03/06/2026
Buletin Budaya, 3 Jun 2026 (Rabu)
Persembahan Hiburan dan Tarian Tradisi melibatkan murid-murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah telah berlangsung pada 31 Mei 2026 bertempat di Pentas Luar KDCA Koisaan Cultural Village (KCV), sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.
Pelbagai persembahan tarian tradisi oleh murid-murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah serta persembahan hiburan daripada artis tempatan telah dipersembahkan dengan penuh semangat, sekali gus menyerlahkan bakat generasi muda serta menyemarakkan lagi sambutan Pesta Kaamatan Tahun 2026.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid, pelajar, artis tempatan dan guru pengiring yang telah menjayakan persembahan ini. Semoga minat terhadap seni dan budaya tradisional terus subur dalam kalangan generasi muda serta menjadi warisan yang terus dihargai oleh masyarakat.
#30/26