Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan Mesra Ikhlas Dan Berbakti

Selamat Menyambut Hari Gawai buat seluruh masyarakat, rakan-rakan sekerja, dan semua yang menyambutnya terutamanya di Sa...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Gawai buat seluruh masyarakat, rakan-rakan sekerja, dan semua yang menyambutnya terutamanya di Sarawak mahupun di mana sahaja berada.

"Semoga semangat Gawai membawa kegembiraan, keharmonian, dan kemakmuran berpanjangan buat kita semua."

Perayaan Gawai bukan sekadar tanda kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah, malah ia adalah simbol keutuhan tradisi, kebersamaan, dan perpaduan yang menjadi teras keharmonian masyarakat berbilang kaum.

"Gayu Guru Gerai Nyamai"

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan buat  semua yang merayakannya di mana jua berada.​Seiring dengan tema Kaamatan pada tah...
30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan buat semua yang merayakannya di mana jua berada.

​Seiring dengan tema Kaamatan pada tahun ini, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan lagi semangat perpaduan, saling menghormati, dan mengekalkan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan masyarakat berbilang kaum.

​Semoga sambutan pesta menuai ini membawa limpahan rezeki, keberkatan, kedamaian, dan kegembiraan yang berpanjangan kepada kita semua.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ​"Pengorbanan adalah bukti keikhlasan, perjuangan adalah bukti kesetiaan."Mari kita hayati s...
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

​"Pengorbanan adalah bukti keikhlasan, perjuangan adalah bukti kesetiaan."

Mari kita hayati semangat pengorbanan ini dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan. Semoga segala amalan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Ikhlas daripada,
​TKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan serta seluruh kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan

20/05/2026

PENJARA NEGERI SABAH & WP LABUAN - JUARA 5 KALI

Sejarah terus tercipta!

Tahniah dan syabas kepada pasukan Penjara Negeri Sabah & WP Labuan kerana sekali lagi berjaya merangkul takhta kejuaraan di Kejohanan Ragbi Sukan Penjara Antara Negeri Piala Komisioner Jeneral Penjara 2026.

Bukan sekali, bukan dua kali, tapi ini adalah kejuaraan yang ke-5! Ini adalah bukti dominasi mutlak, kerja keras, dan semangat juang yang tak pernah luntur di atas padang.

Segala keringat dan pengorbanan kalian amat berbaloi.

Well done boys!

Borneo Barbarian! Haus! Haus! Haus!

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan
Majlis Sukan Penjara Malaysia - MSPM

LAWATAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) KE RUMAH PERANTARAAN KOTA KINABALU7 Mei 2026 (Khamis) - Lawatan...
07/05/2026

LAWATAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) KE RUMAH PERANTARAAN KOTA KINABALU

7 Mei 2026 (Khamis) - Lawatan rasmi oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah diadakan di Rumah Perantaraan Kota Kinabalu . Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengoperasian, kemudahan serta pelaksanaan program pemulihan dan pemantauan penghuni di Rumah Perantaraan Kota Kinabalu.

Delegasi SUHAKAM diketuai YBhg. Datuk Mariati Robert – Naib Pengerusi SUHAKAM, Pn. Melissa Mohd Akhir – Pesuruhjaya SUHAKAM, Pn. Munawiza Juliana Mohd Jasin – Timbalan Setiausaha, Bahagian Perundangan & Triti Antarabangsa, Pn. Qalista S. Dohny – Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Sabah, Pn. Merie Chen Mong Yi – Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perundangan & Triti Antarabangsa, En. Helmi Fendy Mohammad Idris – Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Polisi, Pn. Nor Diana Mohd Roslan – Penolong Setiausaha, Bahagian Perundangan & Triti Antarabangsa, Pn. Yustina Ishak – Penolong Setiausaha, Bahagian Perundangan & Triti Antarabangsa Dan Pn. Pavithra Sukumaran – Penolong Setiausaha, Bahagian Polisi.

Majlis turut dihadiru PKK Kalbin Bin Hj Mohd Said – Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan, PP Jeremy Jahir – Ketua Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti, PPPNSL, TPP Rosliza Binti Ishak – Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, KIP Samson Midoni – Ketua Unit Parol & Perkhidmatan Komuniti, PPPNSL, KIP Nicky @ Nezuan Bin Zaini – Pegawai Parol Daerah Pantai Barat, Pn. Nur Fazilah Binti Alidin – Pegawai Kebajikan PWKK Dan Pn. Noraini Binti Mahie – Pegawai Psikologi PWKK

Sepanjang lawatan tersebut, delegasi SUHAKAM telah diberikan taklimat pengoperasian Rumah Perantaraan Kota Kinabalu oleh KIP Nicky @ Nezuan Bin Zaini serta taklimat Program Wanita Bangkit Bersasar oleh Pn. Nur Fazilah Binti Alidin. Delegasi turut dibawa melawat sekitar kawasan Rumah Perantaraan termasuk bengkel pastri bagi melihat sendiri kemudahan serta program pemulihan yang dilaksanakan kepada penghuni.

Selain itu, Pihak SUHAKAM turut memberikan maklum balas positif terhadap usaha dan komitmen pihak Jabatan dalam memastikan kebajikan, pemulihan serta pemantauan penghuni dilaksanakan secara berkesan dan selaras dengan prinsip hak asasi manusia.

Jabatan Penjara Malaysia
Penjara Pusat, Kota Kinabalu
Penjara Lahad Datu
Penjara Tawau Official
Penjara Sandakan
Penjara Wanita KK
Pusat Koreksional Labuan
Sekolah Henry Gurney Keningau

23/04/2026
23/04/2026
ROYAL MESS NIGHT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN RASMI KE-75 TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) MUS...
15/04/2026

ROYAL MESS NIGHT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN RASMI KE-75 TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) MUSA BIN HAJI AMAN, YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH

14 April 2026 (Selasa) – Majlis Royal Mess Night sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah diadakan dengan penuh istiadat di Sipadan Hall I–III, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bersama Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, serta barisan kenamaan dan jemputan kehormat.

Penganjuran Royal Mess Night pada tahun ini melibatkan penyertaan sembilan (9) agensi beruniform iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Penjara Malaysia.

Bagi Jabatan Penjara Malaysia, majlis ini telah dihadiri oleh YDH TKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P. Labuan. Turut hadir ialah PKK Kalbin bin Haji Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P. Labuan bersama pasangan, Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sabah dan W.P. Labuan beserta pasangan, serta pegawai dan kakitangan.

Jabatan Penjara Malaysia
Penjara Pusat, Kota Kinabalu
Penjara Lahad Datu
Penjara Tawau Official
Penjara Sandakan
Penjara Wanita KK
Sekolah Henry Gurney Keningau
Pusat Koreksional Labuan

Setinggi-Tinggi Tahniah Diucapkan kepada YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara...
14/04/2026

Setinggi-Tinggi Tahniah Diucapkan kepada YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara dan YBhg. Datin Sri Hajah Rosnani Binti Mohamed, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia Atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) Yang Membawa Gelaran “Dato’ Sri” Sempena Ulang Tahun Keputeraan Paduka Baginda Sultan Pahang Tahun 2026.

Ikhlas Daripada Pengarah serta Seluruh warga Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan

Address

Ibu Pejabat Penjara
Kota Kinabalu
88111

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6088270475

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share