KD SRI Kota Kinabalu

KD SRI Kota Kinabalu Kesejahteraan Dinikmati Simbol Kejayaan Kami (KDSKK)

Majlis Pemakaian Pangkat Warga Markas Pangkalan Kota Kinabalu dan KD SRI KOTA KINABALU29 Feb 24 - Majlis Pemakaian Pangk...
29/02/2024

Majlis Pemakaian Pangkat Warga Markas Pangkalan Kota Kinabalu dan KD SRI KOTA KINABALU

29 Feb 24 - Majlis Pemakaian Pangkat anggota MPKK dan KDSKK telah diadakan di Drill Shed KDSKK. Seramai 8 x anggota telah dipakaikan pangkat iaitu 1 x Pegawai Waran I, 2x Bintara Muda, dan 5 x Laskar Kanan. Majlis Pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Kept Ahmad Sani bin Zakaria TLDM

“Kesejahteraan Dinikmati Simbol Kejayaan Kami”


Majlis Meraikan Pegawai dan Anggota bertukar keluar Markas Pangkalan Kota Kinabalu dan KD SRI KOTA KINABALU9 Feb 24 - Ma...
09/02/2024

Majlis Meraikan Pegawai dan Anggota bertukar keluar Markas Pangkalan Kota Kinabalu dan KD SRI KOTA KINABALU

9 Feb 24 - Majlis Meraikan anggota bertukar keluar bagi warga MPKK dan KDSKK telah diadakan di Drill Shed KDSKK bagi meraikan 1 x Pegawai dan 16 x anggota yang akan bertukar keluar

Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Kept Ahmad Sani bin Zakaria TLDM. Majlis ini juga merupakan penghargaan unit kepada warga yang akan bertukar keluar atas khidmat bakti dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di unit disamping meningkatkan moral
warga agar sentiasa merasa diri dihargai

“Kesejahteraan Dinikmati Simbol Kejayaan Kami”


LAWATAN KEBERSIHAN RKTLDM 6 Feb 24 - Lawatan kebersihan bagi memeriksa kerosakan dan kebersihan keseluruhan RKTLDM telah...
07/02/2024

LAWATAN KEBERSIHAN RKTLDM

6 Feb 24 - Lawatan kebersihan bagi memeriksa kerosakan dan kebersihan keseluruhan RKTLDM telah dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah KD SRI KOTA KINABALU. Lawatan ini merupakan rutin bulanan bagi KDSKK menentukan tahap kebersihan RKTLDM pada tahap optimum. Lawatan melibatkan Blok A1, A6,A7 dan A8.



PEMERGIAN ALLAHYARHAM LK TNL LUQMAN HAKIM BIN AKMARULNIZALPendang Kedah, 2 Feb 24 –  Pegawai Memerintah KD SRI KOTA KINA...
02/02/2024

PEMERGIAN ALLAHYARHAM LK TNL LUQMAN HAKIM BIN AKMARULNIZAL

Pendang Kedah, 2 Feb 24 – Pegawai Memerintah KD SRI KOTA KINABALU menzahirkan ucapan takziah dan dukacita kepada Encik Akmarulnizal bin Ilias serta seluruh ahli keluarga di atas kehilangan insan tersayang iaitu Allahyarham LK TNL Luqman Hakim bin Akmarulnizal.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Majapahit Pendang Kedah pada 2 Feb 24 jam 0530 pagi. Ketibaan jenazah disambut dengan suasana pilu dan redha oleh seluruh ahli keluarga. Pengebumian jenazah telah dilaksanakan dengan penuh Istiadat Ketenteraan. Proses pengkebumian turut disaksikan oleh Pegawai Memerintah KD SRI KOTA KINABALU serta beberapa pegawai serta anggota TLDM.

Kemalangan yang menimpa Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat negara. Pemergiannya sudah pasti amat dirasai, bukan sahaja buat seluruh keluarganya, bahkan turut terkesan kepada rakan-rakan seperjuangan Allahyarham dan seluruh warga KD SRI KOTA KINABALU. Semoga Allah membalas segala usaha dan baktinya di sepanjang perkhidmatannya ini dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta bersama golongan yang mati syahid.

Al-Fatihah.




02/02/2024
02/02/2024

Kepulangan ke Negeri Abadi.

Panglima Armada Timur dan seluruh warga di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu mengucapkan setulus takziah buat seluruh keluarga yang ditinggalkan.




Tentera Laut Diraja Malaysia
Kementerian Pertahanan Malaysia

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA WARGA KD SRI KOTA KINABALU19 Jan 24, Gotong-royong membersihkan persekitaran Villa Kinabal...
19/01/2024

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA WARGA
KD SRI KOTA KINABALU

19 Jan 24, Gotong-royong membersihkan persekitaran Villa Kinabalu dan lereng bukit bagi mengekalkan keindahan dan memastikan kawasan pangkalan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih

Pelaksanaan program ini berjalan lancar dengan penglibatan serta komitmen penuh yang diberikan oleh warga KD SRI KOTA KINABALU





Markas Pemerintahan Armada Timur

AUDIT KESIAPSIAGAAN KD SRI KOTA KINABALU 2024Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga KD SRI KOTA KINABALU atas...
13/01/2024

AUDIT KESIAPSIAGAAN KD SRI KOTA KINABALU 2024

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga KD SRI KOTA KINABALU atas penarafan 4 Bintang Audit Kesiapsiagaan yang bermula 8 Jan hingga 12 Jan 24 dilaksanakan oleh Markas Pangkalan Kota Kinabalu

Taklimat Penutup Audit telah disempurnakan oleh Kept Ahmad Sani bin Zakaria TLDM selaku Ketua Audit pada hari ini.

⭐️⭐️⭐️⭐️

‘Kesejahteraan Dinikmati, Simbol Kejayaan Kami’



Address

PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU
Kota Kinabalu
88846

Telephone

+6088350174

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD SRI Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KD SRI Kota Kinabalu:

Share

Category