15/06/2026
10 Jun 2026 | RABU
Sebanyak 704 aduan telah direkodkan bagi bulan Mei 2026, menunjukkan penurunan berbanding bulan sebelumnya. Majoriti aduan tertumpu kepada skop Kejuruteraan Awam (41.34%), Kejuruteraan Mekanikal (31.39%) dan Kejuruteraan Elektrikal (17.47%)
Daripada jumlah tersebut, 386 aduan (54.83%) telah berjaya diselesaikan manakala 318 aduan (45.17%) masih dalam tindakan susulan dan pemantauan lanjut.
Dari aspek kepuasan pelanggan, pencapaian amat memberangsangkan apabila 99.46% aduan yang ditutup menerima penilaian pada tahap Baik dan Cemerlang, sekali gus melepasi sasaran KPI Jabatan yang ditetapkan. Sebanyak 76.94% dinilai Cemerlang dan 22.28% dinilai Baik.
Secara keseluruhannya, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan terus menunjukkan komitmen yang kukuh dalam memastikan pengurusan aduan, penyelenggaraan fasiliti serta penyampaian perkhidmatan kepada warga kampus dilaksanakan secara responsif, efisien dan berkualiti.