31/08/2026
πππππππ πππππππ & πππππππ πππππππ ππππππππ πππ ππ ππππππππππππ πππππππππ πππ ππ
Kota Kinabalu, 6 Ogos 2026 β Perpustakaan Perubatan Hospital Queen Elizabeth II telah julung kali menerima lawatan naziran dan khidmat nasihat daripada wakil Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lawatan rasmi ini dihadiri oleh Puan Nor Asyikin binti Mohd Sidek (Pustakawan KKM) dan Puan Mommi binti Saripudin (Penolong Pustakawan KKM).
Antara fokus utama lawatan ini termasuk:
β’ Pemantauan Pengurusan: Menilai sistem pengurusan perpustakaan sedia ada.
β’ Khidmat Nasihat: Berkongsi idea bagi meningkatkan mutu perkhidmatan agar lebih sistematik dan cekap.
β’ Sesi Virtual Library: Perkongsian maklumat mengenai platform rujukan digital dan pembelajaran berterusan untuk kegunaan warga HQE II.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada wakil Bahagian Khidmat Pengurusan KKM atas kesudian hadir memberikan input dan bimbingan yang sangat bermanfaat. Semoga usaha ini dapat memacu kualiti penyampaian perkhidmatan Perpustakaan Perubatan HQE II ke tahap yang lebih cemerlang demi kemudahan semua pengguna.