13/06/2026
Terima kasih Puspanita KPDN dan KDN.
Memperkasa Kebajikan Pelajar: Dapur Siswa MADANI @ Dapur HEP UiTM Sabah Terima Sumbangan Pelbagai Agensi Sempena Kunjungan Hormat PUSPANITA KPDN dan KDN
UiTM Cawangan Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PUSPANITA KPDN dan KDN serta agensi-agensi yang terlibat atas kunjungan hormat dan sumbangan yang disampaikan kepada Dapur HEP UiTM Cawangan Sabah.
Turut menyumbang dalam program ini ialah SSM, MyIPO, MyCC, PERSIAP dan Jabatan Penjara Kota Kinabalu. Sumbangan yang diterima akan dimanfaatkan bagi membantu pelajar yang memerlukan serta memperkukuhkan inisiatif kebajikan mahasiswa di kampus.
Terima kasih atas keprihatinan dan komitmen semua pihak dalam menyokong kesejahteraan mahasiswa UiTM.
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri (K…