JPSM Negeri Sabah (Official JPSM FB Page)

JPSM Negeri Sabah (Official JPSM FB Page) Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 088-218722 / 088-218723 / 088-219812 / 088-219855

Membangun dan menggunakan sepenuhnya sumber manusia yang terdapat di Sabah melalui perancangan sumber manusia dan program-program latihan yang teratur dan berkesan.

30/05/2026
22 Mei 2026 | The Pavilion HotelMajlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Operasi Peruncitan telah be...
26/05/2026

22 Mei 2026 | The Pavilion Hotel

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Operasi Peruncitan telah berlangsung dengan jayanya, meraikan seramai 20 orang peserta yang berjaya menamatkan latihan intensif sepanjang lima (5) hari bermula 18 Mei hingga 22 Mei 2026.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Apple Chin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.55 Elopura, yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta atas komitmen dan dedikasi mereka sepanjang program berlangsung.

Kursus ini dikendalikan oleh Vixtech Sdn Bhd dengan tajaan daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, sebagai usaha memperkasa kemahiran dan meningkatkan kompetensi peserta dalam bidang operasi peruncitan selaras dengan keperluan industri semasa.

KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI TVET SABAH 202622 Mei 2026 (Jumaat) – Hari kelima merangkap hari terakhir Kejohanan Sukan Inst...
25/05/2026

KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI TVET SABAH 2026

22 Mei 2026 (Jumaat) – Hari kelima merangkap hari terakhir Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah 2026 berlangsung dengan penuh meriah menerusi perlawanan akhir bola sepak yang menjadi penutup tirai kejohanan.

Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hassan Bin Mahali, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kolej Vokasional Sabah atas kejayaan muncul sebagai johan keseluruhan kejohanan. Syabas dan tahniah juga kepada semua pemenang serta para peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform dalam mencungkil bakat institusi TVET di Sabah.

22 Mei 2026, Dewan kampung Gambaron, TelupidMajlis perasmian penutupan dan penyampaian sijil kepada 20 orang peserta kur...
25/05/2026

22 Mei 2026, Dewan kampung Gambaron, Telupid
Majlis perasmian penutupan dan penyampaian sijil kepada 20 orang peserta kursus memproses pelbagai jenis Tauhu, Tauhu Fah dan Air Soya disempurnakan oleh tuan Stanley Sikolis, Penolong Pegawai Daerah Telupid.
Kursus berlangsung selama 5 hari bermula dari 18hb Mei hingga 22 Mei 2026 dikendalikan oleh SNS Enterprise.
Tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI TVET SABAH 202621 Mei 2026 (Khamis) – Hari keempat Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah berlan...
22/05/2026

KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI TVET SABAH 2026

21 Mei 2026 (Khamis) – Hari keempat Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah berlangsung dengan lebih meriah dan penuh semangat. Pelbagai acara dipertandingkan antaranya pertandingan aerodance, bola tampar wanita serta bola sepak yang berjaya menarik perhatian dan sorakan para penyokong. Semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan persaingan sihat jelas terpancar sepanjang kejohanan berlangsung.

Program :  Karnival Kerjaya sempena Karnival STEM dan TVET SMK Pitas Tahun 2026.Tarikh :  20 Mei (Rabu) 2026Tempat :  De...
21/05/2026

Program : Karnival Kerjaya sempena Karnival STEM dan TVET SMK Pitas Tahun 2026.
Tarikh : 20 Mei (Rabu) 2026
Tempat : Dewan Majlis Daerah Pitas

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai pameran sempena Karnival Kerjaya bersempena Karnival STEM dan TVET SMK Pitas Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas.

Objektif utama karnival ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap landskap pekerjaan di kawasan sekitar bagi membantu murid membuat perancangan kerjaya yang lebih jelas.

Promosi ini bertujuan untuk memperkenalkan Program Latihan Kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) kepada para pelajar sekolah menengah serta meningkatkan kesedaran orang awam terhadap pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Sabah Jobs Portal.

Antara program yang diketengahkan termasuklah Kursus High-Impact Training Program (HITP), Community Outreach Training Program (COTP) serta Program Khas Kerjasama Strategik yang dikendalikan oleh Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.

Program : Sembutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kalabakan Tahun 2026Tarikh : 16 Mei (Sabtu) 2026Tempat : Perkarangan ...
21/05/2026

Program : Sembutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kalabakan Tahun 2026

Tarikh : 16 Mei (Sabtu) 2026

Tempat : Perkarangan Dewan Terbuka, Pejabat Daerah Kalabakan.

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai pameran sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kalabakan Tahun 2026 dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kalabakan.

Objektif utama pameran ini adalah untuk berkongsi maklumat melalui pameran yang dapat memberi impak positif kepada para pengunjung.

Promosi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Sabah Jobs Portal. Selain itu, promosi ini turut memperkenalkan Program Latihan Kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP).

Antara program yang diketengahkan termasuklah Kursus High-Impact Training Program (HITP), Community Outreach Training Program (COTP) serta Program Khas Kerjasama Strategik yang dikendalikan oleh Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.

21/05/2026
21/05/2026

KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI TVET SABAH TAHUN 2026

Address

Bangunan Wisma Bandaraya, Tingkat 4, 5 Dan 7, Jalan Masjid Lama
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPSM Negeri Sabah (Official JPSM FB Page) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPSM Negeri Sabah (Official JPSM FB Page):

Share