Jabatan Tenaga Kerja Sabah - JTK Sabah

Jabatan Tenaga Kerja Sabah - JTK Sabah Menguatkuasakan perundangan perburuhan di negeri Sabah

Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang memberi perkhidmatan kepada Awam dengan menguatkuasakan Undang-undang Buruh di Sabah serta memberi informasi perkhidmatan Pekerjaan di Negeri Sabah.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh ...
30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”

Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah, khususnya warga kerja Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan para pekerja dan majikan yang dikasihi.

Semoga sambutan Kaamatan pada tahun ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian serta muafakat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat hasil tuaian, rezeki dan keamanan yang dikurniakan, serta terus memperkukuh budaya kerja yang cemerlang, berintegriti dan berdaya saing demi kemajuan Sabah dan kesejahteraan rakyat.

“Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”

Ikhlas daripada;
Pengarah & Warga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja Sabah

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026MSemoga Aidiladha ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan k...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Semoga Aidiladha ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam memperkukuh ukhuwah serta semangat kebersamaan.

Ikhlas daripada Pengarah Tenaga Kerja dan seluruh warga Jabatan Tenaga Kerja Sabah



KENYATAAN MEDIA PERTINDIHAN HARI KELEPASAN TAHUN 2026: PESTA KAAMATAN DAN HARI WESAK BAGI NEGERI SABAHJadual Pertama Ord...
20/05/2026

KENYATAAN MEDIA PERTINDIHAN HARI KELEPASAN TAHUN 2026: PESTA KAAMATAN DAN HARI WESAK BAGI NEGERI SABAH

Jadual Pertama Ordinan Kelepasan (Sabah Bab 56) telah menetapkan Pesta Kaamatan dan Hari Wesak sebagai Hari kelepasan Negeri Sabah bagi tahun 2026. Bagaimanapun terdapat pertindihan tarikh bagi hari kelepasan Pesta Kaamatan pada 30hb Mei dan 31hb Mei 2026 (Sabtu dan Ahad) dan Hari Wesak pada 31 Mei 2026 (Ahad).

Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67) p**a telah menetapkan bahawa Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada lima hari kelepasan berbayar yang wajib diberikan kepada pekerja oleh majikan sektor swasta sebagaimana peruntukan di bawah subseksyen 103 (1) Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67) dan tidak boleh diganti pada hari lain.



ِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَDengan penuh dukacita, Jabatan Tenaga Kerja Sabah memaklumkan pemergian Allahya...
14/05/2026

ِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan penuh dukacita, Jabatan Tenaga Kerja Sabah memaklumkan pemergian Allahyarham En. Rijal bin Osman, Pegawai Tenaga Kerja Sabah.
Sesungguhnya pemergian insan yang dikasihi amat memberi kesan mendalam buat seluruh keluarga, sahabat dan rakan sekerja.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Didoakan juga semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. 🤍

SELAMAT HARI PEKERJAHari ini kita menghargai setiap keringat, usaha dan dedikasi yang dicurahkan dalam membangunkan nega...
30/04/2026

SELAMAT HARI PEKERJA

Hari ini kita menghargai setiap keringat, usaha dan dedikasi yang dicurahkan dalam membangunkan negara.
Peranan anda bukan sekadar bekerja, tetapi menjadi tulang belakang kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat Sabah khasnya dan Malaysia Amnya.

Semoga setiap usaha kita sebagai pekerja diberkati dan terus diberi kekuatan untuk menjalankan amanah dengan penuh integriti dan komitmen.

“Pekerja Madani Kesuma Bangsa”




Ikhlas daripada;
Pengarah dan Warga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja Sabah

Saranan Aturan Kerja Fleksibel
08/04/2026

Saranan Aturan Kerja Fleksibel

🌍 KRISIS TENAGA GLOBAL: AKF STRATEGI PINTAR URUS KOS & TENAGA

Dalam menghadapi krisis tenaga global, Aturan Kerja Fleksibel (AKF) menjadi antara solusi terbaik untuk memastikan operasi terus berjalan dengan cekap dan mampan.

💡 Mengapa AKF disarankan?
🚗 Kurangkan kos perjalanan – jimat minyak & kos harian
⚡ Kelestarian tenaga operasi – galakkan kecekapan tenaga
📈 Kekalkan produktiviti – kerja berjalan walaupun kos meningkat

AKF bukan sahaja memberi fleksibiliti kepada pekerja, malah membantu majikan mengurus kos dengan lebih bijak dalam situasi mencabar.

Bersama kita melangkah ke arah dunia kerja yang lebih mampan 🇲🇾

7 April 2024;PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR) JABATAN TENAGA KERJA SABAHSelepas pelancaran Jelajah Pendidikan Perburuh...
08/04/2026

7 April 2024;

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR) JABATAN TENAGA KERJA SABAH

Selepas pelancaran Jelajah Pendidikan Perburuhan di Kota Kinabalu, Konvoi telah tiba di Masjid untuk mengadakan CSR. Sumbangan berbentuk alat pembesar suara telah disampaikan oleh YBrs Tuan Wan Zulkfli Wan Setapa, Pengarah Tenaga Kerja Sabah kepada Pengerusi Masjid.

7 April 2026;PELEPASAN JELAJAH PENDIDIKAN PERBURUHAN JTK SABAH 2026.Pelepasan konvoi Jelajah Pendidikan Perburuhan telah...
08/04/2026

7 April 2026;
PELEPASAN JELAJAH PENDIDIKAN PERBURUHAN JTK SABAH 2026.

Pelepasan konvoi Jelajah Pendidikan Perburuhan telah disempurnakan oleh YB Datuk James Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah bertempat di Perkarangan Wisma Bandaran KPSTI.

Program jelajah ini mencerminkan kekuatan kerjasama strategik pelbagai pihak. Sebanyak lebih daripada sepuluh jabatan dan agensi terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini, termasuk Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Sabah (RTM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Advance Technology Center (ADTEC), Human Resources Development Corporation (HRD Corp) dan National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).

Penyertaan yang menyeluruh ini menggambarkan betapa pentingnya program penyampaian maklumat perburuhan, pendidikan, latihan kemahiran serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilaksanakan secara bersepadu bagi memastikan setiap maklumat dapat disampaikan terus kepada rakyat negeri Sabah.



Sertai Konvensyen Pendidikan Perburuhan yang akan menemui anda di lokasi-lokasi tersebut.
06/04/2026

Sertai Konvensyen Pendidikan Perburuhan yang akan menemui anda di lokasi-lokasi tersebut.



Dirgahayu dan setinggi-tinggi ucapan tahniahsempena Ulang Tahun Kelahiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr...
30/03/2026

Dirgahayu dan setinggi-tinggi ucapan tahniah
sempena Ulang Tahun Kelahiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan,
dipanjangkan usia dalam keberkatan serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dalam meneruskan kepimpinan yang adil dan bijaksana demi kemakmuran negeri Sabah tercinta.

Ikhlas daripada;
Pengarah dan seluruh Warga Jabatan Tenaga Kerja Sabah.

Address

Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Tingkat 1, Blok C & D, Bangunan KWSP
Kota Kinabalu
88852

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088237258

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Tenaga Kerja Sabah - JTK Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Tenaga Kerja Sabah - JTK Sabah:

Share