Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah

Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Media Rasmi
Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah

11/05/2026
11/05/2026
Selamat Menyambut Hari Ibu 2026 kepada seluruh ibu di Malaysia, khususnya warga Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi...
09/05/2026

Selamat Menyambut Hari Ibu 2026 kepada seluruh ibu di Malaysia, khususnya warga Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah serta semua jabatan dan agensi di bawah naungan kementerian.

Pengorbanan, ketabahan dan kasih sayang seorang ibu merupakan asas penting dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh serta melahirkan generasi berilmu, berintegriti dan berdaya saing. Peranan ibu juga amat signifikan dalam menyokong pembangunan modal insan dan kemajuan negeri, termasuk dalam bidang pendidikan, sains, teknologi dan inovasi.

Sempena sambutan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ibu atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang dicurahkan demi keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Selamat Hari Ibu 2026. ๐ŸŒท

Ikhlas daripada
YB Datuk James Ratib
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah



Selamat Menyambut Hari Ibu 2026 kepada seluruh ibu di Malaysia, khususnya warga Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi...
09/05/2026

Selamat Menyambut Hari Ibu 2026 kepada seluruh ibu di Malaysia, khususnya warga Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah serta jabatan dan agensi di bawah naungan kementerian.

Pengorbanan, kasih sayang dan ketabahan seorang ibu merupakan tonggak dalam membentuk keluarga yang sejahtera serta generasi yang berilmu dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan demi keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga seluruh ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Selamat Hari Ibu 2026. ๐ŸŒท

Ikhlas daripada
Ybhg. Datuk Hassan bin Mahali
Setiausaha Tetap
Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah



KOTA KINABALU | RABU, 27 APRIL 2026MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH YANG KETUJUH BELASM...
04/05/2026

KOTA KINABALU | RABU, 27 APRIL 2026

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH YANG KETUJUH BELAS

Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 telah berlangsung selama empat (4) hari sebagai platform rasmi perbahasan serta penyampaian hala tuju pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

Paparan sekitar persidangan yang mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh tadbir urus, dasar serta pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat Sabah.

๐Ÿ“†27 April 2026 (Isnin) โ€“ 30 April 2026 (Khamis)
๐Ÿ“ Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah



Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Kementerian Pendidikan, Sains, Tekno...
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah serta semua jabatan dan agensi di bawah naungan kementerian.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pekerja yang telah menjadi tunjang utama dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan, pembangunan dan kemajuan negeri serta negara. Komitmen, dedikasi dan integriti yang ditunjukkan saban hari merupakan asas kukuh kepada kejayaan agenda pembangunan Sabah yang progresif dan berdaya saing.

Tema Hari Pekerja 2026, โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€, membawa makna yang mendalam bahawa setiap pekerja adalah aset negara yang bukan sahaja menyumbang kepada produktiviti, malah menjadi pemacu kepada pembinaan masyarakat MADANI yang berilmu, beretika dan berdaya tahan.

KPSTI Sabah kekal komited untuk memperkukuh ekosistem pendidikan, sains, teknologi dan inovasi melalui pembangunan modal insan berkualiti serta penerapan budaya inovasi yang mampan, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

Semoga semua pekerja terus dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah dengan cemerlang.

Ikhlas daripada
YB Datuk James Ratib
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah



Address

Tingkat Bawah, 6, 8 โ€“ 11 Dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah:

Share