Polis Balai LTAB KKIA

Polis Balai LTAB KKIA Facebook Rasmi Balai Polis LTAB KKIA. POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.

Alamat Polis Balai LTAB KKIA :
BALAI POLIS LTAB K.KINABALU, LTAB KOTA KINABALU, TERMINAL 1, ARAS 3, 88200 KOTA KINABALU, SABAH.

10/06/2026
10/06/2026
01/06/2026

KPN DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), YDH Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran β€œTan Sri”.

Pengurniaan tersebut telah disempurnakan dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.





#01062026

01/06/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ ππ„πŒπ€ππ†πŠπ” πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π”

12 PEMIMPIN 288 AHLI KUMPULAN AJARAN SESAT DITAHAN DALAM OPERASI PDRM BERSAMA JHEAINS

β€œPolis & Masyarakat, Berpisah Tiada”.

29/05/2026

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Semangat kebersamaan dan keterangkuman yang berpaksikan citra kepelbagaian agama serta budaya merupakan nadi kekuatan identiti Malaysia. Nilai toleransi dan sikap saling hormat menghormati yang kita dukung selama ini membolehkan seluruh rakyat berdiri teguh sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu, meraikan perayaan dalam suasana harmoni tanpa mengira latar belakang.

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat di Negeri Sabah dan Sarawak sebagai tanda kesyukuran atas nikmat hasil tuaian. Sambutan ini merupakan aset kebudayaan nasional yang amat bernilai dan wajar dipelihara sebagai aspirasi dalam memperkukuhkan semangat perpaduan merentas sempadan integrasi nasional.

Bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan tahun 2026, β€œMenuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, ia merupakan seruan bermakna untuk kita mempererat ikatan ukhuwah dan kepercayaan sesama kita. Begitu juga dengan sambutan Hari Gawai di Sarawak yang sentiasa menyemarakkan semangat muhibah menerusi ungkapan β€œGayu Guru Gerai Nyamai” yang memohon kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran hidup buat semua.

Bersempena sambutan ini, saya ingin mengajak seluruh masyarakat, khususnya warga Sang Saka Biru agar terus memperteguh solidariti dan permuafakatan, demi kestabilan dan kemakmuran negara tercinta.

Kepada anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini, saya mendoakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Dalam kegembiraan menyambut pesta ini, saya ingin mengingatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang ditinggalkan. Pastikan langkah pencegahan diambil sewajarnya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saya dan keluarga serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan:
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

IG DATO’ SERI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

🌾✨ Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 ✨🌾Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.Semoga sambutan Pesta Kaamatan pada tahun i...
29/05/2026

🌾✨ Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 ✨🌾

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Semoga sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian serta kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Marilah kita bersama-sama menghargai warisan budaya dan tradisi yang menjadi kebanggaan negeri Sabah tercinta.

Ikhlas daripada,

INSPEKTOR MOHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN MOKHTARKetua Polis Balai LTAB KKIA

serta

Seluruh Warga Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 🌾"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan"

Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada

Address

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal 1, Aras 3
Kota Kinabalu
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai LTAB KKIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Balai LTAB KKIA:

Share

Category