19/05/2026
๐๐ฎ๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ฅ๐ข๐ฆ๐: ๐๐ข๐ซ๐ ๐๐ก๐๐ฒ๐ฎ ๐๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก
โ๐พ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐โ๐๐๐๐ฆ๐, ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ข๐๐๐๐, ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐โ๐๐..โ
Empat dekad bukanlah suatu tempoh yang singkat. 40 tahun PAS Sabah berdiri hari ini adalah bukti sebuah garis masa yang panjang, yang tidak lahir dari semangat bermusim, tetapi dibina dengan titisan air mata, keringat, dan pengorbanan tanpa jemu oleh para perintis terdahulu.
Mengenang kembali saat awal bertapak dahulu, PAS Sabah digerakkan dalam serba kekurangan. Ketika itu, PAS belum dikenali dan belum diterima. Walaupun demikian, para pejuang terdahulu tetap teguh membawa risalah dakwah di bumi Sabah. Disebabkan keteguhan dan kesabaran merekalah, generasi hari ini dapat melihat PAS Sabah berdiri dengan lebih matang dan semakin diyakini.
Hari ini, PAS Sabah sedang melalui fasa kebangkitan baharu. Pendekatan yang harmoni dan dekat dengan rakyat merentasi kepelbagaian kaum mula membuahkan hasil.
Kehadiran Datuk Dr. Aliakbar Gulasan sebagai ADUN sulung PAS Sabah bukan sekadar kemenangan politik, tetapi merupakan simbolik kepada perjuangan yang sudah wujud sejak sekian lama, yang akhirnya tampil mewarnai ruang demokrasi di negeri bawah bayu.
Walau bagaimanapun, PAS Sabah sedar bahawa kemenangan ini bukanlah alasan untuk berbangga. Sebaliknya ianya merupakan amanah berat yang menuntut lebih banyak kerja dan pengorbanan.
PAS Sabah membawa politik kasih sayang, politik yang menyatukan masyarakat melalui nilai kebajikan dan kemanusiaan. Kerana pada akhirnya, kita semua adalah keluarga, kita semua adalah Sabahan.
Perjalanan kita masih panjang. Masih banyak amanah yang perlu digalas, dakwah yang perlu diperluas, dan rakyat yang dahagakan pembelaan.
Ayuh generasi hari ini, kita teruskan langkah dengan tekad yang lebih kental demi masa depan Sabah yang lebih sejahtera.
๐๐ถ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ ๐ฐ๐ฌ ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฃ๐๐ฆ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต โจ