Energy Commission of Sabah

Energy Commission of Sabah ECoS aims to deliver secure, sustainable, affordable and accessible energy for the state of Sabah.

29/05/2026

🌾 Senyuman Sabahan daripada ECoS ✨

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan kumaa savi-avi!

Semoga musim Kaamatan ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan semangat perpaduan kepada semua.
Raikan warisan, budaya, dan kebersamaan dengan penuh kesyukuran.

Harvesting Unity, Celebrating Harmony
Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian
Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan

Music credits:

20/05/2026

Senang p**a mahu jadi menantu pilihan ini. Yang penting pandai jimat karan ⚡️🤭.

Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pihak Energy Commission of Sabah (ECoS) ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (...
20/05/2026

Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pihak Energy Commission of Sabah (ECoS) ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JAS) Negeri Sabah yang telah diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi ECoS, Ir. Ts. Ridwan bin Saham.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, di samping memberi penerangan berhubung fungsi dan peranan ECoS sebagai agensi kawal selia sektor tenaga, terutamanya dalam pengawalseliaan kelengkapan elektrik pengguna serta perkakas gas pengguna di Sabah bagi aspek keselamatan dan kecekapan tenaga.

Selain itu, sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha ECoS dalam mencegah penjualan kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas gas pengguna yang tidak selamat serta tidak cekap tenaga di pasaran, di samping mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak JAS Negeri Sabah berhubung kaedah pelupusan barangan yang telah disita melalui operasi penguatkuasaan tersebut mengikut ketetapan Jabatan Alam Sekitar.

Diharapkan sesi perbincangan ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua agensi pada masa akan datang.

Sesi taklimat pematuhan oleh ECoS bersama TCT Trading Sdn. Bhd. telah diadakan di Wisma TCT Kolombong. TCT Trading Sdn. ...
20/05/2026

Sesi taklimat pematuhan oleh ECoS bersama TCT Trading Sdn. Bhd. telah diadakan di Wisma TCT Kolombong.

TCT Trading Sdn. Bhd. merupakan syarikat induk bagi beberapa premis antaranya One Stop Superstore, Warehouz dan Ninso yang turut menjual kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas gas pengguna terkawal.

Sesi yang diketuai oleh Ts. Muhammad Azuan bin Zainuddin, Pengarah Jabatan Keselamatan & Pemantauan ECoS ini memberi penekanan terhadap kepentingan pematuhan kepada semua peruntukan perundangan berkaitan aktiviti penjualan kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas gas pengguna, khususnya dari aspek keselamatan, kecekapan tenaga serta implikasi terhadap sebarang ketidakpatuhan.

Turut terlibat dalam sesi ini ialah pegawai daripada SIRIM Berhad yang memberikan penerangan berhubung proses pengujian dan pensijilan yang dilaksanakan bagi memastikan kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas gas pengguna adalah selamat digunakan serta memenuhi kehendak piawaian yang berkaitan.

ECoS akan terus mempergiatkan sesi libat urus seumpama ini bagi meningkatkan kesedaran pematuhan, di samping mencegah penjualan kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas gas pengguna yang tidak selamat serta tidak cekap tenaga.

Sesi peperiksaan calon persendirian bagi kategori Penjaga Jentera Elektrik Sekatan B0 11kV (Terhad di Pepasangan) yang d...
20/05/2026

Sesi peperiksaan calon persendirian bagi kategori Penjaga Jentera Elektrik Sekatan B0 11kV (Terhad di Pepasangan) yang diselia oleh Unit Kompetensi, Jabatan Keselamatan & Pemantauan ECoS telah dilaksanakan di Sandakan Bay Palm Oil Mill - SD Guthrie Plantation (Sabah) Sdn Bhd dan Pamol Estate (Sabah) Sdn. Bhd sepanjang 11 hingga 13 Mei 2026.

Selain pelaksanaan sesi peperiksaan tersebut, aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan turut dijalankan di pepasangan yang terlibat bagi memastikan pematuhan terhadap kehendak perundangan yang berkuat kuasa serta memastikan pepasangan berada dalam keadaan selamat untuk dikendalikan.

Sesi audit pentauliahan dan lawatan tapak di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah, Cawangan Sandakan telah dilaksanakan...
14/05/2026

Sesi audit pentauliahan dan lawatan tapak di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah, Cawangan Sandakan telah dilaksanakan dan diketuai oleh Ts. Mohd Ariffen bin Amirul, Timbalan Pengarah Kompetensi, Jabatan Keselamatan & Pemantauan, bagi tujuan pentauliahan program kekompetenan Penjaga Jentera Kategori A0 di institusi tersebut.

Audit ini merangkumi semakan menyeluruh terhadap sukatan pelajaran serta fasiliti latihan bagi memastikan pelaksanaan program memenuhi piawaian semasa, berkualiti tinggi serta dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Pentauliahan ini dilihat penting dalam menyokong hala tuju pembangunan modal insan yang kompeten, khususnya di kawasan pantai timur Sabah.

Ia juga bertujuan memastikan individu kompeten yang mengendalikan radas dan peralatan elektrik di pepasangan mematuhi kehendak perundangan serta standard keselamatan yang ditetapkan

Jabatan Keselamatan & Pemantauan ECoS telah dijemput untuk menyampaikan taklimat keselamatan sempena Minggu Kempen Kesel...
14/05/2026

Jabatan Keselamatan & Pemantauan ECoS telah dijemput untuk menyampaikan taklimat keselamatan sempena Minggu Kempen Keselamatan anjuran IOI Edible Oils dan IOI Bio-Energy Sdn Bhd 2026 di IOI Edible Oils Sandakan pada 11 Mei 2026.

Taklimat yang disampaikan oleh Ts. Mohd Ariffen Amirul, Timbalan Pengarah Kompetensi dan Ir. Ts. Andrew Goduk, Penolong Pengarah Keselamatan & Pepasangan menekankan aspek pelaksanaan kerja selamat di sesuatu pepasangan elektrik serta kehendak kekompetenan di bawah ECoS. Turut hadir, Tc. Chung Sung Ting daripada Jabatan Penguatkuasaan Operasi & Wilayah ECoS Bahagian Pantai Timur Sabah.

Objektif utama program taklimat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan, keperluan serta peranan orang kompeten semasa menjalankan kerja di lapangan.

Seramai 70 orang peserta telah menghadiri sesi taklimat kali ini.

ECoS komited untuk terus memperkukuh kesedaran keselamatan serta pematuhan kompetensi demi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan berkualiti.

ECoS held a strategic engagement session with Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) to discuss key ma...
07/05/2026

ECoS held a strategic engagement session with Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) to discuss key matters relating to gas pipeline corridor planning, development control, and public safety considerations.

The ECoS delegation was led by Ts. Muhammad Azuan, ECoS Director of Safety and Monitoring, while the KKTP delegation was headed by the Head of Development Sector, Johnny Samson.

The session began with a briefing on the draft Guideline for Managing the Safety of Gas Pipeline Distribution Corridors in Sabah presented by ECoS Technical Officer (Gas and Power), Ir. Ts. Dr. Ridwan Mokhtar, followed by a constructive and in-depth technical discussion.

The engagement provided an important platform for knowledge sharing, alignment of regulatory perspectives, and gathering practical feedback to strengthen the proposed framework.

KKTP commended ECoS’ proactive initiative, particularly in drawing lessons from the Putra Heights gas pipeline incident, and underscored the importance of integrating pipeline corridor safety considerations into land-use planning and development approval processes through the active involvement of Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Such alignment is crucial to ensure that risk-based planning controls are embedded within statutory planning frameworks, enabling safer development near gas infrastructure while preserving orderly, resilient, and sustainable urban growth.

The engagement marks another important milestone towards establishing a more coordinated and comprehensive governance framework for gas pipeline corridor safety in Sabah, reinforcing inter-agency collaboration in protecting strategic energy assets and enhancing public safety.

ECoS melalui Unit Kompetensi, Jabatan Keselamatan & Pemantauan telah melaksanakan satu sesi audit pentauliahan dan lawat...
05/05/2026

ECoS melalui Unit Kompetensi, Jabatan Keselamatan & Pemantauan telah melaksanakan satu sesi audit pentauliahan dan lawatan tapak di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah, KKIP, bagi tujuan penaiktarafan program kekompetenan Pendawai sehingga kategori PW4.

Audit ini merangkumi semakan menyeluruh terhadap sukatan pelajaran serta fasiliti latihan, bagi memastikan pelaksanaan program memenuhi piawaian semasa, berkualiti tinggi, serta dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Address

L10-01, Level 10, Plaza Shell, 29 Jalan Tunku Abdul Rahman
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 05:00
Thursday 09:00 - 05:00
Friday 09:00 - 05:00

Telephone

+6088205574

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Energy Commission of Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Energy Commission of Sabah:

Share