Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan JKN Sabah

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan JKN Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan JKN Sabah, Government Organization, Tingkat 5, Wisma BSN, Jalan Kemajuan, Karamunsing, Kota Kinabalu.

02/06/2026

Walaupun sambutan Aidiladha baru sahaja selesai kita raikan minggu lepas, bahang kenduri-kendara masih lagi rancak di mana-mana memandangkan sekarang kita masih dalam fasa cuti sekolah. Memang bertindan-tindan jemputan kenduri kahwin, aqiqah, dan majlis kesyukuran diterima, kan🔖.

Korang, bila sebut pasal kenduri, menu apa yang paling wajib ada dan paling laju korang cari dulu? 🤭Mesti Ayam Masak Merah, kan? Menu “legend” ni boleh dikatakan "raja segala lauk kenduri". Andai tak ada ayam masak merah, rasa macam tak lengkap satu majlis tu, boleh runtuh pelamin pengantin! 😂

Tapi tulah, disebabkan menu ni laku keras, dimasak p**a dalam kuantiti yang sangat besar untuk tetamu yang ramai, risiko kes keracunan makanan pun boleh meningkat kalau tersilap langkah. Sebab itu, Min nak pesan supaya kita semua sentiasa mengamalkan langkah KENDIRI untuk elakkan keracunan makanan.

Amalan ini perlu menjadi budaya semua pihak, sama ada kita sebagai tuan rumah, penyedia makanan, mahupun tetamu agar penyakit bawaan makanan dapat dibendung daripada terus menular.

Gunakan deria korang kurniaan Ilahi tu sebaik mungkin❗️Sebelum korang mencedok Ayam Masak Merah kegemaran kat meja hidangan, pastikan korang semak 𝟯 𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 penting ini dulu: Amalkan 3 langkah mudah untuk elakkan keracunan makanan sebelum makan‼️

🥄 1. TEKSTUR (LIHAT): Tengok kuah ayam tu betul-betul. Kalau kuah kelihatan berbuih-buih kecil atau berlendir, itu tanda jelas lauk tersebut dah dicemari mikroorganisma dan mula rosak!

👃 2. BAU (HIDU) : Perhatikan kalau ada bau masam atau kurang menyenangkan yang menusuk hidung, berbeza dengan bau harum rempah-ratus asal hidangan ayam masak merah yang segar.

👅 3. RASA: Rasa sikit dulu. Bila masuk jer ke mulut, lidah dapat kesan rasa masam yang tajam atau rasa pelik. Jangan ragu-ragu. Luahkan semula dengan kalau rasa dah lain macam!

⚠️ Nota Penting: Kadangkala, makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya seperti Salmonella langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan pada rupa, bau, atau rasa masakan tersebut! Oleh sebab itu, cara penyediaan yang bersih sejak dari dapur lagi adalah kunci utama.

Kita nak raikan hari bahagia dan berjumpa sanak-saudara dengan penuh kegembiraan, bukannya diakhiri dengan episod keracunan makanan. Sebab itu semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Bila masing-masing ada kesedaran dan peka dengan keadaan hidangan, apa yang kita makan kekal bersih, suci, dan selamat untuk semua.

Selamat bercuti sekolah dan selamat memenuhi jemputan kenduri semua! Jangan lupa belek lauk dulu tau! ✨

Ingat, keselamatan makanan tanggungjawab bersama!




🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 🌾Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah yang meraikannya....
29/05/2026

🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 🌾

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah yang meraikannya.

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini terus menyemarakkan semangat kesyukuran, perpaduan serta keharmonian dalam masyarakat majmuk kita.

Dalam kemeriahan sambutan, marilah kita bersama mengutamakan keselamatan makanan demi kesejahteraan semua.

✨ Kaamatan Dirai, Keracunan Makanan Dihindari. ✨

27/05/2026
🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2026Semoga Aidiladha disambut dengan penuh keberkatan, kesejahteraan dan semanga...
26/05/2026

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2026

Semoga Aidiladha disambut dengan penuh keberkatan, kesejahteraan dan semangat pengorbanan.

Sentiasalah mengamalkan “Perhati dan Pilih” demi keselamatan makanan yang terjamin.

Ikhlas daripada
Warga Kerja Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah



26/05/2026

📣 Pembelian Bahan Mentah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 📣

Pembelian bahan mentah yang tidak dirancang boleh menyebabkan makanan cepat rosak dan meningkatkan risiko pencemaran makanan.

Tahukah anda bakteria boleh membiak pada suhu 5°C hingga 60°C yang dikenali sebagai "ZON BAHAYA". Oleh itu, cara kita membeli dan membawa p**ang bahan mentah juga menyumbang kepada risiko keselamatan makanan.

Jom amalkan tip ini dalam pembelian bahan mentah sempena menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Makanan selamat, hari raya lebih nikmat !





📢 JOM HADIR KE PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGANOrang ramai, khususnya pengusaha makanan homebased, dijemput hadir bagi men...
26/05/2026

📢 JOM HADIR KE PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN

Orang ramai, khususnya pengusaha makanan homebased, dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta aktiviti berkaitan keselamatan makanan.

🗓 25 Jun 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Ruang Parking Berbumbung, Pejabat Kesihatan Daerah Papar

Aktiviti:
✅ Pendaftaran FoSIM
✅ Bimbingan permohonan pensijilan
✅ Taklimat keselamatan makanan
✅ Saringan kesihatan

Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam memperkukuh amalan keselamatan makanan.

23/05/2026

Pejam celik, tinggal 12 hari je lagi kita nak sambut Aidiladha. Mesti AJK Masjid dan Surau atau penganjur persendirian sekarang tengah sibuk buat persiapan untuk melaksana ibadah korban nanti.

Sebelum tu min nak pesan la, pilih lokasi untuk laksana ibadah korban ni bukan sekadar cari tempat luas je...tapi yang paling penting kena PERHATI dan PILIH tempat yang sesuai bagi memastikan aspek keselamatan makanan turut menjadi syarat utama.

❌ Elak sembelih dan melapah dekat dengan punca pencemaran seperti longkang, kandang ternakan, tempat buang sampah, atau kawasan yang ada risiko air bertakung.

Kenapa? Sebab kuman/bakteria ni boleh berada di merata-rata terutamanya di persekitaran yang kotor.

Sebagai penganjur, kita bertanggungjawab untuk pastikan kawasan tu bersih dan tak mendatangkan risiko pencemaran kepada daging korban. Kalau kita nak makan sendiri pun kita cari yang terbaik, apatah lagi daging ibadah yang nak diagihkan kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Satu lagi, WAJIB ADA ALAS. Tak kira la korang buat kat mana pun, guna alas yang bersih, kalis air dan mudah dibasuh. Kita nak daging yang kita agihkan tu suci, bukan daging yang dah "tercemar" dengan kuman/bakteria.



23/05/2026

Tahukah anda?

Percutian dalam Malaysia pun boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM1,000 setahun 😮✈️

Kalau korang s**a bercuti dalam negara — staycation, masuk taman tema, zoo, muzium atau beli pakej pelancongan domestik, jangan lupa simpan resit & invois sebab ia mungkin boleh dituntut semasa e-Filing nanti 💸

Antara yang layak dituntut:
✅ Tiket masuk tarikan pelancongan
✅ Pakej pelancongan domestik
✅ Aktiviti budaya & kesenian tertentu

📌 Pastikan:
• Simpan semua bukti pembayaran
• Tarikan / agensi berkaitan berdaftar
• Tuntut semasa e-Filing

Travel dalam negara bukan sekadar healing… tapi boleh jimat cukai sekali 👀

Tag member travel kaki jalan korang ✈️🇲🇾

23/05/2026

🚗💨 BALIK KAMPUNG DENGAN SELAMAT!

Memandangkan lebuh raya dah mula pesta lampu merah 😝, Min nak titipkan pesanan ringkas supaya perjalanan kita semua selamat dan dipermudahkan. Amiin….

Pertama, tolong…….sangat2❕Jangan paksa diri kalau dah memandu melebihi 4 jam atau mata mula mengantuk. Berhentilah rehat seketika di R&R demi keselamatan nyawa kita dan keluarga. 🛑

Kedua, haaa… macam biasa, mestilah berkaitan keselamatan makanan😬. Ingat pesanan Min, kalau singgah makan atau nak makan bekalan sendiri pun, sentiasa utamakan kebersihan dan keselamatan serta amalkan Lihat, Hidu, dan Rasa sebelum makan. Tak susah pun kan nak elakkan keracunan makanan ketika dalam perjalanan. 🦠❌

Jadi, selamat berpesta ye🤭



23/05/2026

Pesanan PKKM sempena Hari Raya Aidiladha 🕌🌙

Peralatan Melapah Bersih dan Selamat❗️

Perhatian kepada peserta dan petugas ibadah korban 1446H, pastikan untuk membuat persiapan awal dengan membuat pemeriksaan kelengkapan peralatan melapah anda supaya berada dalam keadaan sempurna, bersih dan selamat.

Hidangan Selamat✅Raya Ceria✅Kesihatan Terjaga✅

Ingat, keselamatan makanan tanggungjawab bersama😊

Sumber : Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Untuk mengetahui lebih lanjut kursus ditawarkan oleh NB Food Specialist Centre PLT, Sila layari link https://mylink.la/nbfoodcentre

Address

Tingkat 5, Wisma BSN, Jalan Kemajuan, Karamunsing
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:00 - 17:00

Telephone

+6088248203

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan JKN Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share