Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif

Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Belia Mandiri, Berinovasi, Atlet Berani dan Berkeyakinan.

πŸ’— BELIA SABAH, JOM SERLAHKAN DIRI ANDA! ✨🌸 BE YOU, BE YOUTHFUL! 🌸Nak tahu warna yang paling sesuai dengan diri anda? Nak...
17/09/2026

πŸ’— BELIA SABAH, JOM SERLAHKAN DIRI ANDA! ✨

🌸 BE YOU, BE YOUTHFUL! 🌸

Nak tahu warna yang paling sesuai dengan diri anda? Nak nampak lebih yakin, kemas dan profesional? Jom sertai bengkel khas untuk belia ini! πŸ’«

Dalam bengkel ini, anda akan belajar tentang:
🎨 Analisis Warna Peribadi (Personal Colour Analysis)
πŸ’Ό Cara membina imej diri yang baik
✨ Meningkatkan keyakinan diri dan penampilan
πŸ“œ Sijil penyertaan
πŸ’Œ Kad Warna Peribadi
πŸ“– Buku panduan bengkel

πŸ‘₯ Terbuka kepada belia berumur 18–40 tahun

πŸ“… 24 September 2026
πŸ“ Jabatan Belia dan Sukan Sabah (Persekutuan)
πŸ“² Pendaftaran: 010-926 1309
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeqKVnZT5gb5kHME-u_LFjOnWHrUYbFpMMODMYKyVT_90nf1w/viewform

Kenali warna anda. Serlahkan gaya anda. Tingkatkan keyakinan anda. πŸ’•βœ¨

πŸ”₯ Tempat adalah terhad! Daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang ini!

SEMARAK HARI MALAYSIA: YB MENTERI HADIR MERIAHKAN KEJOHANAN PICKLEBALL DAN PING PONG16 SEPTEMBER 2026 – Menteri Pembangu...
16/09/2026

SEMARAK HARI MALAYSIA: YB MENTERI HADIR MERIAHKAN KEJOHANAN PICKLEBALL DAN PING PONG

16 SEPTEMBER 2026 – Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, YB Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, hadir memeriahkan acara Pickleball Exhibition Game sempena PPA Malaysia Day Masters Cup 2026 yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia.

Penganjuran kejohanan tersebut menjadi platform penting dalam memperkenalkan dan mempromosikan sukan pickleball yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, di samping menggalakkan penyertaan aktif pelbagai lapisan umur dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Acara perlawanan pertunjukan itu turut membuka ruang untuk mengetengahkan potensi sukan pickleball sebagai antara cabang sukan yang mampu menarik minat masyarakat, khususnya golongan belia, sekali gus menyokong usaha pembangunan bakat baharu dan memperluas penyertaan sukan di peringkat akar umbi.

Pada sebelah petang, YB Menteri turut menghadiri Kejohanan Ping Pong Remaja dan Kadet MILO Malaysia Ke-44 Tahun 2026 sebagai tanda sokongan terhadap usaha pembangunan bakat sukan dalam kalangan atlet muda.

Kejohanan tersebut menyediakan platform pertandingan kepada pemain remaja dan kadet untuk mengasah kemahiran, meningkatkan pengalaman serta membina keyakinan diri menerusi persaingan yang kompetitif. Penganjurannya juga membuka ruang untuk mengenal pasti bakat pelapis yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Kehadiran YB Menteri dalam kedua-dua acara tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kementerian dalam menyokong pembangunan pelbagai disiplin sukan, termasuk sukan yang semakin berkembang serta sukan kompetitif yang menjadi medan pembangunan atlet pelapis.

Selain menyemarakkan sambutan Hari Malaysia, kedua-dua kejohanan ini turut menjadi wadah untuk memupuk semangat perpaduan, mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh budaya bersukan dalam kalangan masyarakat.

Turut hadir, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif dan pegawai kementerian serta agensi.

WARGA BELIA SIPITANG, INI PELUANG UNTUK ANDA!Ada idea bisnes tetapi tidak tahu macam mana mahu mula? Sudah berniaga teta...
15/09/2026

WARGA BELIA SIPITANG, INI PELUANG UNTUK ANDA!

Ada idea bisnes tetapi tidak tahu macam mana mahu mula? Sudah berniaga tetapi mahu tingkatkan pemasaran, kewangan dan cara pembentangan perniagaan?

Bah, jom sertai Program KANVAS 2026 (Klinik Asas Niaga) di Sipitang!

Program ini direka khas untuk membantu belia dan usahawan Sabah membina asas perniagaan yang lebih kukuh, kreatif dan berdaya saing.

Lebih menarik, penyertaan adalah 100% PERCUMA termasuk penginapan selama 2 malam serta makan dan minum sepanjang program.

Tarikh: 28–30 September 2026
Tempat: Daerah Sipitang

Terbuka kepada belia dan usahawan Sabah berumur 18 hingga 40 tahun.

Sepanjang program, peserta akan didedahkan kepada pelbagai ilmu praktikal termasuk A.I. Video Pemasaran, inovasi bisnes, analisis praktikal, taktik pemasaran, perancangan kewangan serta asas pembentangan perniagaan.

Bukan sekadar datang dan dengar β€” ini peluang untuk tambah ilmu, bina keyakinan dan bawa perniagaan anda ke tahap yang lebih baik.

Hanya 30 peserta terawal akan dipilih!

Jangan tunggu sampai kuota penuh.
Imbas kod QR pada poster atau WhatsApp Hafizal di 010-944 3130 untuk mendaftar sekarang.

10/09/2026

Tahniah Kontinjen Para SUKMA Sabah! Kamu semua adalah juara di hati rakyat Sabah! πŸ†

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh Kontinjen Para SUKMA Sabah atas pencapaian cemerlang menduduki tempat kedua keseluruhan dengan kutipan 69 pingat emas, 51 perak dan 45 gangsa, selain mencipta 18 rekod baharu.

Lebih membanggakan, pencapaian 69 emas ini berjaya mengatasi sasaran 66 emas yang telah ditetapkan. Kejayaan ini mencerminkan semangat juang, ketabahan dan disiplin luar biasa para atlet kita yang turut disokong oleh komitmen jurulatih, pegawai dan seluruh ahli pasukan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua rakyat Sabah yang sentiasa memberikan sokongan serta doa kepada kontinjen kita. Kejayaan ini adalah kebanggaan kita bersama dan menjadi inspirasi kepada generasi muda Sabah untuk terus mengejar kecemerlangan.

Tahniah Team Sabah! Teruskan mengharumkan nama Sabah.
Sabah Go For Gold!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kontinjen Sabah atas pencapaian gemilang meraih 69 pingat emas pada PARA SUKMA...
10/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kontinjen Sabah atas pencapaian gemilang meraih 69 pingat emas pada PARA SUKMA XXII Selangor 2026.

Kejayaan luar biasa ini bukan sekadar angka, tetapi lambang semangat juang, disiplin, ketabahan dan tekad seluruh atlet, jurulatih serta pegawai kontinjen yang terus mengangkat nama Sabah ke pentas tertinggi.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama negeri Sabah dalam arena sukan negara.

Syabas, Kontinjen Sabah! Kita Bangkit, Kita Juara!

Ikhlas daripada
YB Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif

YB Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu
Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif

YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun
Setiausaha Tetap Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif

serta seluruh warga Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK).

KBSK KOMITED PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN TINJU SABAHKementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBS...
06/09/2026

KBSK KOMITED PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN TINJU SABAH

Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK) terus komited memperkasakan pembangunan sukan tinju di negeri ini menerusi pembangunan bakat di peringkat akar umbi, peningkatan kualiti kejurulatihan serta penyertaan atlet dalam kejohanan kompetitif.

Setiausaha Tetap, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, berkata usaha pembangunan atlet perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak hanya tertumpu kepada persediaan menjelang sesuatu kejohanan.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, YB. Datuk Hj. Nizam bin DSP Hj. Abu Bakar Titingan, pada Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Tinju Piala Presiden 2026 anjuran Persatuan Tinju Negeri Sabah. Kejohanan berkenaan merupakan antara kejohanan penting dalam kalendar tahunan sukan tinju Sabah.

Menurut beliau, kejohanan itu bukan sahaja menjadi medan persaingan untuk menentukan yang terbaik, malah berperanan sebagai platform menilai prestasi atlet, mengenal pasti bakat baharu serta menyediakan petinju Sabah untuk menghadapi kejohanan pada peringkat lebih tinggi.

Kejohanan tersebut turut menjadi sebahagian daripada persediaan dan proses pemilihan petinju bagi menghadapi Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 10 Oktober 2026.

Beliau berkata Sabah mempunyai potensi besar dalam sukan tinju dan sukan berkenaan dilihat mampu menjadi antara penyumbang pingat kepada kontinjen negeri pada SUKMA 2028.

Sehubungan itu, pembangunan atlet perlu bermula dari sekarang termasuk mengenal pasti bakat baharu di daerah, menyediakan latihan yang konsisten, meningkatkan kualiti kejurulatihan serta memastikan atlet berpotensi mendapat pendedahan pertandingan yang mencukupi.

Kejohanan Tinju Piala Presiden 2026 kali ini menghimpunkan 20 pasukan daripada persatuan tinju daerah, kelab dan gim dari seluruh Sabah dengan keseluruhan penyertaan 188 orang, melibatkan atlet, pengurus pasukan dan jurulatih.

Seramai 24 pegawai, pengadil, hakim dan pembantu teknikal daripada Persatuan Tinju Negeri Sabah turut terlibat bagi memastikan perjalanan kejohanan dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Beliau turut menyeru semua daerah supaya memulakan persediaan lebih awal bagi menghadapi Sukan Sabah (SAGA) 2027 di Sandakan, dengan menjadikan kejohanan seperti Piala Presiden sebagai medan menilai kekuatan pasukan, mengenal pasti kelemahan serta membina barisan atlet yang lebih kompetitif.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Sabah terus menyediakan geran kewangan tahunan kepada Persatuan Tinju Negeri Sabah bagi membantu pelaksanaan program serta kejohanan pembangunan sukan berkenaan.

KBSK juga akan melihat dan mempertimbangkan keperluan untuk meningkatkan sokongan kepada persatuan supaya lebih banyak aktiviti pembangunan tinju dapat diperluaskan pada masa akan datang, dengan matlamat melahirkan lebih ramai atlet berkualiti yang mampu membawa nama Sabah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

PROGRAM DEWAN BELIA SABAH SESI 2023 LABUH TIRAI, PLATFORM PERKASA KEPIMPINAN GENERASI MUDAKOTA KINABALU, 29 Ogos 2026 – ...
30/08/2026

PROGRAM DEWAN BELIA SABAH SESI 2023 LABUH TIRAI, PLATFORM PERKASA KEPIMPINAN GENERASI MUDA

KOTA KINABALU, 29 Ogos 2026 – Program Dewan Belia Sabah Sesi 2023 melabuhkan tirainya menerusi Majlis Makan Malam Penutupan yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), malam tadi.

Majlis tersebut menjadi kemuncak program yang menghimpunkan Ahli Dewan Belia Sabah, kepimpinan Majlis Belia Sabah, rakan-rakan strategik serta wakil agensi dan kementerian dalam usaha memperkukuh pembangunan kepimpinan serta penglibatan golongan belia di negeri ini.

YB. Datuk Haji Nizam DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif dalam ucaptamanya menekankan kepentingan golongan belia untuk terus memainkan peranan aktif sebagai pemimpin pelapis serta menyumbang idea, pandangan dan tenaga dalam pembangunan negeri.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB. Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, JP, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah serta Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu, Pembantu Menteri KBSK.

Turut hadir YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap serta YBrs. Encik Abqaree Fawwaz bin Abekan, Pengarah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah merangkap Presiden Majlis Belia Sabah.

Pada majlis berkenaan, sijil penghargaan turut disampaikan kepada Ahli Dewan Belia Sabah, urus setia serta rakan strategik program sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan program.

MPBN SIDANG III PENGGAL KE-35 PERKUKUH AGENDA PEMBANGUNAN BELIA NEGARAKUALA LUMPUR, 18 Ogos 2026 β€” Majlis Perundingan Be...
18/08/2026

MPBN SIDANG III PENGGAL KE-35 PERKUKUH AGENDA PEMBANGUNAN BELIA NEGARA

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2026 β€” Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III, Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026 berlangsung hari ini di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur dengan menghimpunkan wakil kerajaan, pemimpin belia serta agensi berkaitan bagi membincangkan isu dan hala tuju pembangunan belia negara.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, YB Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, berpeluang hadir mengikuti persidangan berkenaan yang menjadi platform penting dalam mengetengahkan pandangan, cadangan serta aspirasi golongan belia kepada kerajaan.

Majlis dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, yang turut menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan persidangan berkenaan.

Persidangan turut menyaksikan pembentangan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035, selain laporan persidangan terdahulu serta ringkasan usul MPBN Sidang III sebelum diteruskan dengan tiga sesi perbahasan usul kebangsaan.

Penganjuran MPBN menyediakan ruang kepada wakil belia untuk menyuarakan pandangan dan cadangan berkaitan isu semasa serta pembangunan generasi muda, di samping membolehkan kementerian dan agensi berkaitan memberikan maklum balas terhadap perkara yang dibangkitkan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif & YBrs. Tuan Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah.

YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TINJAU PERSIAPAN KONTINJEN SABAH KE SUKMA XXIISELANGOR, 15 Ogos 2026 (KBSK) – Setiausaha K...
16/08/2026

YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TINJAU PERSIAPAN KONTINJEN SABAH KE SUKMA XXII

SELANGOR, 15 Ogos 2026 (KBSK) – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Zainudin bin Aman, kelmarin meninjau persiapan Sekretariat Kontinjen Negeri Sabah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 di Courtyard by Marriott Setia Alam, di sini.

Tinjauan berkenaan memberi peluang kepada beliau mendapatkan perkembangan terkini berkaitan aspek pengurusan, penyelarasan serta persiapan kontinjen bagi memastikan penyertaan Sabah sepanjang temasya berkenaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Beliau turut diberikan penerangan mengenai kesiapsiagaan sekretariat dalam menyelaras keperluan atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen sepanjang berlangsungnya SUKMA XXII Selangor 2026.

Turut hadir, YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK), YBrs. Tuan Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah serta pegawai-pegawai kanan KBSK dan MSNS.

Dalam kesempatan itu, YB Datuk Zainudin turut memberikan kata-kata semangat kepada barisan pengurusan kontinjen agar terus memberikan komitmen terbaik dalam memastikan setiap keperluan atlet dapat diurus dengan berkesan.

Beliau turut menzahirkan harapan agar segala persiapan yang dilaksanakan dapat membantu para atlet Sabah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pertandingan, sekali gus mencipta kejayaan membanggakan dan mengharumkan nama negeri pada SUKMA XXII Selangor 2026.

KONTINJEN SABAH MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026SELANGOR, 15 Ogos 2026 (KBSK) – Kontin...
16/08/2026

KONTINJEN SABAH MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026

SELANGOR, 15 Ogos 2026 (KBSK) – Kontinjen Negeri Sabah bersama kontinjen dari seluruh negara menyertai Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung penuh gemilang semalam.

Majlis berprestij itu menyaksikan para atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen berhimpun dalam suasana penuh semangat kesukanan, sekali gus menandakan bermulanya secara rasmi temasya berkenaan.

Acara perasmian dimeriahkan dengan perarakan masuk kontinjen yang didahului Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri, selain persembahan pembukaan serta beberapa pengisian rasmi.

Kemuncak majlis menyaksikan DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan titah perasmian sebelum diteruskan dengan upacara menaikkan Bendera SUKMA, lafaz ikrar kejohanan dan penyalaan Obor SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026.

Turut hadir, YB Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, YB Datuk Zainudin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu, Pembantu Menteri KBSK, YB Tuan Syed Ahmad bin Syed Abas, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap, YBrs. Tuan Adanan @ Adnan Atin, serta YBrs. Tuan Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah.

Penyertaan Kontinjen Negeri Sabah pada temasya kali ini membawa harapan besar seluruh rakyat Sabah untuk menyaksikan para atlet negeri mencipta kejayaan, meraih pencapaian membanggakan serta mengharumkan nama Sabah di pentas sukan kebangsaan.

Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK) menaruh harapan tinggi agar para atlet negeri terus mempamerkan semangat juang terbaik dan mencipta kejayaan membanggakan, sekali gus mengharumkan nama Sabah di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.

Address

Kota Kinabalu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088287556

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif:

Shortcuts

Share