Desa Bina Diri Kota Kinabalu

Desa Bina Diri Kota Kinabalu Institusi yang berperanan memberi perlindungan, penjagaan dan pemulihan kepada penghuni yang terdiri daripada golongan orang papa, pengemis dan kuturayau.

01/09/2023

Pada 31 0gos 2023 berlangsung Program Sambutan Hari kebangsaan 2023 peringkat institusi DBDKK. Program ini diadakan agar kakitangan dan penghuni dapat menghayati erti kemerdekaan.

Program telah dimulai dengan perarakan kakitangan bersama penghuni dengan mengibarkan bendera Malaysia dan Sabah diiringi lagu "Tanggal 31".

Program seterusnya diteruskan dengan nyanyian lagu "Negaraku" di tapak perhimpunan. Seterusnya penghuni berkumpul di dewan bagi menyaksikan tayangan video Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tuanku Abdul Rahman.

Program diteruskan lagi dengan tayangan langsung sambutan hari kebangsaan 2023.

Dalam program tersebut juga, berlangsung acara kuiz kemerdekaan. Program diakhiri dengan acara pemotongan kek sebagai simbolik sambutan hari kebangsaan 2023 di DBDKK.

17 Ogos 2023 (KHAMIS) : Satu perjumpaan khas antara kakitangan Unit Operasi dari Skim (S) bersama Penguasa untuk membinc...
17/08/2023

17 Ogos 2023 (KHAMIS) : Satu perjumpaan khas antara kakitangan Unit Operasi dari Skim (S) bersama Penguasa untuk membincangkan isu-isu berkaitan "standard operating procedure (SOP) ". Perkara ini penting bagi memastikan institusi ini mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam pengurusan hal ehwal penghuni terutama yang melibatkan dokumentasi.

Pada Hari ini 12.8.2023 seramai 7 orang kakitangan Desa Bina Diri Kota Kinabalu telah mewakili INSTITUSI KEBAJIKAN dalam...
12/08/2023

Pada Hari ini 12.8.2023 seramai 7 orang kakitangan Desa Bina Diri Kota Kinabalu telah mewakili INSTITUSI KEBAJIKAN dalam KEJOHANAN MAKSUR 2023 Acara FUTSAL yang berlangsung di Borneo Sport Arena (BSA) Kolombong. Dalam KEJOHANAN tersebut INSTITUSI KEBAJIKAN berjaya mempertahankan Pingat Emas bagi kategori Lelaki & Wanita. TAHNIAH!!!

https://www.facebook.com/100064347025739/posts/675242777963950/?mibextid=Nif5oz
02/08/2023

https://www.facebook.com/100064347025739/posts/675242777963950/?mibextid=Nif5oz

Posted •

Tahniah diucapkan kepada Anggota Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) yang baharu dilantik bagi sesi 2023 – 2025.

Semoga dapat memberikan komitmen yang tinggi dan terus komited menjalankan tanggungjawab demi pembangunan, pemerkasaan, inklusiviti dan hak kesamarataan Orang Kurang Upaya (OKU).
shukri




Kini tiba bulan Muharram 1445 Hijrah,Semoga dapat menyinari hidup kita,Dengan memperbaiki diri.Meningkatkan lagi keimana...
18/07/2023

Kini tiba bulan Muharram 1445 Hijrah,
Semoga dapat menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,
Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.

Salam Maal Hijrah 1445, Selamat Tahun Baru Islam 2023

Alhamdulillah pada hari ini 30 Jun 2023/11 Zulhijjah 1444 Program Korban Aidiladha dengan kerjasama Majlis Kebajikan Suk...
30/06/2023

Alhamdulillah pada hari ini 30 Jun 2023/11 Zulhijjah 1444 Program Korban Aidiladha dengan kerjasama Majlis Kebajikan Sukan Dan Rekreasi (MAKSUR) Cawangan Institusi Desa Bina Diri Kota Kinabalu telah disempurnakan dengan jayanya. Pada program tersebut komuniti luar daripada Sahabat Masjid Nurul Ikhwaniah Kampung Berungis Tuaran turut hadir membantu menjayakan program tersebut.

Takbir... Allahu Akbar!!!

Salam Aidiladha 1444H/2023M. Kami merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.لَبَّيْكَ اللَ...
28/06/2023

Salam Aidiladha 1444H/2023M. Kami merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

Pada hari ini 23 Jun 2023 berlangsung mesyuarat pembebasan penghuni. Mesyuarat ini membincangkan isu penghuni yang telah...
23/06/2023

Pada hari ini 23 Jun 2023 berlangsung mesyuarat pembebasan penghuni. Mesyuarat ini membincangkan isu penghuni yang telah berusia 60 tahun untuk dipindahkan ke Institusi warga tua memandangkan kini DBD di bawah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang (PU) yang mana syarat untuk penempatan Individu ke DBD hanya berusia 18 hingga 59 tahun. Mesyuarat tersebut telah di Pengerusikan oleh Puan Arabiah Binti Hj. Harun (Penolong Pengarah Kanan Bhg. Penguatkuasaan JKM Sabah.)

Pada hari ini 20 Jun 2023 telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPWKM bagi tahun 2022 yang tela...
20/06/2023

Pada hari ini 20 Jun 2023 telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPWKM bagi tahun 2022 yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Bangi Avenue Convention Centre.

Pada Majlis tersebut, 2 orang kakitangan Desa Bina Diri Kota Kinabalu iaitu Puan Sazuan Zazarina Binti Nawawi & Puan Murati Binti Tiaman telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Setinggi-tinggi tahniah atas perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan. Semoga penganugerahan ini dapat memberi inspirasi kepada warga DBDKK yang lain.

Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu selama ...
18/06/2023

Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu selama ini. Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun

Kelab Sukan Desa Bina Diri Kota Kinabalu (MAKSUR DBDKK) sentiasa berusaha  merangka aktiviti bagi memastikan semangat ke...
17/06/2023

Kelab Sukan Desa Bina Diri Kota Kinabalu (MAKSUR DBDKK) sentiasa berusaha merangka aktiviti bagi memastikan semangat kerjasama dan hubungan Silaturrahim kakitangan terus terpelihara selain menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di institusi ini lebih kondusif dan produktif.

Mesyuarat kakitangan Desa Bina Diri Kota Kinabalu bil 2/2023.
13/06/2023

Mesyuarat kakitangan Desa Bina Diri Kota Kinabalu bil 2/2023.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Desa Bina Diri Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share