUTATAN DAN TIM PENGARAH SPR SABAH SEMPENA PERSIAPAN PILIHANRAYA KE-17 SABAH

Pulau Gaya, 28 Mei 2025 - Pada jam 0830hrs, ASP Mohd Alamshah bin Gulam, Ketua Polis Balai Pulau Gaya dan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Pulau Gaya telah mengiringi Pegawai Daerah Putatan dan Timbalan Pengarah SPR Sabah ke Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar bertujuan untuk memantau pusat mengundi. Tempat pembuangan undi bagi Dun N17 Tg Aru & N16 Karambunai ialah SMK Pulau Gaya dan SK Pulau Sepanggar.

Penugasan ini adalah salah satu tugas PDRM dalam membantu hal keselamatan untuk mengiringi Pegawai Daerah Putatan dan Timbalan Pengarah SPR Sabah. Lawatan telah berjalan dengan lancar sehingga selesai dan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

ā€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAā€





Kota Kinabalu @ 21 Mei 2025STOP AND TALK & MEET AND GREETPulau Gaya, 21 Mei 2025 - Anggota Balai Polis Pulau Gaya telah ...
21/05/2025

Kota Kinabalu @ 21 Mei 2025

STOP AND TALK & MEET AND GREET

Pulau Gaya, 21 Mei 2025 - Anggota Balai Polis Pulau Gaya telah mengadakan 'Stop And Talk & Meet And Greet’ semasa membuat rutin tugas rondaan bit di kawasan Kg Pulau Gaya.

Penugasan 'Stop And Talk' tersebut dijalankan membolehkan hubungan terus PDRM dan masyarakat diwujudkan seterusnya pihak PDRM mendapat input-input maklumat jenayah daripada masyarakat setempat.

Penugasan ā€˜Meet And Greet’ tersebut dijalankan bertujuan untuk mendekati masyarakat dan menyebarkan maklumat pencegahan jenayah pada masyarakat setempat.

ā€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAā€





Address

Balai Polis Pulau Gaya
Kota Kinabalu
88000

Telephone

+601159411221

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Pulau Gaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Pulau Gaya:

Share

Category