Rejimen Ke-35 Artileri Diraja, Kem Lok Kawi

Rejimen Ke-35 Artileri Diraja, Kem Lok Kawi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rejimen Ke-35 Artileri Diraja, Kem Lok Kawi, Military Base, Kota Kinabalu.

UJIAN KELAYAKAN KEMAHIRAN INDIVIDU (UJIAN BACA PETA) TAHUN 2025PUTATAN, 29 OKT 2025 – Rejimen Ke-35 Artileri Diraja tela...
07/11/2025

UJIAN KELAYAKAN KEMAHIRAN INDIVIDU (UJIAN BACA PETA) TAHUN 2025

PUTATAN, 29 OKT 2025 – Rejimen Ke-35 Artileri Diraja telah melaksanakan Ujian Kelayakan Kemahiran Individu (UKKI) Baca Peta yang melibatkan kekuatan seramai 3 Pegawai dan 62 Anggota Lain-Lain Pangkat di sekitar kawasan Putatan, Kota Kinabalu bermula 29 sehingga 31 Okt 2025.

UKKI ini dimulakan dengan sesi taklimat dari penguji berkenaan cara perlaksanaan ujian kepada anggota sebelum dimulakan. Objektif UKKI ini dilaksanakan adalah untuk menguji dan menilai tahap kefahaman dalam kalangan warga pasukan dalam kemahiran mengorientasikan dan membaca peta.

UJIAN JALAN LAJU (15 KM) SIRI 3/2025PAPAR, 22 OKT 2025 – Rejimen Ke-35 Artileri Diraja telah melaksanakan Ujian Jalan La...
06/11/2025

UJIAN JALAN LAJU (15 KM) SIRI 3/2025

PAPAR, 22 OKT 2025 – Rejimen Ke-35 Artileri Diraja telah melaksanakan Ujian Jalan Laju (UJL) 15 km. Ujian ini dilaksanakan sebanyak 3 siri iaitu pada 22,28 dan 29 Okt 2025 yang melibatkan kekuatan seramai 8 Pegawai dan 92 Anggota Lain-Lain Pangkat di sekitar kawasan Bolotikon Papar, Sabah.

Objektif UJL 15 km ini dilaksanakan adalah untuk menguji tahap kecergasan fizikal dan ketahanan mental di kalangan warga pasukan. Selain itu, ujian tersebut juga menitik beratkan perkara asas seperti aspek keselamatan, penjagaan senjata dan peralatan Full Service Marching Order (FSMO) dan berakhir dengan mencapai objektif latihan disamping dapat memupuk semangat kerjasama dan setia kawan serta Esprit De Corps sebagai satu kumpulan.

KOTA BELUD, 05 OKT 2025 – Rejimen Ke-35 Artileri Diraja telah melaksanakan Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) & La...
23/10/2025

KOTA BELUD, 05 OKT 2025 – Rejimen Ke-35 Artileri Diraja telah melaksanakan Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) & Latihan Peningkatan Tempur (LPT) Siri 2 bagi Tahun 2025. Latihan ini melibatkan kekuatan seramai 7 Pegawai dan 45 Anggota Lain-Lain Pangkat bertempat di Lapang Sasar 600m Kota Belud, Sabah mulai 05 hingga 10 Okt 2025.

Perlaksanaan LMIT dan LPT ini adalah latihan yang dirancang untuk memenuhi Kitaran Latihan 24 Bulan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan di tahap yang baik serta meningkatkan kompetensi dalam kemahiran menembak di kalangan anggota selain membina keyakinan diri dalam pengendalian senjata dan bahan letupan.

Turut hadir menyaksikan latihan adalah Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen, Kolonel Saiful Nizam bin Che Soh dan juga wakil Markas Artileri Divisyen 5 Divisyen yang membantu menjayakan latihan ini.

SAMBUTAN HARI KELUARGA REJIMEN KE-35 ARTILERI DIRAJALok Kawi - 14 Jun 2025: Peg Mem serta warga 35 RAD telah hadir bagi ...
17/06/2025

SAMBUTAN HARI KELUARGA REJIMEN KE-35 ARTILERI DIRAJA

Lok Kawi - 14 Jun 2025: Peg Mem serta warga 35 RAD telah hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Keluarga 35 RAD. Perlaksanaan sambutan diadakan di Tuhunon Bolotikon Riverside, Papar.

Sambutan dimulakan dengan ketibaan Peg Mem Lt Kol Alphonsus Radsung@Benedect dan Pengerusi BAKAT Puan Ivy Alfred serta ahli keluarga yang lain.

Pelbagai acara sukaneka yang menarik diadakan melibatkan anak-anak, pasangan dan juga ahli BAKAT. Tidak lupa juga, Sambutan turut dimeriahkan dengan Penyampaian Cenderahati kepada Anggota dan Ahli BAKAT yang bakal bersara dan bertukar keluar.

Penglibatan pegawai dan anggota serta ahli keluarga dalam aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim kekeluargaan antara warga 35 RAD. Semangat dan kesatuan yang jitu turut dizahirkan melalui persaingan dalam acara yang dianjurkan.

Majlis diakhiri dengan upacara jamuan makan tengahari dan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi semua pertandingan sukan dan sukaneka.

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH REJIMEN KE-35 ARTILERI DIRAJALok Kawi, 13 Jun 2025: Seramai 7 pegawai dan 73 anggota LLP t...
13/06/2025

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH REJIMEN KE-35 ARTILERI DIRAJA

Lok Kawi, 13 Jun 2025: Seramai 7 pegawai dan 73 anggota LLP terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah bertempat di Gelanggang Terbuka 35 RAD.

Perbarisan telah diketuai oleh Ajutan 35 RAD, Kapt Meor Ma’as bin Jamaludin. Acara perbarisan telah dimulakan dengan ketibaan Peg Mem 35 RAD, Lt Kol Alphonsus Radsung@Benedect. Perbarisan telah diteruskan dengan Serah Menyerah Ketua Bateri Misil diantara Mej Mohamad Akmal bin Roziee dengan Kapt Mohd Haizam bin Mohamad.

Seterusnya, acara perbarisan telah diteruskan dengan Majlis Pemakaian Pangkat LLP 35 RAD. Seramai 23 LLP telah dinaikkan pangkat dan Majlis turut disertakan Pemakaian Beret Rejimen Artileri Diraja kepada 4 Perajurit Muda yang baru melapor.

Seterusnya Majlis diteruskan dengan ucapan Peg Mem. Dalam ucapan, beliau telah mengingatkan peg dan anggota pasukan agar sentiasa mengambil serius dalam aspek kebersihan dan disiplin. Di samping itu, beliau turut mengingatkan seluruh peringkat anggota agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah kerana hanya akan menjejaskan perkhidmatan. Beliau juga mengucapkan ribuan tahniah kepada anggota yang baru sahaja dinaikkan pangkat dan pemakaian beret dan berharap semoga ia menjadi sumber semangat untuk kekal maju di dalam organisasi.

Turut hadir ialah Pen Peg Mem, Mej Mohamad Akmal bin Roziee, Ketua Wksp dan Ahli BAKAT.

Perbarisan telah diakhiri dengan acara bergambar dan Jamuan ringan.

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA BATERI MISIL REJIMEN KE-35 ARTILERI DIRAJALok Kawi, 13 Jun 2025: Seramai 4 Pegawai d...
13/06/2025

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA BATERI MISIL REJIMEN KE-35 ARTILERI DIRAJA

Lok Kawi, 13 Jun 2025: Seramai 4 Pegawai dan 53 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam perbarisan serah terima tugas Ketua Bateri Misil di Gelanggang Terbuka 35 RAD yang diketuai oleh Kapt Boney Anak Jelema selaku Bateri Kapten Bateri Misil 35 RAD.

Perbarisan telah dimulakan dengan ketibaan Peg Mem 35 RAD, Lt Kol Alphonsus Radsung@Benedect bagi menyaksikan perbarisan serah terima tugas tersebut. Turut hadir adalah Peg Logistik, OC 45 Wksp dan ahli-ahli BAKAT.

Mej Mohamad Akmal bin Roziee dinaikkan jawatan sebagai Pen Peg Mem di Rejimen Ke-35 Artileri Diraja. Beliau telah menyerahkan tugas Ketua Bateri Misil kepada Kapt Mohd Haizam bin Mohamad.

Perbarisan telah diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan ringan.

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR BATERI REJIMEN KE-35 ARTILERI DIRAJALok Kawi, 13 Jun 25 - Perbarisan Serah Me...
13/06/2025

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR BATERI REJIMEN KE-35 ARTILERI DIRAJA

Lok Kawi, 13 Jun 25 - Perbarisan Serah Menyerah Sarjan Mejar Bateri 35 RAD di antara PW II Condrad Julian dengan S/Sjn Nekson bin Sakunil telah diadakan di Gelangggang Terbuka pasukan.

Perbarisan ini telah diketuai oleh Bateri Kapten, Kapt Boney Anak Jelema dan disertai oleh semua pegawai dan anggota peringkat Bateri 35 RAD.

Seterusnya acara Serah Terima Tugas SMB 35 RAD telah dilaksanakan di hadapan Mantan Ketua Bateri, Mej Mohamad Akmal bin Roziee serta pegawai dan anggota yang turut hadir untuk menyaksikan acara tersebut.

PW II Condrad Julian akan menjalani Kursus Peralihan di PERHEBAT sebelum menamatkan perkhidmatan setelah 26 tahun berkhidmat mencurah bakti di dalam ATM amnya dan TD khasnya.


of Borneo Sky

29/05/2025
29/05/2025

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2025

Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen, Kolonel Saiful Nizam bin Che Soh dan seluruh warga Artileri Divisyen 5 Divisyen mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh warga Sabah dan Sarawak yang meraikannya. Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan keharmonian.



22/05/2025

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rejimen Ke-35 Artileri Diraja, Kem Lok Kawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category