13/05/2026
SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT BERLANGSUNG MERIAH DI KIULU
KIULU, 12 Mei 2026 β Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Kiulu dan Kelab Anak Muda Progresif Taman Kingfisher telah menganjurkan program Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Bahagian Pantai Barat bertempat di Dewan Masyarakat OKK Rampas, Kiulu.
Program ini berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat selaras dengan tema βMenggerak Belia Madaniβ. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN N.15 Kiulu dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara tahun ini antaranya senamrobik βBeatfit Youthβ, Side Income Challengeβ βYouth Showcase Talentβ, Bacaan Ikrar Belia Malaysia, Mini Explorace serta booth pendaftaran sukarelawan Rakan Muda, Kelab Belia, Kelab Sukan serta pendaftaran Skuad AADK.
Penganjuran program ini bertujuan memperkasa penglibatan belia dalam aktiviti sihat, pembangunan bakat, keusahawanan serta memperkukuhkan semangat kesukarelawanan dan kepimpinan dalam kalangan generasi muda.
Selain menjadi platform pengisian aktiviti belia, program ini juga membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama menyokong pembangunan belia melalui penyertaan pelbagai agensi dan organisasi berkaitan.
Orang ramai khususnya golongan belia sekitar Kiulu dan sekolah yang berdekatan telah hadir bagi memeriahkan sambutan serta mengambil peluang menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
Turut hadir bersama dalam program berkenaan ialah Tuan Leprus Giswa Esuvas, Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Puan Dayangku Rahimah Binti Pg.Hassan, Pegawai Belia Dan Sukan, Pejabat Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat dan Encik Mohd Armisafrin Bin Dait, Penolong Pegawai Belia & Sukan, Kementerian Pembangunan Belia Kemajuan Sukan Dan Ekonomi Kreatif Sabah Bahagian Pantai Barat.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda