Norazlinah Arif

Norazlinah Arif Ketua PGRS Bahagian Kunak
(1)

Sempat menziarahi Pacik Jamal @ Dahlan yang diuji apabila anak-anak, menantu dan cucu-cucu beliau terlibat dalam kemalan...
06/06/2026

Sempat menziarahi Pacik Jamal @ Dahlan yang diuji apabila anak-anak, menantu dan cucu-cucu beliau terlibat dalam kemalangan di jalan Ranau.

Syukur Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Semoga semua yang terlibat segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Mohon doa semua buat cucu beliau yang akan menjalani pembedahan tulang di Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Likas. InsyaAllah.

Fokus pada kerja, bukan drama.Yang penting kerja berjalan dan rakyat terbela.Setiap hari menerima kehadiran masyarakat d...
05/06/2026

Fokus pada kerja, bukan drama.
Yang penting kerja berjalan dan rakyat terbela.

Setiap hari menerima kehadiran masyarakat dari seluruh Sabah yang membawa pelbagai isu untuk diselesaikan. Itulah keutamaan yang perlu diberi perhatian.

Ya, Kunak sentiasa dekat di hati. Namun Kunak sudah ada yang menjaga. Doa kita agar daerah kita terus makmur, aman dan berkembang demi kesejahteraan rakyat.

Mari fokus pada amanah masing-masing. Kurangkan bercakap, lebihkan bekerja. Masa akan menilai hasil, bukan persepsi.

Moga segala urusan dipermudahkan dan Sabah terus maju.

30/05/2026

1969 – 2019: RM26.7 juta
2020: RM53.4 juta
2022: RM125.6 juta
2023: RM300 juta
2025: RM600 juta
2026: RM1.5 billion

Tahniah. RM1.5 bilion adalah berita yang baik untuk Sabah dan wajar dihargai.

Namun rakyat Sabah masih menunggu penyelesaian hak 40% yang termaktub dalam Perlembagaan.

Kita sambut pengumuman tadi dengan penuh syukur, tetapi perjuangan mendapatkan hak Sabah mesti diteruskan sehingga mencapai penyelesaian yang tuntas.

Hak Sabah. Suara Sabah. Masa depan Sabah.

28 Mei 2026Kota Kinabalu Taklimat MA63 oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali yang dihadiri bersama oleh tiga Timbalan Ketua Men...
28/05/2026

28 Mei 2026
Kota Kinabalu

Taklimat MA63 oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali yang dihadiri bersama oleh tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah, barisan menteri kabinet dan kepimpinan kerajaan berlangsung dengan sangat terperinci dan terbuka.

Setiap perkara dijelaskan secara details, termasuk hujah serta argument rayuan oleh kerajaan Persekutuan. Ruang untuk bertukar pendapat juga dibuka luas, membolehkan pandangan dan kebimbangan disuarakan secara matang demi kepentingan Sabah.

Saya selalu teruja melihat kesungguhan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah dalam memperjuangkan hak 40%. Mungkin tidak semua perkara dilaungkan di luar, namun ketegasan dan usaha itu jelas kelihatan dalam cara kerja — tenang, tersusun dan berstrategi.

Inilah GRS.
Kerja sistematik, bukan tin kosong tanpa tindakan.

Khabar duka dari Kunak.Telah kembali ke rahmatullah Allahyarhamah Dina Binti Juri.Sebelum puasa hari itu sempat datang m...
22/05/2026

Khabar duka dari Kunak.
Telah kembali ke rahmatullah Allahyarhamah Dina Binti Juri.

Sebelum puasa hari itu sempat datang melawat arwah, tidak sangka itu menjadi antara kenangan terakhir yang akan terus diingati. Pemergian arwah pasti memberi kesan mendalam buat seluruh keluarga dan sahabat terdekat.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan kubur beliau serta menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah 🤍

20/05/2026

Respect beyond words

20/05/2026

Mahasiswa sepatutnya menjadi suara ilmu. Didik rakyat tatacara permohonan tanah yang betul, bukan menormalisasikan pencerobohan.

Persidangan Agung Khas Parti Gagasan Rakyat Sabah 3 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Banyak cabaran, jatuh bangun, ...
17/05/2026

Persidangan Agung Khas Parti Gagasan Rakyat Sabah

3 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Banyak cabaran, jatuh bangun, penat lelah dan pengorbanan yang kami lalui demi memastikan perjuangan parti terus kukuh di Bahagian Kunak.

Kami mewakili Jawatankuasa Bahagian Kunak menyatakan sokongan penuh terhadap struktur perlembagaan baharu demi memperkasakan lagi hala tuju perjuangan parti pada masa akan datang.

Terima kasih kepada Presiden Parti Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini sepanjang tempoh perkhidmatan kami. Kepercayaan ini akan terus kami jaga sebaik mungkin demi rakyat dan parti yang kita cintai bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat seluruh Ketua-Ketua Cawangan, jentera dan ahli-ahli akar umbi yang sentiasa berdiri teguh bersama kami dalam susah mahupun senang. Tanpa kesetiaan, kerjasama dan semangat perjuangan semua, kita tidak akan mampu bertahan sehingga hari ini.

Perjuangan ini bukan tentang jawatan, tetapi tentang kesetiaan, pengorbanan dan keikhlasan untuk melihat parti terus kuat serta dihormati rakyat.

InsyaAllah, selagi diberi ruang dan kepercayaan, kami akan terus melangkah bersama demi Kunak dan demi masa depan perjuangan kita.” 💪🏻❤️

Sempat juga kami panic tengok bil SESB.Biasa rumah bayar RM500++ saja, tiba-tiba bulan ni terus melambung dekat RM2000. ...
15/05/2026

Sempat juga kami panic tengok bil SESB.
Biasa rumah bayar RM500++ saja, tiba-tiba bulan ni terus melambung dekat RM2000.

Padahal jumlah peralatan elektrik masih sama… jumlah anak pun masih sama juga bah 😀

Mula-mula dengar juga penjelasan bahawa cuaca panas dan penggunaan musim raya antara punca bil meningkat. Memang betul, itu boleh jadi faktor. Tapi jangan lupa, kesilapan baca meter pun boleh jadi salah satu punca juga.

Nasib baik suami competent electrical, terus cek meter sendiri. Compare dengan bacaan dalam bil-bil sebelum ini, memang jauh lari. Tunjuk bukti dan rujuk dengan pihak Sabah Electricity, dorang pun akui ada kesilapan bacaan meter.

Pengajaran dia, jangan terus panic atau terus bayar saja kalau rasa pelik. Semak dulu, faham penggunaan sendiri, baru kita tau mana yang betul mana yang silap.

Jom jadi pengguna yang lebih peka dan faham hak kita.

**CEO SESB kena tambah statement, due to wrong meter reading by SESB officer.

Selamat menjadi Duyufurrahman, tetamu Allah.Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap ibadah diterima dan dikurniakan ...
14/05/2026

Selamat menjadi Duyufurrahman, tetamu Allah.

Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap ibadah diterima dan dikurniakan haji yang mabrur.

Doakan kami juga agar diberikan kesempatan menjejak kaki ke Tanah Suci, dipermudah segala urusan serta sentiasa berada dalam rahmat dan keampunanNya.

Semoga perjalanan ini dipenuhi ketenangan, kesihatan dan keberkatan buat semua jemaah haji. 🤍

Address

Kota Kinabalu International Airport
Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Norazlinah Arif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share