Gerakan Koperasi Negeri Sabah

Gerakan Koperasi Negeri Sabah Laman Rasmi bagi informasi aktiviti gerakan koperasi di Negeri Sabah Diuruskan oleh Bahagian Promosi & Dasar SKM Sabah

LAWATAN YBHG. LEFTENAN JENERAL DATUK AHMAD NORIHAN BIN JALAL (B), PENGERUSI SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA KE TAPAK AKTIV...
02/06/2026

LAWATAN YBHG. LEFTENAN JENERAL DATUK AHMAD NORIHAN BIN JALAL (B), PENGERUSI SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA KE TAPAK AKTIVITI AGRO PELANCONGAN KOPERASI SINAR SINERGI SABAH BERHAD

Tarikh: 1 Jun 2026 (Isnin)
Masa: 1.00 tengah hari
Tempat: Kg. Tingkayu, Kunak (Laluan Lahad Datu–Kunak)

Lawatan kerja YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ke Tapak Aktiviti Agro Pelancongan Koperasi Sinar Sinergi Sabah Berhad telah berlangsung dengan jayanya di Kg. Tingkayu, Kunak.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh pihak koperasi yang memfokuskan kepada perkembangan projek serta perancangan aktiviti agro pelancongan yang sedang dan akan dilaksanakan. Dalam ucapannya, YBhg. Datuk menzahirkan penghargaan dan tahniah atas komitmen koperasi dalam membangunkan sektor agro pelancongan yang turut menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

Beliau turut menggalakkan koperasi agar terus memperkukuh usaha pembangunan secara mampan bagi menjana pulangan yang lebih baik kepada anggota, mewujudkan peluang pekerjaan serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Selain itu, YBhg. Datuk menekankan kepentingan hubungan yang erat antara koperasi dan SKM bagi memastikan tadbir urus serta pengurusan koperasi sentiasa mematuhi perundangan dan dasar yang ditetapkan. Beliau turut mengingatkan agar koperasi menghayati dan mengamalkan konsep L.A.P, iaitu:

* L – Lembaga: Amanah dan bertanggungjawab dalam memimpin koperasi.
* A – Anggota: Memberikan sokongan padu, setia serta membantu mempromosikan koperasi.
* P – Pengurusan: Melaksanakan tanggungjawab secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif koperasi serta meningkatkan pendapatan yang memberi manfaat kepada anggota dan masyarakat.

Bersempena lawatan tersebut, YBhg. Datuk turut menyempurnakan peluncuran aktiviti Agro Pelancongan koperasi melalui upacara menandatangani plak perasmian pembukaan chalet, menanam pokok durian varieti Black Thorn serta menanam padi di kawasan sawah koperasi. Simbolik ini mencerminkan sokongan terhadap pembangunan sektor agro pelancongan dan pertanian sebagai sumber pendapatan baharu yang berpotensi kepada koperasi dan komuniti setempat.

Lawatan ini diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih progresif serta memperkukuhkan peranan koperasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat di daerah Kunak, Lahad Datu dan kawasan sekitarnya.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Awg Ruslli bin Mohammad, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah; Puan Asnijah Ibin, Ketua Penolong Pengarah, SKM Wilayah Tawau; serta Encik Saidsaripuddin bin Baharuddin, Pegawai Penyelia Koperasi Wilayah Tawau.

https://www.facebook.com/share/p/1C2sVg3h7f/?mibextid=wwXIfr
01/06/2026

https://www.facebook.com/share/p/1C2sVg3h7f/?mibextid=wwXIfr

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

π‘€π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘“π‘Žπ‘˜ π‘†π‘’π‘šπ‘π‘Žβ„Ž π‘ˆπ‘π‘Žπ‘π‘Žπ‘› 𝑆𝑒𝑑𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖-𝑑𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖 π‘‡π‘Žβ„Žπ‘›π‘–π‘Žβ„Ž

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

pada

1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada

Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif serta Warga Kerja
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA





SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026 Pengarah dan Warga Kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri...
01/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026

Pengarah dan Warga Kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada masyarakat KDMR di Sabah serta Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat yang menyambut di negeri Sarawak.

Semoga sambutan yang penuh makna ini terus memperkukuh perpaduan, memelihara warisan budaya serta menyemai semangat kebersamaan dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan Malaysia MADANI.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai










Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah
serta Gerakan Koperasi Negeri Sabah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kep...
01/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kesejahteraan, di samping terus memperkukuhkan semangat perpaduan, keharmonian serta saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Bersama-sama kita memupuk nilai kemanusiaan dan persefahaman demi kemajuan negara serta kesejahteraan masyarakat yang mampan.

"Kepelbagaian Dirai, Keharmonian Diperkasa"








Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah
serta Gerakan Koperasi Negeri Sabah.

PROGRAM KORBAN PERDANA MADANI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026 BERLANGSUNG DENGAN MERIAH DI TAWAUTawau, 30 Mei 2026 – P...
30/05/2026

PROGRAM KORBAN PERDANA MADANI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026 BERLANGSUNG DENGAN MERIAH DI TAWAU

Tawau, 30 Mei 2026 – Program Korban Perdana MADANI Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Ladang Ternakan Koperasi Anugerah Untung Terus Berhad, Tawau, hari ini.

Program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah dengan kerjasama 13 buah koperasi di seluruh Sabah ini berjaya menghimpunkan warga koperasi, pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam semangat pengorbanan, perpaduan serta kebersamaan sempena sambutan Aidiladha.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Turut hadir ialah Yang Berusaha Tuan Haji Awg Ruslli bin Haji Mohamad, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah, wakil-wakil agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, anggota koperasi serta penduduk setempat.

Koperasi yang terlibat sebagai penganjur bersama ialah Koperasi Anugerah Untung Terus Berhad, Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad, Koperasi Usahawan Tawau Berhad, Koperasi Nasip Kita Tawau Berhad, Koperasi Penanam Sawit Mampan Semporna Berhad, Koperasi Inderasabah Berhad, Koperasi Penanam Sawit Mampan Kalabakan Berhad, Koperasi Emas Tawau Berhad, Koperasi Sinar Sinergi Bersatu Sabah Berhad, Koperasi Pertanian Sabah Berhad, Koperasi Raudhah Rayyan Sabah Berhad, Koperasi Penanam Sawit Mampan Tawau Berhad, dan Koperasi Usaha Sejahtera Sabah Berhad.

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berbahagia Pengerusi SKM menzahirkan penghargaan kepada semua koperasi yang berganding bahu menjayakan program ini serta menekankan peranan gerakan koperasi sebagai pemangkin kesejahteraan masyarakat melalui aktiviti ekonomi dan kebajikan.

Kemuncak majlis menyaksikan gimik perasmian dan simbolik penyerahan daging korban kepada wakil penerima sebagai lambang keprihatinan gerakan koperasi terhadap golongan yang memerlukan serta usaha memperkukuhkan hubungan antara koperasi dan masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sokongan mereka dalam menjayakan Program Korban Perdana MADANI Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.

Program berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari dalam suasana penuh muhibah, sekali gus memperkukuhkan semangat kerjasama, kesukarelawanan dan perpaduan dalam kalangan gerakan koperasi di negeri Sabah.

β€œSemangat Korban Menyatukan Masyarakat, Malaysia MADANI Diperkasa.”

πŸ“… 30 Mei 2026 (Sabtu)πŸ“ Kota Kinabalu, SabahKOTA KINABALU, 30 Mei – Sempena kemuncak perayaan bulan menuai yang disambut ...
30/05/2026

πŸ“… 30 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ“ Kota Kinabalu, Sabah

KOTA KINABALU, 30 Mei – Sempena kemuncak perayaan bulan menuai yang disambut pada hari ini, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, YBrs. Tuan Haji Awg Ruslli bin Haji Mohammad, telah menitipkan perutusan khas dan ucapan perayaan buat seluruh warga kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menerusi poster rasmian yang dikeluarkan hari ini, beliau mengucapkan "Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan" (Selamat Menyambut Hari Kaamatan) sebagai tanda penghormatan dan kebersamaan dengan masyarakat Kadazandusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah yang merayakan festival kebudayaan ini.

Dalam semangat perayaan yang mensyukuri hasil tuaian ini, ia turut menjadi simbolik yang tepat kepada hasil titik peluh, kesepakatan, dan dedikasi warga kerja SKM serta gerakan koperasi yang tidak jemu menabur bakti demi memperkasa sosioekonomi komuniti. Beliau berharap agar semangat persaudaraan dan keharmonian yang ditonjolkan melalui sambutan Pesta Kaamatan ini akan terus menjadi inspirasi buat warga koperasi untuk mengukuhkan perpaduan dan memacu kecemerlangan organisasi.

Sinergi silang budaya sebegini adalah cerminan utuh kepada keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, selaras dengan nilai teras aspirasi Malaysia MADANI.

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa limpahan rezeki, kemakmuran, dan kedamaian berpanjangan. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

#

Majlis Perasmian Pesta Kaamatan & Jualan Madani Koperasi Kg. Pinolobu Tingkat Sosioekonomi KomunitiπŸ“… 29 Mei 2026 (Jumaat...
29/05/2026

Majlis Perasmian Pesta Kaamatan & Jualan Madani Koperasi Kg. Pinolobu Tingkat Sosioekonomi Komuniti
πŸ“… 29 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 8:00 pagi hingga selesai
πŸ“ Dewan Terbuka, Tamu Desa Tradisi Kg. Pinolobu, Kota Belud

KOTA BELUD, 29 Mei – Suasana meriah menyelubungi Kampung Pinolobu hari ini bersempena dengan Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan 2026 yang disalut dengan penganjuran Program Jualan Madani Koperasi (JMK). Majlis yang menghimpunkan segenap lapisan masyarakat ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III, Merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan & Pengangkutan Sabah.
Membawa tema yang bertepatan dengan aspirasi semasa iaitu "Dari Tradisi Ke Ekonomi Lestari", majlis pada hari ini melakar sejarah tersendiri bagi penduduk setempat dengan perasmian Bangunan Tamu Desa Tradisi Kg. Pinolobu. Perasmian mercu tanda baharu ini dijangka akan menjadi pemangkin kepada aktiviti keusahawanan dan merancakkan lagi kitaran ekonomi lestari di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut membawakan inisiatif Jualan Madani Koperasi bagi membantu meringankan kos sara hidup penduduk menjelang musim perayaan. Menerusi jualan ini, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, dan tepung dengan tawaran harga diskaun sehingga 20%.
Pelbagai pengisian kebudayaan dan hiburan turut disusun bagi memeriahkan acara yang bermula seawal jam 8:00 pagi ini, antaranya:
Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik Kaamatan)
Pertandingan nyanyian tradisional dan Sugandoi
Pertandingan memperagakan busana tradisi (Zandi Tavanus)
Cabutan bertuah dan persembahan kebudayaan tempatan
Sinergi antara pemeliharaan warisan budaya dan pemerkasaan ekonomi yang ditonjolkan melalui program hari ini membuktikan komitmen berterusan pihak kerajaan, khususnya SKM, dalam menyokong pembangunan usahawan desa sambil memartabatkan keunikan tradisi masyarakat Kadazandusun di Sabah.

πŸ“… 27 Mei 2026 (Rabu)πŸ“ Kota Kinabalu, SabahKOTA KINABALU, 27 Mei – Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sa...
26/05/2026

πŸ“… 27 Mei 2026 (Rabu)
πŸ“ Kota Kinabalu, Sabah

KOTA KINABALU, 27 Mei – Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, YBrs. Tuan Haji Awg Ruslli bin Haji Mohammad, hari ini mengutuskan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1447H / 2026M kepada seluruh warga kerja SKM dan gerakan koperasi di seluruh negara.
Dalam perutusan tersebut, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh tenaga kerja suruhanjaya serta para koperator yang sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dan semangat pengorbanan dalam memacu kecemerlangan sektor koperasi, demi kestabilan ekonomi komuniti.
Beliau turut menyeru agar seluruh warga koperator menghayati erti sebenar sambutan Aidiladha dengan memperkukuh nilai perpaduan, sikap peduli sesama insan, serta mempertingkatkan usaha membantu masyarakat setempat melalui aktiviti sosioekonomi koperasi. Semangat pengorbanan dan kerjasama erat ini amat penting dalam mendepani cabaran ekonomi semasa, selaras dengan tonggak kebersamaan di bawah aspirasi Malaysia MADANI.
Zahiran ucapan tulus ikhlas ini diharap dapat menyuntik kebersamaan yang lebih utuh dalam kalangan warga SKM dan koperator seluruh Malaysia untuk terus berbakti demi kemakmuran negara.

πŸ“… *26 Mei 2026 (Selasa)*⏰ *10:00 Pagi*πŸ“ *Perkarangan Premis Koperasi Anugerah Hj. Badji Semporna Berhad, Kampung Samal-S...
26/05/2026

πŸ“… *26 Mei 2026 (Selasa)*
⏰ *10:00 Pagi*
πŸ“ *Perkarangan Premis Koperasi Anugerah Hj. Badji Semporna Berhad, Kampung Samal-Samal, Semporna*

SEMPORNA, 26 Mei – Pelancaran Program Jualan Madani Koperasi (JMK) sempena Hari Raya Aidiladha telah diadakan dengan jayanya hari ini di premis Koperasi Anugerah Hj. Badji Semporna Berhad. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Awg Ruslli Bin Haji Mohammad, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah sempena Lawatan Kerja Rasmi beliau ke Semporna di bawah seliaan Wilayah Tawau. Turut hadir mengiringi beliau dalam program ini, En. Abdul Gani Bin Aman, Penyelia Koperasi, SKM Wilayah Tawau.

Melalui program JMK kali ini, dianggarkan seramai lebih kurang 300 orang penduduk dari Kampung Samal-Samal dan sekitarnya hadir bagi merancakkan lagi program JMK ini. Penduduk setempat berpeluang menikmati potongan harga diskaun sebanyak 20% bagi pelbagai barangan keperluan asas seperti minyak masak, beras, tepung gandum, susu, dan produk makanan harian yang lain. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha berterusan kementerian untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha 1447H yang akan disambut bermula pada esok hari 27 Mei 2026 (Rabu) bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1447H, Koperasi Anugerah Hj Badji Semporna Berhad mengambil kesempatan untuk mengadakan JMK khususnya bagi memenuhi keperluan penduduk sekitar untuk meraihkan Hari Raya Aidiladha kali ini.

Melalui inisiatif JMK ini juga, Koperasi Anugerah Hj. Badji Semporna Berhad bukan sahaja memfokuskan kepada keuntungan komersial, malah komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya. Program ini terbukti memberi impak positif yang signifikan dalam membantu isi rumah berpendapatan rendah (B40) mendepani cabaran ekonomi semasa, sekali gus memperkukuh peranan koperasi sebagai tiang budaya ekonomi MADANI.

26/05/2026

Salam Aidiladha 2026/1447H buat semua yang meraikannya.

Semoga sambutan Aidiladha ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan semangat pengorbanan yang memperkukuh perpaduan serta keharmonian seluruh rakyat Malaysia βœ¨πŸŒ™

Ikhlas Daripada:
YB Steven Sim Chee Keong
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi









Address

Tingkat 7, Menara MAA, Api-api Centre
Kota Kinabalu
88814

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088216022

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Koperasi Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gerakan Koperasi Negeri Sabah:

Share