Beliawanis Gagasan Rakyat N22 Tanjong Aru

Beliawanis Gagasan Rakyat N22 Tanjong Aru Official FB Page Beliawanis Gagasan Rakyat N22 Tanjung Aru

30/03/2026

π—•π—˜π—Ÿπ—œπ—”π—ͺπ—”π—‘π—œπ—¦ π—£π—šπ—₯𝗦 π—§π—˜π—šπ—”π—¦ π— π—˜π—‘π—’π—Ÿπ—”π—ž π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π—§π—œπ——π—”π—ž π—•π—˜π—₯π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—œπ—§π—”π—‘ 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) memandang serius dan kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Senator Filipina yang mendakwa Sabah, atau Borneo Utara, mempunyai sumber minyak yang menjadi asas kepada tuntutan tertentu.

Kenyataan sedemikian adalah tidak wajar, tidak bertanggungjawab dan berpotensi mengeruhkan hubungan dua hala, khususnya dalam konteks kestabilan serantau yang perlu sentiasa dipelihara.

Beliawanis PGRS ingin menegaskan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia yang berdaulat, dan sebarang bentuk kenyataan atau naratif yang cuba mempertikaikan kedaulatan ini adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Sehubungan itu, Beliawanis PGRS menyatakan pendirian tegas tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menyeru agar semua pihak menghormati prinsip kedaulatan negara serta undang-undang antarabangsa.

Dalam masa yang sama, Beliawanis PGRS menyatakan sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri yang terus komited memastikan kestabilan politik, keselamatan negeri serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Kestabilan yang dinikmati hari ini adalah hasil kepimpinan yang berwibawa dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Justeru, segala usaha yang boleh menggugat keharmonian dan kestabilan ini perlu ditolak secara tegas oleh semua lapisan masyarakat.

Beliawanis PGRS juga menyeru golongan belia khususnya wanita muda di Sabah untuk terus bersatu, mempertahankan kedaulatan negeri serta menyokong agenda pembangunan yang dibawa oleh kerajaan demi masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera.

Emmie Datuk Martin Idang
Ketua Beliawanis PGRS
27 Mac 2026

Meriah betul! πŸŽ‰Hari ini Beliawanis N22 Tanjung Aru bersama PDM Tanjung Aru menjayakan Hari Keluarga Tanjung Aru di Panta...
12/10/2025

Meriah betul! πŸŽ‰
Hari ini Beliawanis N22 Tanjung Aru bersama PDM Tanjung Aru menjayakan Hari Keluarga Tanjung Aru di Pantai Tanjung Aru.
Penuh gelak tawa, semangat kekeluargaan dan kasih sayang sesama komuniti πŸ’–
Seronok tengok semua generasi bersatu di bawah satu bumbung β€” inilah erti sebenar keluarga besar Tanjung Aru! πŸ’ͺ

SALAM MAULIDUR RASUL 1447H/2025Mβ€ŽΫž Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ۞Selawat...
04/09/2025

SALAM MAULIDUR RASUL 1447H/2025M

β€ŽΫž Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ۞

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Semoga kita terus mencontohi dan memantapkan keyakinan, kecintaan dan menghayati Al-Quran dan Sunnah Rasullah SAW.

"Maulidur Rasul bukan sekadar hari cuti, tetapi satu peringatan untuk kita mengamalkan nilai-nilai murni dalam pekerjaan dan keseharian kita."

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1447H

Ikhlas Daripada Pergerakan Beliawanis N22 Tanjung Aru ❀️

✨ Persidangan Agung Tahunan 2025Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat SabahAJK Beliawanis N.22 Tanjung Aru hadir pe...
26/07/2025

✨ Persidangan Agung Tahunan 2025
Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah

AJK Beliawanis N.22 Tanjung Aru hadir penuh semangat! πŸ’ͺ
Kami bukan sekadar datang… tapi membawa harapan, iltizam dan gerakan untuk terus memperkuat barisan wanita muda parti.

Bersama seluruh keluarga besar Beliawanis, kami bersedia melangkah ke medan PRN-17 dengan yakin dan teratur.
Inilah masa untuk bangkit dan memimpin perubahan!

πŸ”₯
πŸ”₯
πŸ”₯
πŸ”₯
πŸ”₯
πŸ”₯

1 MUHARRAM 1447H / 2025 MSalam Maal Hijrah 1447HKami dari Pergerakan Beliawanis N22 Tanjung Aru ingin mengucapkan Selama...
27/06/2025

1 MUHARRAM 1447H / 2025 M

Salam Maal Hijrah 1447H

Kami dari Pergerakan Beliawanis N22 Tanjung Aru ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1447H.

" Hijrah bukan hanya berpindah tempat, tapi berpindah dari gelap menuju cahaya, dari lalai menuju taat. Semoga hidup kita lebih bermakna, lebih ringan, dan lebih mendekat kepada Allah."

Ikhlas daripada Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Tanjung Aru.

π˜½π™€π™‡π™„π˜Όπ™’π˜Όπ™‰π™„π™Ž π™‚π˜Όπ™‚π˜Όπ™Žπ˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™†π™”π˜Όπ™ 𝙏𝙂 π˜Όπ™π™ π™Žπ™„π˜Όπ™‹ π™Žπ™„π˜Όπ™‚π˜Ό π˜½π™€π™π˜Ώπ™€π™‹π˜Όπ™‰ π™‹π™„π™‡π™„π™ƒπ˜Όπ™‰π™π˜Όπ™”π˜ΌKOTA KINABALU : Pergerakan Beliawanis N22 Tanjung Aru su...
22/06/2025

π˜½π™€π™‡π™„π˜Όπ™’π˜Όπ™‰π™„π™Ž π™‚π˜Όπ™‚π˜Όπ™Žπ˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™†π™”π˜Όπ™ 𝙏𝙂 π˜Όπ™π™ π™Žπ™„π˜Όπ™‹ π™Žπ™„π˜Όπ™‚π˜Ό π˜½π™€π™π˜Ώπ™€π™‹π˜Όπ™‰ π™‹π™„π™‡π™„π™ƒπ˜Όπ™‰π™π˜Όπ™”π˜Ό

KOTA KINABALU : Pergerakan Beliawanis N22 Tanjung Aru sudah lama bersiap siaga menghadapi Pilihanraya Negeri Ke-17 yang bakal berlangsung tahun ini.

Ketua Pergerakan Beliawanis Tanjung Aru, Pn Hjh Bibianah Hj Mustafa Abdullah Chong berkata, kesiapsiagaan itu sudah beberapa tahun kebelakangan ini di bina dan diperkukuhkan semata-mata untuk memastikan Calon GRS menang bergaya di PRN17 kali ini.

"Ini merupakan Pilihanraya Negeri yang terpenting dan sabagai sayap parti, kami perlu bersiap lebih awal.

Kita sedang berdepan dengan satu fasa penting dalam perjuangan politik kita dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir, peranan kita sebagai ahli Parti, sebagai pemimpin akar umbi dan sebagai penggerak masyarakat, menjadi semakin penting dan mendesak.

Mesyuarat kali ini, lebih daripada sekadar agenda organisasi tetapi ia adalah medan menyatukan fikiran, merangka strategi dan menyusun langkah ke arah kemenangan.

Kita harus sedar bahawa kejayaan sebuah organisasi politik tidak pernah
bergantung pada individu semata-mata," ujarnya ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pergerakan Sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis N22 Tanjung Aru di sini.

Menurutnya, kekuatan dalam kolektif diwarnai semangat kerja berpasukan, pada kesepaduan tindakan, dan pada perpaduan fikiran, hanya akan terlaksana apabila wujud kesatuan.

"Dalam suasana politik yang serba mencabar ini, marilah kita terus menjadikan PGRS sebagai pilihan utama rakyat.

Kita santuni masyarakat dengan keikhlasan, mendengar denyut nadi mereka, dan memastikan bahawa rakyat merasai kehadiran dan kepedulian kita, bukan hanya semasa musim pilihan raya, tetapi juga sepanjang masa.

Amanah yang kita galas ini bukan mudah namun, yakinlah bahawa dengan perpaduan dan kerjasama, tiada cabaran yang tidak dapat diatasi.

Saya menyeru kepada semua ahli Beliawanis di Bahagian ini untuk bina kekuatan bersama, kita perkukuh jentera kita, dan kita siapkan diri untuk
menghadapi apa jua rintangan yang mendatang.

Kita akan terus berdiri teguh bersama Presiden kita YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor dalam apa jua keadaan.

Anggaplah mesyuarat ini sebagai garisan permulaan kepada perlumbaan besar yang bakal kita tempuhi bersama.

Biarlah apa pun halangan yang datang, kita tetap bergerak ke hadapan dengan hati yang teguh, semangat yang membara," katanya lagi.

Menurut Bibianah, golongan wanita muda hari ini adalah kuasa penentu serta punya suara yang berpengaruh.

Beliau melahirkan rasa yakin dan percaya bahawa dengan semangat dan tenaga yang dimiliki Sayap Beliawanis itu hari ini, ianya mampu memainkan peranan yang lebih besar dan lebih bermakna dalam
landskap politik Negeri Sabah.

"Seiring dengan seruan Ketua Beliawanis Pusat, saya ingin menyeru kepada semua ahli untuk kembali menyemarakkan semangat β€œGEMA Beliawanis”, satu simbol kesungguhan dan gerakan perubahan yang lahir daripada akar umbi.

GEMA ini bukan sekadar slogan, tetapi satu iltizam bahawa Beliawanis akan tampil sebagai agen pembawa perubahan, penyampai dasar, dan pembawa harapan rakyat ke seluruh pelusuk negeri," jelasnya lagi.

https://www.facebook.com/share/p/1ByyYBGZjj/

14 JUN 2025 | HOTEL RAIA 🌟 PERSIDANGAN PERGERAKAN BELIAWANIS DUN TANJUNG ARU 2025 | SEBUAH LANGKAH KE HADAPAN! 🌟Alhamdul...
15/06/2025

14 JUN 2025 | HOTEL RAIA

🌟 PERSIDANGAN PERGERAKAN BELIAWANIS DUN TANJUNG ARU 2025 | SEBUAH LANGKAH KE HADAPAN! 🌟

Alhamdulillah, Persidangan Pergerakan Beliawanis DUN Tanjung Aru telah berlangsung dengan jayanya β€” diserikan dengan semangat perjuangan, kecekapan organisasi, dan kesatuan luar biasa dalam kalangan wanita muda yang bersedia memimpin masa depan!

✊ Wanita muda hari ini bukan hanya pelapis β€” kita pemimpin masa kini. Dari medan digital ke lapangan masyarakat, Beliawanis sedia menggoncang landskap politik Sabah!

πŸ”₯ Persidangan ini bukan sekadar pertemuan tahunan β€” ia adalah platform strategik untuk menyusun hala tuju gerakan, mengangkat suara wanita muda, dan memulakan langkah baru yang lebih berani dan berkesan.

πŸ’« Terima kasih atas kehadiran, sokongan dan semangat yang dibawa oleh semua. Kita terus melangkah bersama, menjadikan Beliawanis DUN Tanjung Aru sebagai gerakan wanita muda yang progresif, berdaya saing dan berpengaruh!

24/05/2025

🌸 Beliawanis N22 Tanjong Aru Santai di Pantai! 🌊
Pagi yang indah di Pantai Tanjung Aru bersama keluarga Beliawanis! Family Day kali ini bukan sekadar bersantai, tapi mengukuhkan ukhuwwah, mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan yang kami bawa hingga ke PRN akan datang, in shaa Allah.
Gelak tawa, aktiviti mesra keluarga dan semangat kebersamaanβ€”itulah kekuatan kita!
πŸ’ͺπŸ’–

16/05/2025

Thank you for making learning enjoyable and inspiring us every day. Wishing all teachers celebrate a wonderful Teacher's Day!!! πŸ₯³πŸŽ‰

12/05/2025

Address

Tanjung Aru
Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Beliawanis Gagasan Rakyat N22 Tanjong Aru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Beliawanis Gagasan Rakyat N22 Tanjong Aru:

Share