20/03/2026
PEMANTAUAN LALU LINTAS MELALUI UDARA SEMPENA OP SELAMAT 26/2026 ( HARI KEDUA )
๐
20 Mac 2026 ( Jumaat )
๐ 1030 hrs โ 1130 hrs
Bspt Kota Kinabalu bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah telah melaksanakan pemantauan aliran trafik melalui udara menggunakan helikopter Agusta AW139 Sempena Op Selamat 26/2026.
Pemantauan ini melibatkan beberapa laluan utama iaitu :
๐ Jalan Lintas, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Tebobon, Jalan Kepayan, Jalan UMS, Jalan Kelapa Bakar Sulaman - Daerah Kota Kinabalu
๐Jalan Tuaran, Pekan Tuaran dan Tamparuli - Daerah Tuaran
๐ Jalan Papar lama - Daerah Penampang
๐ Jalan Pan Borneo ( Benoni ) - Daerah Papar
Selain memantau keadaan aliran trafik, pemerhatian turut memberi tumpuan kepada pergerakan kenderaan berat bagi memastikan pematuhan terhadap warta sekatan pergerakan kenderaan berat yang sedang dikuatkuasakan sepanjang tempoh Op Selamat 26.
Turut hadir dalam pemantauan ini ialah Insp. Alexander Anak Michael Nyandoh ( Insp. Penguatkuasaan Trafik ) dan Kpl Ammorray daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Kinabalu.
Pesawat dikendalikan oleh YDH Supt Pearson Hujung Anak Skinner ( Pilot ) bersama DSP Shaike Faiqzal bin Johari ( Pembantu Pilot ) serta dua ( 2 ) pemerhati udara dari PGU Sabah.
Hasil pemantauan mendapati aliran trafik secara keseluruhannya 80% adalah lancar dan terkawal termasuk Sempadan Daerah KK ke Tuaran, Daerah KK ke Papar dan Daerah KK ke Penampang.
Pemantauan udara ini bertujuan untuk mengenal pasti keadaan trafik semasa serta memastikan langkah pencegahan awal dapat diambil bagi mengelakkan kesesakan luar jangka, khususnya sempena musim perayaan.
Bspt Kota Kinabalu dengan dibantu oleh PGU Sabah akan terus komited dalam memastikan keselamatan dan kelancaran pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.