Lands and Surveys Department Sabah

Lands and Surveys Department Sabah The Land Office and Survey Office were established in Sabah in the 19th Century.

The objective of the Lands and Surveys Department is to implement Government’s policies through effective land management system, in compliance with the needs, aims and vision of the State Government, Federal Government and their Statutory Bodies to fully and optimally utilise land in the State for :

- the socio-economic benefit of the people.

- eradication of poverty through strategic distribu

tion / alienation of ownership to land .

- balances developments and conservation of natural resources such that it could be enjoyed by all.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŸπŸŽπŸπŸ” – β€œππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π’π”πŒπ€ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀”Hari Pekerja adalah waktu untuk kita menghargai usaha, titi...
30/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŸπŸŽπŸπŸ” – β€œππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π’π”πŒπ€ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀”

Hari Pekerja adalah waktu untuk kita menghargai usaha, titik peluh dan dedikasi setiap individu yang menjadi asas kepada pembangunan negara. Setiap sumbangan, sama ada kecil atau besar, melambangkan komitmen dan semangat kerja yang tinggi demi kesejahteraan bersama.

Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, nilai ihsan serta kelestarian terus menjadi panduan dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih inklusif, adil dan harmoni. Setiap pekerja merupakan tonggak penting yang memainkan peranan besar dalam membentuk masa depan negara yang lebih cemerlang.

Semoga sambutan Hari Pekerja ini menjadi dorongan kepada semua untuk terus berkhidmat dengan ikhlas dan penuh semangat, di samping mengukuhkan perpaduan serta keharmonian di tempat kerja dan dalam masyarakat.

Ikhlas daripada,
YBhg. Datuk Sr. Chua Ming Ling@Alan,
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah
dan
Seluruh warga Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah

24/04/2026
πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐓𝐇𝐄 π€π’π’πŽπ‚πˆπ€π“πˆπŽπ πŽπ… π‘π„π†πˆπ’π“π„π‘π„πƒ & π‹πˆπ‚π„ππ’π„πƒ 𝐋𝐀𝐍𝐃 π’π”π‘π•π„π˜πŽπ‘π’ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (𝐒𝐀𝐉𝐔𝐓𝐀)KOTA KINABALU, 21 April ...
21/04/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐓𝐇𝐄 π€π’π’πŽπ‚πˆπ€π“πˆπŽπ πŽπ… π‘π„π†πˆπ’π“π„π‘π„πƒ & π‹πˆπ‚π„ππ’π„πƒ 𝐋𝐀𝐍𝐃 π’π”π‘π•π„π˜πŽπ‘π’ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (𝐒𝐀𝐉𝐔𝐓𝐀)

KOTA KINABALU, 21 April 2026 (Selasa) - Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada The Association of Registered & Licensed Land Surveyors Sabah (SAJUTA) yang diketuai oleh YBrs. LS Nosius Luaran, President SAJUTA di Bilik Persidangan Timbalai, Level 8, Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah. Kunjungan ini telah disambut oleh YBhg. Datuk Sr. Chua Ming Ling @ Alan dan pegawai-pegawai kanan JTU.

18/04/2026
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‘π”πŒπ€π‡ π“π„π‘ππ”πŠπ€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 π”πŠπ”π‘ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒKOTA KINABALU, 18 April 2026 (Sabtu) - ...
18/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‘π”πŒπ€π‡ π“π„π‘ππ”πŠπ€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 π”πŠπ”π‘ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

KOTA KINABALU, 18 April 2026 (Sabtu) - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JTU anjuran
Badan Kebajikan Islam JTU telah
berlangsung dengan penuh kemeriahan
dan suasana kekeluargaan hari ini
bertempat di Dewan Serbaguna JTU dengan
kehadiran YBhg Datuk Sr. Chua Ming Ling@Alan, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

Tujuan program ini diadakan bukan sahaja untuk mengeratkan silaturahim sesama warga kerja, malah menjadi platform memperkukuhkan semangat kekeluargaan, kerjasama berpasukan serta memupuk budaya kerja yang positif dalam kalangan warga JTU.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, pelbagai aktiviti menarik dan santai telah diadakan bagi memeriahkan suasana, antaranya Persembahan Nyanyian, Cabutan Tiket Bertuah, Pertandingan Pakaian Tercantik, Pertandingan Memakai Sampin (Lelaki) dan Pertandingan Menganyam Ketupat (Wanita) yang mendapat sambutan luar biasa daripada para peserta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, serta tahniah kepada semua pihak yang berjaya menjayakan program ini dengan cemerlang.

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π‡πŽπ”π’πˆππ† 𝐀𝐍𝐃 𝐑𝐄𝐀𝐋 𝐄𝐒𝐓𝐀𝐓𝐄 πƒπ„π•π„π‹πŽππ„π‘π’ π€π’π’πŽπ‚πˆπ€π“πˆπŽπ (𝐒𝐇𝐀𝐑𝐄𝐃𝐀)KOTA KINABALU, 17 April 2026 (Jumaat) - J...
17/04/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π‡πŽπ”π’πˆππ† 𝐀𝐍𝐃 𝐑𝐄𝐀𝐋 𝐄𝐒𝐓𝐀𝐓𝐄 πƒπ„π•π„π‹πŽππ„π‘π’ π€π’π’πŽπ‚πˆπ€π“πˆπŽπ (𝐒𝐇𝐀𝐑𝐄𝐃𝐀)

KOTA KINABALU, 17 April 2026 (Jumaat) - Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Sabah Housing And Real Estate Developers Association (SHAREDA) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Johnny Wong Chen Yee, Presiden SHAREDA. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara sektor swasta dan kerajaan serta membincangkan isu hartanah.

Kehadiran delegasi SHAREDA telah disambut mesra oleh YBhg. Datuk Sr. Chua Ming Ling@Alan, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah. Turut hadir En. Lee Tsun Min, Ketua Penolong Setiausaha Pejabat daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Pn. Rose Bte Yusoff@Rugayah, Penolong Setiausaha Kanan daripada Pejabat Hasil Bumi.

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐖 π’πŽπ‚πˆπ„π“π˜ (𝐒𝐋𝐒) Kota Kinabalu, 13 April 2026 (Isnin) - Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah tela...
14/04/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐖 π’πŽπ‚πˆπ„π“π˜ (𝐒𝐋𝐒)

Kota Kinabalu, 13 April 2026 (Isnin) - Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Sabah Law Society (SLS). Kunjungan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamed Nazim Bin Maduarin, JP, Presiden SLS dan Encik Ryan Soo, Timbalan Presiden SLS serta pegawainya dan disambut oleh YBhg. Datuk Sr. Chua Ming Ling@Alan, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

11/04/2026
πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇KOTA KINABALU, 10 April 2026 (Jumaat) - Bertempat di Bilik Persi...
10/04/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

KOTA KINABALU, 10 April 2026 (Jumaat) - Bertempat di Bilik Persidangan Timbalai, Aras 8, Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah telah berlangsung sesi kunjungan hormat daripada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah yang diketuai oleh YBhg. Datuk Sh Sitti Saleha Binti Habib Yussof bersama deligasi ke atas Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

Kunjungan hormat ini disambut oleh YBhg. Datuk Sr. Chua Ming Ling @ Alan, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah diiringi oleh YBrs. S. Dzulkarnain Bin S. Abdillah, Timbalan Pengarah (Tanah), YBrs. Ahmah Shah Bin A. Kallon, Timbalan Pengarah (Ukur) dan pegawai-pegawai kanan JTU.

Diharap kunjungan hormat ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dua hala antara Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 π’π”π‘π•π„πˆ π’π€π‘π€π–π€πŠ (𝐉𝐓𝐒𝐒)KOTA KINABALU, 07 April 2026 (Selasa) - Jabatan Tanah dan Ukur N...
10/04/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 π’π”π‘π•π„πˆ π’π€π‘π€π–π€πŠ (𝐉𝐓𝐒𝐒)

KOTA KINABALU, 07 April 2026 (Selasa) - Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS) yang diketuai oleh YBhg. Datu Awang Zamhari Bin Awang Mahmood, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

YBhg. Datuk Sr. Chua Ming Ling @ Alan, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah menyambut mesra kunjungan hormat ini serta diiringi YBrs. Sr. Tosilah Lojikip@Prisilla, Timbalan Pengarah (Pembangunan), YBrs. S. Dzulkarnain Bin S. Abdillah, Timbalan Pengarah (Tanah), YBrs. Ahmah Shah Bin A. Kallon, Timbalan Pengarah (Ukur) dan pegawai-pegawai kanan JTU. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk penandaarasan Prestasi dan Adaptasi Amalan Terbaik (Best Practices).

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” 𝐓𝐔𝐀𝐍 π˜π€ππ† π“π„π‘π”π“π€πŒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇Dengan penuh hormat dan takzim, kami merafakkan setinggi-tinggi ...
29/03/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” 𝐓𝐔𝐀𝐍 π˜π€ππ† π“π„π‘π”π“π€πŒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Dengan penuh hormat dan takzim, kami merafakkan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-75 kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Semoga Tuan Yang Terutama terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat dan kebijaksanaan dalam menerajui kepimpinan, serta kekal memayungi kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Sabah.

Ikhlas daripada,
YBrs. Sr. Alan Chua Ming Ling,
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah
dan
Seluruh warga Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah

Address

Wisma Tanah Dan Ukur, Jalan Perwira
Kota Kinabalu
88100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lands and Surveys Department Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share