18/12/2024
KOTA KINABALU, 18 Disember 2024 - YBhg. Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah turun padang meluangkan masa hadir dan merasmikan Program Cakna Minda & Emosi: ‘Let’s Boost Fitness’ anjuran Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Sabah & WP Labuan bertempat di Lobi Dataran Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS). Turut memeriahakn program Puan Janet David Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri sabah.
Program ini bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam melalui aktiviti yang mendorong keseimbangan minda, emosi, dan kecergasan fizikal. Dengan tema “Let’s Boost Fitness,” program ini menekankan pentingnya kesihatan menyeluruh untuk meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan.
Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada penjawat awam KPKPS yang sebahagian adalah kakitangan Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah dan PPTDSL hadir memeriahkan program ini.