Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah

Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah OFFICIAL PAGE JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SABAH

Pada 18 April 2026, Program Borneo Ultra Ocean Clean-Up 5/2026 telah dianjurkan oleh Pangkalan Tentera Laut Diraja Malay...
21/04/2026

Pada 18 April 2026, Program Borneo Ultra Ocean Clean-Up 5/2026 telah dianjurkan oleh Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia. Program ini melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah bersama-sama untuk menjalankan program pembersihan pantai bertempat di Taman Awam Teluk Likas dan Taman Tunku Abdul Rahman. Program ini adalah bertujuan memupuk semangat tanggungjawab bersama dan kepentingan menjaga ekosistem laut berkenaan penjagaan pantai serta kelestarian alam sekitar. Pelbagai aktiviti turut dijalankan dalam program tersebut termasuk pameran dari pelbagai agensi.

๐Ÿ“ข PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SABAH BILANGAN 2/2026๐Ÿ“ IBU PEJABAT LAUT, JABATAN LAUT MAL...
10/04/2026

๐Ÿ“ข PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SABAH BILANGAN 2/2026

๐Ÿ“ IBU PEJABAT LAUT, JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SABAH, 10 April 2026 (JUMAAT)

Pengarah Laut, Jabatan Laut Wilayah Sabah telah menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Bilangan 2/2026 yang diadakan di Aras 3, Ibu Pejabat Laut Malaysia Wilayah Sabah dengan penglibatan seluruh warga jabatan.

Perhimpunan Bulanan ini telah melibatkan seluruh warga Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah secara fizikal dan atas talian bagi Pejabat Laut kawasan seluruh Sabah. Dalam perhimpunan tersebut, seluruh warga jabatan telah merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Pengarah atas pengurniaan Ahli Setia Darjah Kota Kinabalu (A.S.D.K). Pengiktirafan ini diharapkan menjadi pembakar semangat kepada semua warga jabatan untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berintegriti.

Majlis telah berlangsung dalam keadaan tertib dan lancar, Urusetia Perhimpunan Bulanan kali ini, Bahagian Operasi Maritim (BOM) Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah.

๐Ÿ‘ Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan ini!

โœจ TERIMA KASIH! Program Taklimat Pengurusan Kewangan Bijak, Kepentingan Perlindungan Takaful & Kesedaran Kesihatan telah...
10/04/2026

โœจ TERIMA KASIH!

Program Taklimat Pengurusan Kewangan Bijak, Kepentingan Perlindungan Takaful & Kesedaran Kesihatan telah berlangsung dengan jayanya pada 9 April 2026 (Khamis) ๐Ÿ™Œ

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan:
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ Mr John Zulkarnain A. Ghani
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ Dr. Teng Wei Woon

Terima kasih juga kepada semua peserta yang hadir dan memberi sokongan sepanjang program ini.

๐Ÿฉบ Saringan kesihatan asas PERCUMA yang telah dijalankan:
โœ”๏ธ BMI & Tekanan Darah
โœ”๏ธ Gula Dalam Darah
โœ”๏ธ Kolesterol
โœ”๏ธ Asid Urik

Semoga perkongsian dan saringan yang dijalankan dapat membantu anda:
๐Ÿ’ก Mengurus kewangan dengan lebih bijak
๐Ÿ›ก๏ธ Memahami kepentingan perlindungan takaful
๐Ÿ’š Lebih peka terhadap tahap kesihatan diri

Teruskan amalan gaya hidup sihat dan pengurusan kewangan yang baik!

Jumpa lagi di program akan datang ๐Ÿ˜Š

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Daar bin Biskai @ Adam Malik atas pengurniaan Darjah Kebesaran Ahli Setia D...
01/04/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Daar bin Biskai @ Adam Malik atas pengurniaan Darjah Kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (a.s.d.k)๐Ÿ˜

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus berbakti dengan cemerlang kepada negara dan organisasi๐Ÿฅฐ
Ikhlas daripada, seluruh kakitangan Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sabah

Pergi ke taman memetik melati,๐Ÿ’
Harum baunya di waktu pagi,๐ŸŒฅ๏ธ
Anugerah diterima penuh bererti,๐Ÿคฒ๐Ÿป
Moga terus cemerlang berbakti๐Ÿ’ช๐Ÿป




"Selamat Bersara kepada Encik Wah Tatong Bin Wah Kasoh, Pembantu Laut A2(TBK). Genaplah sudah tempoh perkhidmatan beliau...
12/03/2026

"Selamat Bersara kepada Encik Wah Tatong Bin Wah Kasoh, Pembantu Laut A2(TBK). Genaplah sudah tempoh perkhidmatan beliau sehingga tarikh keramat 12 Mac 2026. Terima kasih atas segala jasa dan bakti sepanjang bertugas di Pejabat Laut Semporna, termasuk kenangan manis bersama di Jabatan Pendidikan Sandakan. Selamat berehat dan selamat menempuh fasa persaraan wajib di usia 60 tahun dengan penuh ketenangan."

๐‘ป๐’–๐’‚๐’Š ๐’‘๐’‚๐’…๐’Š ๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’“๐’‚ ๐’๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Œ,
๐‘ฌ๐’”๐’๐’Œ ๐’‹๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’๐’‚๐’š๐’–-๐’๐’‚๐’š๐’–๐’‚๐’,
๐‘ฐ๐’๐’•๐’‚๐’Š ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’Š ๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’“๐’‚ ๐’๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Œ,
๐‘ฌ๐’”๐’๐’Œ ๐’‹๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’“๐’Š๐’๐’…๐’–-๐’“๐’Š๐’๐’…๐’–๐’‚๐’.

#๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ซ๐š๐‰๐‹๐Œ๐–๐’๐๐‡

Lawatan khidmat komuniti pelajar IPG Kampus Datoโ€™ Razali Ismail bersama-sama murid Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya, Kota K...
23/02/2026

Lawatan khidmat komuniti pelajar IPG Kampus Datoโ€™ Razali Ismail bersama-sama murid Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya, Kota Kinabalu pada 12 Februari 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan 34 orang pelajar dan 5 orang pensyarah pengiring.

Program ini bertujuan menyantuni serta memberi motivasi kepada murid-murid melalui aktiviti yang dirancang, sekali gus menyemai nilai ingin tahu , pemantapan ibadah, empati dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan bakal pendidik. Semoga usaha murni ini memberi impak positif dan memperkukuh jalinan kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.

Penglibatan bersama serta kerjasama pihak Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah dengan menggunakan Kapal Tanjung Nosong turut menjayakan aktiviti ini.




SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026ๆ–ฐ ๅนด ๅฟซ ไน | GONG XI FA CAIPengarah Laut Wilayah Sabah, Encik Daar Bin Biskai @ Adam Malik, b...
17/02/2026

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026
ๆ–ฐ ๅนด ๅฟซ ไน | GONG XI FA CAI

Pengarah Laut Wilayah Sabah, Encik Daar Bin Biskai @ Adam Malik, bersama seluruh warga Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua, khususnya masyarakat di Negeri Sabah yang meraikannya.
Melangkah ke Tahun Kuda Api ini, semoga semangat ketangkasan dan kekuatan kuda menjadi inspirasi untuk kita terus mengemudi sektor maritim negara dengan lebih cemerlang dan selamat.
Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kemakmuran, dan kesejahteraan yang berpanjangan buat anda sekeluarga. Berhati-hati semasa di jalan raya mahupun di perairan.

"KESEJAHTERAAN MARITIM TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—™๐—˜๐—•๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (RABU) di BILIK SEMINAR,ARAS 3,JLMWS | ๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—๐—จ๐—žโ€œ๐—–๐—ข๐—ฅ๐—˜ & ๐—•๐—”๐—–๐—ž ๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—œ๐—ฆ ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—Ÿโ€๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜...
11/02/2026

๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—™๐—˜๐—•๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (RABU) di BILIK SEMINAR,ARAS 3,JLMWS |
๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—๐—จ๐—ž
โ€œ๐—–๐—ข๐—ฅ๐—˜ & ๐—•๐—”๐—–๐—ž ๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—œ๐—ฆ ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—Ÿโ€
๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—•๐—”๐——๐—”๐—ก

๐Ÿง˜โ€โ™‚๏ธ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ช๐˜ต๐˜ช ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ

Telah berlangsung Taklimat Kesihatan bertajuk โ€œCore & Back Care is Essentialโ€ yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah, bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pegawai dan kakitangan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal, khususnya berkaitan otot teras (core) dan tulang belakang.

Program ini memberi pendedahan berkaitan pencegahan kecederaan musculoskeletal serta amalan ergonomik yang betul di tempat kerja, terutamanya bagi pegawai yang banyak bekerja dalam posisi duduk dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada kaedah senaman ringkas yang boleh diamalkan bagi mengurangkan risiko sakit belakang dan meningkatkan kesejahteraan fizikal.

Taklimat ini telah disampaikan oleh ahli fisioterapi bertauliah dari REHABWORKS SDN BHD yang berkongsi ilmu, panduan praktikal serta melaksanakan sesi pemeriksaan postur badan bagi membantu peserta mengenal pasti masalah postur dan langkah penambahbaikan yang bersesuaian.

Antara objektif utama program ini adalah:
๐Ÿฉบ Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal di tempat kerja
๐Ÿฉบ Mencegah kecederaan otot dan sendi akibat postur kerja yang tidak betul
๐Ÿฉบ Memberi panduan senaman dan amalan ergonomik yang boleh diaplikasikan seharian
๐Ÿฉบ Menyokong gaya kerja sihat dan produktif dalam jangka masa panjang

Diharapkan program seumpama ini dapat memberi manfaat berterusan kepada warga kerja serta menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih sihat, selesa dan produktif.

โœจ Kesihatan dijaga, produktiviti terpelihara.









Pejabat Laut Sandakan telah mengadakan Program Jom Sihat & Sukan Badminton dikalangan kakitangan dan keluarga .. Gaya hi...
07/02/2026

Pejabat Laut Sandakan telah mengadakan Program Jom Sihat & Sukan Badminton dikalangan kakitangan dan keluarga ..

Gaya hidup sihat merupakan elemen penting untuk kesihatan, terutama bagi pekerja yang menghabiskan masa panjang di tempat kerja. Amalan gaya hidup sihat tidak hanya memberi impak positif kepada kesihatan fizikal, malah turut memberi manfaat kepada kestabilan mental dan emosi seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti.

#

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐‹๐€๐”๐“ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐‹๐”, 02 Februari 2026 - Pen...
02/02/2026

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐‹๐€๐”๐“ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐‹๐”, 02 Februari 2026 - Pengarah Laut, Jabatan Laut Wilayah Sabah telah menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah Bilangan 1 2026 bertempat di Bilik Seminar, Aras 3 Ibu Pejabat Laut Malaysia Wilayah Sabah.

Perhimpunan Bulanan ini telah melibatkan seluruh warga Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah secara fizikal dan atas talian bagi Pejabat Laut kawasan seluruh Sabah. Turut hadir En. Abdul Aziz Bin Abd Majid, Timbalan Pengarah Pengurusan dan En. Maurice Juliee Ansim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah.

Dalam perhimpunan tersebut, satu sesi suai kenal antara kakitangan yang baharu berpinda ke Jabatan Laut Wilayah Sabah dan juga makluman kakitangan yang telah berpindah dari Jabatan.

Melalui amanat Pengarah Laut Sabah, beliau menyatakan perpindahan pegawai yang memohon ditangguhkan kerana Wilayah lain juga kekurangan Pengisian Pegawai Laut dan tidak ada petukaran. Selain itu, amanat beliau juga melibatkan penggunaan kenderaan jabatan dan juga kursus Mate-Domestic untuk para Pembantu Laut akan dijalankan dalam masa terdekat dan senarai calon akan dikendalikan oleh Bahagian Kawalan Industri Maritim (BKIM). Akhir kata daripada Pengarah Laut Sabah adalah tidak membuang sembarangan puntung rokok di kawasan premis Jabatan kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan pelaku atau pihak Jabatan sendiri akan dikompaun oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.

Majlis berlangsung dalam keadaan tertib dan lancar, Urusetia Perhimpunan Bulanan kali ini, Bahagian Fasiliti Aset dan Stor (BFAS) Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah.

02/02/2026

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share