Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek

  • Home
  • Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek

Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek Wanita Bahagian N7 Tandek

5 MAC 2026 | MESYUARAT PERGERAKAN WANITA PBS N7 TANDEK Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) N7 Tandek telah menga...
10/03/2026

5 MAC 2026 | MESYUARAT PERGERAKAN WANITA PBS N7 TANDEK

Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) N7 Tandek telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan pengukuhan organisasi, penyelarasan gerak kerja serta perancangan aktiviti pergerakan wanita. Pertemuan ini juga menjadi platform untuk mempereratkan kerjasama dan komitmen ahli dalam memastikan Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek terus aktif, progresif serta memainkan peranan dalam memperkasa wanita dan menyokong perjuangan parti di peringkat akar umbi.

24 Februari 2026 | Ziarah Prihatin Pergerakan Wanita PBS N7 TandekPada hari ini, Puan Mairin Tutum, Ketua Pergerakan Wan...
24/02/2026

24 Februari 2026 | Ziarah Prihatin Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek

Pada hari ini, Puan Mairin Tutum, Ketua Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek bersama Puan Norindah Bogong, Naib II telah berkesempatan mengadakan lawatan ke kediaman Puan Janisah Malintang.

Dimaklumkan bahawa Puan Janisah mengalami patah pergelangan kaki kiri akibat terjatuh dari tangga. Lawatan ini adalah sebagai tanda sokongan dan keprihatinan Pergerakan Wanita terhadap AJK dan masyarakat setempat yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Semoga Puan Janisah diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan dikurniakan kesembuhan yang segera seperti sediakala.




28 DISEMBER 2025 | Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek yang diketuai oleh Pn. Mairin Tutum turut hadir serta memainkan peran...
31/12/2025

28 DISEMBER 2025 | Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek yang diketuai oleh Pn. Mairin Tutum turut hadir serta memainkan peranan sebagai AJK Pelaksana dalam menjayakan Majlis Kesyukuran Kemenangan Calon GRS N7 Tandek, YB Datuk Hendrus Anding, yang diraikan bersama Sambutan Krismas 2025 dan Tahun Baharu 2026 di Dewan Tamu Berbumbung, Pekan Tandek dalam suasana penuh kesyukuran, perpaduan dan keharmonian rakyat

16-18 DISEMBER 2025 | MENGHADIRI PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN PERGERAKAN WANITA PARTI BERSATU SABAH (PBS) KALI KE-40 (...
20/12/2025

16-18 DISEMBER 2025 | MENGHADIRI PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN PERGERAKAN WANITA PARTI BERSATU SABAH (PBS) KALI KE-40 (2025)




11 DISEMBER 2025 | MESYUARAT PERGERAKAN WANITA PBS  N7 TANDEK
20/12/2025

11 DISEMBER 2025 | MESYUARAT PERGERAKAN WANITA PBS N7 TANDEK

Hari ini hari terakhir kempen!Mari kita pilih pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat.UNDILAH DATUK HENDRUS ANDIN...
28/11/2025

Hari ini hari terakhir kempen!
Mari kita pilih pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat.

UNDILAH DATUK HENDRUS ANDING , CALON GRS N7 TANDEK.

Kenapa beliau layak?

1. Seorang pemimpin proaktif, sentiasa bergerak tanpa mengira masa, cuaca atau lokasi.

2. Turun padang secara konsisten, sentiasa dekat dengan rakyat dan memahami setiap keperluan pembangunan kampung.

3. Pemimpin berjiwa rakyat, mendengar dan bertindak, bukan hanya berjanji!

4. Terbukti membawa kemajuan, pembangunan dan perubahan nyata kepada N.7 Tandek sepanjang perkhidmatan beliau.

Dengan rendah hati, marilah kita memberi beliau mandat sekali lagi agar kesinambungan pembangunan N.7 Tandek terus maju dan terjamin.
Undilah DHA — demi masa depan Tandek yang lebih baik!
Undi no. 8 calon GRS N7 Tandek!

Terima kasih 🙏🏻

30 OKTOBER 2025 | PROGRAM ZIARAH KASIH DI KAMPUNG TONDIGProgram Ziarah Kasih, inisiatif berterusan oleh YBhg. Datuk Hend...
04/11/2025

30 OKTOBER 2025 | PROGRAM ZIARAH KASIH DI KAMPUNG TONDIG

Program Ziarah Kasih, inisiatif berterusan oleh YBhg. Datuk Hendrus Anding, mantan ADUN N7 Tandek, terus dilaksanakan bagi menyantuni masyarakat yang memerlukan. Kali ini, sumbangan kerusi roda telah disampaikan kepada pesakit terlantar, Encik Masingin bin Pongsai, sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.

Program ini dilaksanakan oleh Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek yang diketuai oleh Puan Mairin Tutum, dengan kerjasama Tn. Abdul Mulok Osman, yang turut membantu pesakit melalui khidmat fisioterapi.

Terima kasih YBhg. Datuk Hendrus Anding atas inisiatif yang sentiasa menghidupkan semangat Kasih Untuk Rakyat. Usaha ini mencerminkan semangat prihatin dan kebersamaan dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

28 OKTOBER 2025 | PROGRAM ZIARAH KASIH DI KAMPUNG TALANTANG 2 DAN KAMPUNG GANA YBhg. Datuk Hendrus Anding  , mantan ADUN...
03/11/2025

28 OKTOBER 2025 | PROGRAM ZIARAH KASIH DI KAMPUNG TALANTANG 2 DAN KAMPUNG GANA

YBhg. Datuk Hendrus Anding , mantan ADUN N7 Tandek, terus membuktikan bahawa khidmat bakti dan kasih kepada rakyat tidak pernah terhenti.

Sebagai tanda keprihatinan berterusan beliau terhadap masyarakat Tandek, YBhg. Datuk Hendrus Anding telah menyumbangkan kerusi roda kepada dua pesakit terlantar — masing-masing di Kampung Talantang 2 (Pn. Sinining binti Sulim) dan Kampung Gana (Pn. Jurinah Binti Paini).

Pelaksanaan program ini disempurnakan oleh Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek di bawah pimpinan Puan Mairin Tutum, yang terus komited membawa amanah dan semangat kepimpinan YBhg. Datuk Hendrus Anding ke akar umbi.

Langkah prihatin ini menggambarkan jiwa kepimpinan sejati YBhg. Datuk Hendrus Anding yang sentiasa dekat di hati rakyat — pemimpin yang dihormati dan dipercayai kerana ketulusan dan kesungguhan beliau membela nasib rakyat tanpa henti.

29 SEPTEMBER 2025 - PROGRAM ZIARAH KASIH DI KAMPUNG DALAMASONSiri Program Ziarah Kasih pada kali ini diteruskan di Kampu...
03/10/2025

29 SEPTEMBER 2025 - PROGRAM ZIARAH KASIH DI KAMPUNG DALAMASON

Siri Program Ziarah Kasih pada kali ini diteruskan di Kampung Dalamason oleh AJK Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek, mewakili YB Datuk Hendrus Anding, ADUN N7 Tandek merangkap Pembantu Menteri I Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Program ini bertujuan memperkukuh silaturahim antara kepimpinan dan masyarakat setempat, di samping menyalurkan sumbangan kepada golongan sasar iaitu warga emas, pesakit terlantar, orang kelainan upaya (OKU), keluarga daif serta ibu tunggal. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan berterusan YB Datuk Hendrus Anding terhadap kesejahteraan rakyat, khususnya mereka yang kurang sihat dan memerlukan perhatian.

29 September 2025 - Mewakili YB Datuk Hendrus Anding , ADUN N7 Tandek merangkap Pembantu Menteri I Pertanian, Perikanan ...
03/10/2025

29 September 2025 - Mewakili YB Datuk Hendrus Anding , ADUN N7 Tandek merangkap Pembantu Menteri I Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek telah melaksanakan Program Ziarah Kasih di Kampung Damai. Program ini yang telah lama digerakkan secara konsisten bertujuan mempererat silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat, di samping menyalurkan sumbangan kepada golongan sasar iaitu warga emas, pesakit terlantar, orang kelainan upaya (OKU), keluarga daif serta ibu tunggal. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan YB Datuk Hendrus Anding terhadap kesejahteraan rakyat, khususnya mereka yang kurang sihat dan memerlukan perhatian. Program seumpama ini akan terus diteruskan dari semasa ke semasa agar lebih ramai golongan sasar dapat menerima manfaatnya.

26 SEPTEMBER 2025 | MEWAKILI YB DATUK HENDRUS ANDING MELAKSANAKAN PROGRAM ZIARAH KASIH DI KAMPUNG BUNSADANProgram Ziarah...
27/09/2025

26 SEPTEMBER 2025 | MEWAKILI YB DATUK HENDRUS ANDING MELAKSANAKAN PROGRAM ZIARAH KASIH DI KAMPUNG BUNSADAN

Program Ziarah Kasih di Kampung Bunsadan pada hari ini dilaksanakan oleh Pergerakan Wanita PBS Bahagian N7 Tandek yang diketuai oleh pn. Mairin Tutum bagi mewakili YB Datuk Hendrus Anding, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N7 Tandek merangkap Pembantu Menteri I di Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, dengan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada warga emas, OKU, ibu tunggal, keluarga daif, dan pesakit terlantar.

Program ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif kebajikan yang berterusan digerakkan sejak dahulu hingga kini, mencerminkan semangat kasih sayang, keprihatinan, serta komitmen berterusan YB Datuk Hendrus Anding dalam menjaga kebajikan rakyat di kawasan ini.

Walaupun YB Datuk tidak dapat turut serta atas urusan rasmi, penyampaian sumbangan ini menjadi bukti jelas bahawa suara rakyat, kesejahteraan rakyat, dan kebajikan rakyat sentiasa berada di hati beliau.

Kepimpinan YB Datuk Hendrus Anding bukan sahaja terserlah melalui dasar dan pembangunan, tetapi turut dizahirkan melalui sentuhan kemanusiaan yang menyentuh hati rakyat. Beliau sentiasa menegaskan bahawa tiada seorang pun harus terpinggir, dan setiap lapisan masyarakat berhak diberi perhatian sewajarnya.

Program sebegini sekali lagi membuktikan bahawa YB Datuk Hendrus Anding adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat, sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat, mendengar, memahami, dan bertindak demi kesejahteraan bersama.

14 SEPTEMBER 2025 - PROGRAM ZIARAH KASIH DI KAMPUNG TALANTANG 2Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek mewakili YB Datuk Hendrus...
23/09/2025

14 SEPTEMBER 2025 - PROGRAM ZIARAH KASIH DI KAMPUNG TALANTANG 2

Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek mewakili YB Datuk Hendrus Anding, ADUN N7 Tandek merangkap Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, telah melaksanakan Program Ziarah Kasih di Kampung Talantang 2.

Program ini bertujuan untuk menyantuni masyarakat, menyelami keperluan mereka serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat. Pada kesempatan ini juga, sumbangan bakul makanan telah diserahkan kepada golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal, pesakit terlantar, OKU, dan warga emas sebagai tanda keprihatinan YB Datuk Hendrus terhadap kesejahteraan masyarakat Tandek.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus menjadi jambatan kasih antara pemimpin dan rakyat, serta menjadi inspirasi untuk kita berganding bahu membina masyarakat yang lebih sejahtera dan harmoni.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share