Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Cepat & Mesra Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895.

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala L

umpur. Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan. Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan. Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands. Pada tahun 1998, Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba. Pada tahun 2005 p**a, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat. Visi
"Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi." Misi
"Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat." Piagam Pelanggan
"Merancang dan menyediakan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar serta meningkatkan tahap keselamatan kebakaran dan kesedaran awam." Dengan itu kami berjanji akan:

1. Mengeluarkan jentera bomba pertama ke tempat kecemasan dalam tempoh 60 saat dari masa terima panggilan di bilik kawalan.

2. Menyiapkan laporan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima semua maklumat dan dokumen yang diperlukan dari pemohon.

3. Mengeluarkan perakuan pelan teknikal dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

4. Mengeluarkan surat pelepasan/sokongan menduduki bangunan (CCC/CFO) dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh akhir pemeriksaan dengan syarat semua pepasangan keselamatan kebakaran telah diuji baik dan disempurnakan.

5. Memproses permohonan sokongan lesen perniagaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

6. Mengeluarkan Sijil Perakuan Bomba dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pembayaran fi dibuat.

7. Memproses permohonan Sijil Perakuan Bahan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

8. Memproses permohonan pembaharuan Sijil Perakuan Bahan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

9. Mengeluarkan Notis Penghapusan Bahaya Kebakaran dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh akhir pemeriksaan dibuat sekiranya terdapat bahaya kebakaran.

10. Melengkapkan kertas penyiasatan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penyiasatan kebakaran dimulakan.

11. Menyiapkan kertas siasatan perlanggaran kesalahan berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh aduan diterima.

Meriah direruai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri SabahSempenaSambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan ...
13/06/2026

Meriah direruai
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah
Sempena
Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 11-14 Jun 2026
Perkarangan Kompleks Sukan Likas






Notis Gangguan Telefon Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Jalan Sembulan.Perlukan bantuan kecemasan?, hubungi tal...
12/06/2026

Notis Gangguan Telefon Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Jalan Sembulan.

Perlukan bantuan kecemasan?, hubungi talian rasmi kecemasan 999.

Selamat Sejahtera kepada seluruh warga Kota Kinabalu. Balai Bomba Kota Kinabalu kini dalam proses naik taraf dan mengalami GANGGUAN TALIAN TELEFON untuk kecemasan dan lain-lain perkhidmatan. Oleh itu berikut ialah nombor talian di gunakan untuk sebarang kecemasan dan Perkhidmatan kebombaan. Terima kasih warga Kota kinabalu. Muhun Maaf sekali lagi.

Tahniah! Bomba Sabah Onsoi!
12/06/2026

Tahniah! Bomba Sabah Onsoi!

12/06/2026

Pelaksanaan Kempen Digital: Penghasilan Video Kesedaran Kepentingan Pili Bomba Tahun 2026


Bersama kita mencegah kebakaran, utamakan keselamatan.
12/06/2026

Bersama kita mencegah kebakaran, utamakan keselamatan.

Pertandingan Kawad Kecekapan JBPM peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.Pasukan PKK Bomba Sabah ...
12/06/2026

Pertandingan Kawad Kecekapan JBPM peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

Pasukan PKK Bomba Sabah telah memberi saingan dengan semangat juang Pahlawan Lagenda Antanom ke pertandingan ini. Bomba Sabah tidak p**ang dengan tangan kosong dengan membawa p**ang pingat Gangsa menerusi acara Fire Fighter Challenge (FFC).

Warga jabatan mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan ini dan terus memacu kejayaan di masa hadapan. Sabah Onsoi!

11/06/2026

Sentiasa peka dan waspada, Elakkan Tragedi kebakaran. Gunakan Alat Pemadam Api, untuk memadam serta mengawal kebakaran diperingkat awal. Ia benteng pertahanan utama kediaman anda…Anda mampu mengubahnya.

10/06/2026
8 Jun 2026 - Jabatan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun 2026 yang diurusetiakan oleh Bahagian Ke...
09/06/2026

8 Jun 2026 - Jabatan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun 2026 yang diurusetiakan oleh Bahagian Keselamatan Kebakaran.

Di majlis ini juga turut diadakan Sesi Pemakaian Tanda Pangkat kepada 20 orang pegawai dan anggota jabatan yang menerima kenaikan pangkat Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK I) dan kenaikan pangkat hakiki pelbagai tingkat gred.

Syabas dan tahniah diucapkan semoga terus cemerlang dalam memperkasa perkhidmatan kebombaan khususnya di negeri Sabah.

Bah jom kamurang!Kita meriahkan Minggu Perpaduan Negara ..ada reruai Bomba tau.. jom datang ramai2
09/06/2026

Bah jom kamurang!

Kita meriahkan Minggu Perpaduan Negara ..ada reruai Bomba tau.. jom datang ramai2

Address

Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Jalan Lintas, Beg Berkunci 30
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:15
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:15
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:15
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:15
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 16:15

Telephone

+6088422873

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah:

Share