Jabatan Perkhidmatan Veterinar "DVS" Sabah

Jabatan Perkhidmatan Veterinar "DVS" Sabah Laman Rasmi DVS Sabah

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN 2026,PERINGKAT NEGERI SABAH.“KAAMATAN: MENUAI PERPADUAN, MERAIKAN KEHARMONIAN”“KAAMATAN: HARVEST...
01/06/2026

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN 2026,
PERINGKAT NEGERI SABAH.

“KAAMATAN: MENUAI PERPADUAN, MERAIKAN KEHARMONIAN”
“KAAMATAN: HARVESTING UNITY, CELEBRATING HARMONY”
“KAAMATAN: MONGOMOT PISOMPURUAN, MAMARAMAI PIUNUNGAN”

Dewan Hongkod Koisaan, (KDCA) Penampang

🌙 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔 🐄🐐Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ...
27/05/2026

🌙 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔 🐄🐐

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan, serta menjadi pemangkin untuk terus menyemai kasih sayang dan memperkukuh ukhuwah dalam masyarakat.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

📣𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈𝟓𝟎 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍! 🐄 Sempena Jubli Emas 50 Tahun Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Progr...
25/05/2026

📣𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈𝟓𝟎 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍! 🐄
Sempena Jubli Emas 50 Tahun Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Program BAKTI50 diperkenalkan bagi memperkasa penternak ruminan Sabah serta menyokong sekuriti makanan negeri.

Program ini terbuka kepada pemohon yang memenuhi syarat, termasuk penternak kecil, golongan B40, peserta projek ruminan terdahulu yang berprestasi baik, serta komuniti Persatuan/Koperasi Padang Ragut Negeri Sabah.

🔗 Muat turun borang permohonan di sini:
[https://drive.google.com/drive/folders/1ZjLbLlMElJIPGhPIgym-7kbwTK4Xh2BN?usp=share_link]

21/05/2026

✨KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG VIDEO TULAR TINDAKAN MELANGGAR SEEKOR ANJING DI ULU TIRAM, JOHOR

JOHOR BAHRU : Pada 19 Mei 2026 satu video berdurasi 13 saat telah tular di pelbagai rangkaian media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda telah melanggar seekor anjing di sebuah taman perumahan di Ulu Tiram, Johor.

Bertindak atas maklumat dan aduan awam, pada 19 Mei 2026 jam lebih kurang 12 tengah hari sepasukan Pegawai Kebajikan Haiwan (PKH) dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPV Johor) telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu (1) ekor karkas anjing dipercayai anjing yang sama seperti di dalam video tular tersebut telah ditanam berhampiran dengan lokasi kejadian. Karkas anjing telah diambil untuk pemeriksaan dan siasatan selanjutnya. Siasatan akan dijalankan oleh JPV Johor di bawah Subseksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

JPV Johor mengingatkan orang awam bahawa perbuatan penganiayaan terhadap haiwan adalah satu kesalahan di bawah subseksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM 20,000.00 dan tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau | dipenjarakan selama tempoh tidak
lebih daripada tiga tahun atau kedua - duanya.

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR
21 Mei 2026 | (Khamis)

“Veterinar Kompeten, Masyarakat Sejahtera”

20 Mei 2026 | Dataran Terbuka Daerah Tongod𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐬𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐨𝐧𝐠𝐨𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔Sambutan Pesta Kaamatan Perin...
21/05/2026

20 Mei 2026 | Dataran Terbuka Daerah Tongod
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐬𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐨𝐧𝐠𝐨𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod Tahun 2026 pada kali ini majlis dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Pesta Kaamatan berlangsung dengan penuh kemeriahan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat, di bawah Pimpinan YBhg. Encik Hadzlan bin Jablee selaku Pegawai Daerah Tongod yang baharu. Pelbagai aktiviti menarik jabatan telah diadakan bagi memeriahkan sambutan kaamatan, antaranya:

1. Teka Berat Kambing Biri-Biri (Hadiah Utama: 1 ekor kambing biri-biri)
2. Pameran Ternakan Hidup
3. Jualan Pelbagai Ternakan Unggas
4. Jualan Telur Itik
5. Kempen Makan Itik Percuma
6. Gerai Jualan Burung Puyuh Goreng
7. Pameran Pelbagai Penyakit Haiwan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama sekali kepada warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah yang terlibat, kerana telah berusaha dan komited dalam menjayakan sambutan kaamatan di daerah ini.

“Kaamatan: Harvesting Unity, Celebrating Harmony” 🌾🌾🌾

20 Mei 2026 | Pig Farming Area (PFA), Entilibon, Tongod𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐉𝐚𝐦𝐚𝐰𝐢 𝐉𝐚𝐚𝐟𝐚𝐫Kawasan penternakan babi (...
21/05/2026

20 Mei 2026 | Pig Farming Area (PFA), Entilibon, Tongod
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐉𝐚𝐦𝐚𝐰𝐢 𝐉𝐚𝐚𝐟𝐚𝐫

Kawasan penternakan babi (PFA) di Entilibon, Tongod telah menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Jamawi Jaafar bagi meninjau secara dekat kemajuan serta perkembangan semasa kawasan tersebut.

Lawatan ini turut memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan operasi semasa serta cadangan pembangunan infrastruktur pada masa hadapan bagi mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan ladang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Datuk Jamawi Jaafar atas kesudian meluangkan masa mengadakan lawatan ke kawasan penternakan ini. Semoga industri penternakan di PFA, Entilibon, Tongod terus akan berkembang maju dan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi setempat.

𝘼𝙣𝙜𝙜𝙤𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙞𝙗𝙖𝙩:
1. Puan Atica Jipulis Ginti (Pegawai Penguasa Daerah Stesen Telupid/Tongod)
2. ⁠Encik Andrew Guanoi (Pengurus Ladang Kerbau Sawah, Telupid)
3. ⁠Encik Lawisi Kudumpar (Pengurus Ladang Lembu Pedaging, Entilibon Tongod)

20 Mei 2026 | Ladang Ruminan DVS Telupid𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐉𝐚𝐦𝐚𝐰𝐢 𝐉𝐚𝐚𝐟𝐚𝐫Ladang Ruminan Telupid telah menerima kun...
21/05/2026

20 Mei 2026 | Ladang Ruminan DVS Telupid
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐉𝐚𝐦𝐚𝐰𝐢 𝐉𝐚𝐚𝐟𝐚𝐫

Ladang Ruminan Telupid telah menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Jamawi Jaafar bagi meninjau perkembangan sektor penternakan di daerah Telupid. Lawatan ini memberi ruang untuk berkongsi perkembangan semasa, cabaran serta perancangan masa hadapan dalam memperkukuhkan industri penternakan ruminan.

Turut diadakan lawatan ke kawasan Ladang Kerbau dan Rusa bagi melihat sendiri pengurusan ternakan serta kemudahan yang disediakan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Datuk Jamawi Jaafar atas kesudian meluangkan masa ke Ladang Ruminan Telupid. Semoga usaha memperkasakan sektor pertanian dan penternakan terus diperkukuhkan.

Anggota yang terlibat :
1. Puan Atica Jipulis Ginti (Pegawai Penguasa Daerah Stesen Telupid/Tongod)
2. ⁠Encik Andrew Guanoi (Pengurus Ladang Kerbau Sawah, Telupid)
3. ⁠Encik Lawisi Kudumpar (Pengurus Ladang Lembu Pedaging, Entilibon Tongod)
4. ⁠Encik Mohd Faizal bin Kassim (Pengurus Ladang Bebiri, Entilibon Tongod)

16 Mei 2026 | Dewan Serbaguna Majlis Daerah Telupid𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐬𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐥𝐮𝐩𝐢𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔Sambutan Pesta Kaama...
21/05/2026

16 Mei 2026 | Dewan Serbaguna Majlis Daerah Telupid
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐬𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐥𝐮𝐩𝐢𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Telupid Tahun 2026 berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan sambutan, antaranya:

1. Anugerah Penghargaan Penternak Jaya Tahun 2026
2. ⁠Cabutan Tiket Bertuah (Hadiah Utama: 1 ekor kambing biri-biri)
3. Pameran Ternakan Hidup
4. Jualan Pelbagai Ternakan Unggas
5. Jualan Telur Itik
6. Kempen Makan Itik Percuma
7. Gerai Jualan Burung Puyuh Goreng
8. Pameran Pelbagai Penyakit Haiwan

Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jonnybone J. Kurum, Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan merangkap ADUN N.47 Telupid. Turut diadakan lawatan ke booth-booth pameran yang diketuai oleh Pegawai Daerah Telupid, Tuan Celestine Jetony bersama rombongan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada semua pihak yang telah bersama-sama bertungkus-lumus dalam menjayakan sambutan Kaamatan tahun ini.

“Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan”🌾🌾🌾

20/05/2026

18 Mei 2026 | Ranau

Objektif

Mengukuhkan kerjasama antara Jabatan bersama AJK dan komuniti Padang Ragut
disamping Membincangkan perancangan pembangunan padang ragut serta hala tuju projek ternakan dan
Mengenal pasti isu, cabaran dan keperluan semasa penternak untuk tindakan dan penambahbaikan .
Memupuk semangat kerjasama serta hubungan baik antara pegawai jabatan serta komuniti penternak melalui aktiviti bersama.

19 Mei 2026 | Google meet𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐕𝐒 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡Program Penerangan Bantuan DVS Sabah telah berjalan lancar ...
19/05/2026

19 Mei 2026 | Google meet
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐕𝐒 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡

Program Penerangan Bantuan DVS Sabah telah berjalan lancar dengan penyertaan seramai 250 orang penternak, syarikat, persatuan ternakan & koperasi Padang Ragut seluruh Sabah.

Program ini merupakan platform untuk menyampaikan maklumat berkaitan bantuan, projek dan inisiatif jabatan dengan lebih jelas.

Taklimat telah disampaikan oleh:
1. Tn. Cyril Jinuil – Projek Ruminan Tenusu RMKe-13
2. ⁠Dr. Noorsyakilah Mohamud – Projek Ruminan Pedaging RMKe-13
3. ⁠Tn. Daniel Juim – Projek Padang Ragut
4. ⁠Tn. Daniel Juim - Bantuan Bencana Alam
5. ⁠Dr. Noorsyakilah binti Mohamud - Program Bantuan Agihan Khas Ternakan Integrasi 50 (BAKTI50)
6. ⁠Tn. Kennedy Juani – Inisiatif Induk Unggas Berkualiti

Semoga taklimat yang disampaikan dapat membantu semua penternak dan rakan industri memahami serta memanfaatkan bantuan dan inisiatif yang ditawarkan oleh DVS Sabah dan seterusnya dapat memperkasa lagi industri penternakan di negeri Sabah.

Link slide berkaitan taklimat yang disampaikan
https://drive.google.com/drive/folders/1wHAvHsKJIyuLlws4IsENWAiB7cbxGqSa?usp=share_link

Address

Aras 3, Blok B, Wisma Pertanian
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60164233021

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar "DVS" Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share