BKVS JaPen Sabah

BKVS JaPen Sabah Sosial Media Rasmi Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah

28 April 2026 | JumaatBahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka (BKVS) JAPEN Sabah berkesempatan mengadakan sesi pengkong...
24/04/2026

28 April 2026 | Jumaat

Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka (BKVS) JAPEN Sabah berkesempatan mengadakan sesi pengkongsian ilmu bersama kakitangan-kakitangan JAPEN Sabah.

Sesi kali ini memfokuskan 'AI GENERATIVE IMAGING" di mana para peserta diberi pendedahan berkaitan penggunaan kecerdasan buatan sebagai alat bantuan visual dalam tugasan harian.

๐Ÿ“ท Azman Jumat

Selamat datang diucapkan kepada Jurufoto baharu Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah, Encik Rednny Rasang, anak kela...
01/04/2026

Selamat datang diucapkan kepada Jurufoto baharu Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah, Encik Rednny Rasang, anak kelahiran Tongod, Sabah.

Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuhkan lagi pasukan dengan komitmen yang tinggi, dedikasi serta semangat kerja yang cemerlang dalam melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan.

Selamat menjalankan tugas dan terus maju jaya!

๐Ÿ“ธ Azman Jumat


01/04/2026

Di sebalik setiap momen bersejarah, ada usaha yang jarang terlihat...

Sorotan Petugas Jurufoto Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah yang berkhidmat di Dewan Bankuasi, DUN Sabah pada 30 Mac 2026 (Isnin), sempena Ulangtahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Dengan komitmen yang tinggi, dedikasi yang tidak berbelah bahagi serta persiapan yang teliti, setiap detik penting berjaya dirakam demi memastikan dokumentasi rasmi terbaik untuk Kerajaan Negeri Sabah.

Terima kasih atas khidmat yang penuh profesionalisme dan tanggungjawab.

๐ŸŽฅ Juan Yussof


06/03/2026
PAMERAN | Jelajah Info Busking PENTARAMA JAPEN Sabah x Info On Wheel (IOW)Pihak BKVS JAPEN Sabah telah menyertai satu pa...
04/02/2026

PAMERAN | Jelajah Info Busking PENTARAMA JAPEN Sabah x Info On Wheel (IOW)

Pihak BKVS JAPEN Sabah telah menyertai satu pameran sempena Program Jelajah Info Busking PENTARAMA JAPEN Sabah x Info On Wheel (IOW) yang berlangsung di Dataran Deasoka, Gaya Street, Kota Kinabalu pada 31 Januari 2026 (Sabtu).

Pameran ini bertujuan membantu Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN) dalam penyampaian risalah dan maklumat kerajaan kepada orang ramai, selain memantapkan penyampaian dari segi penampilan, pementasan dan pengedaran maklumat secara lebih berkesan.

Pasukan jurufoto turut terlibat dalam pengambilan gambar bagi merakam dan merangkum perjalanan program sebagai dokumentasi rasmi.

Melalui pendekatan kreatif dan kerjasama strategik, BKVS JAPEN Sabah terus komited memastikan penyampaian maklumat kerajaan disampaikan dengan jelas, berkesan dan memberi impak kepada masyarakat.

Mesyuarat Penyelarasan BKVS Bil. 2/2026 | 29 Januari 2026Mesyuarat ini bertujuan untuk pemakluman Sasaran KPI BKVS bagi ...
04/02/2026

Mesyuarat Penyelarasan BKVS Bil. 2/2026 | 29 Januari 2026

Mesyuarat ini bertujuan untuk pemakluman Sasaran KPI BKVS bagi tahun 2026 serta membincangkan perancangan penambahbaikan dari aspek pengurusan dan pelaksanaan tugasan agar lebih tersusun, cekap dan berimpak tinggi.

Dalam mesyuarat ini, Pengarah JAPEN Sabah turut menyampaikan nasihat dan kata-kata motivasi kepada pegawai BKVS supaya terus meningkatkan profesionalisme, beradaptasi dengan cabaran semasa serta mengekalkan komitmen dan integriti dalam perkhidmatan.

Pegawai BKVS digalakkan untuk terus bekerja secara berpasukan, berfikir secara proaktif dan berani melakukan penambahbaikan demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkesan sepanjang tahun 2026.

๐Ÿ“ธ by Mohd Sazwan Bin Roslan

Kursus Pengendalian Kamera Mirrorless NIKON (Z50II & Z6III)27 Januari 2026 | Bilik Teratai, ITCC PenampangJurufoto Jabat...
27/01/2026

Kursus Pengendalian Kamera Mirrorless NIKON (Z50II & Z6III)
27 Januari 2026 | Bilik Teratai, ITCC Penampang

Jurufoto Jabatan Penerangan Sabah telah menyertai kursus ini bagi meningkatkan pemahaman dan kemahiran penggunaan kamera mirrorless, selaras dengan keperluan teknologi semasa yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka Jabatan Penerangan Malaysia .

Pendedahan ini membantu meningkatkan kecekapan kerja, memperkukuh kualiti hasil visual, serta menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih profesional dan berkesan.

Ilmu diperkasa, kemahiran dipertingkat, mutu perkhidmatan terus diperkukuh.

๐Ÿ“ท by Mohd Sazwan bin Roslan

07/01/2026

Photoshoot BKVS ๐Ÿ“ธ | 7 Januari 2025

Sesi penggambaran dengan kod pemakaian profesional bagi memperkukuh identiti korporat BKVS.

Tahun baharu, kanvas baharu โ€” bersama melangkah ke hadapan dengan semangat profesionalisme dan komitmen tinggi.

๐ŸŽฅ by Norazuwan Yussof

Mesyuarat BKVS Bil 1/2026  |   7 Januari 2026BKVS telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan Sasaran Kerja Utama (SKU...
07/01/2026

Mesyuarat BKVS Bil 1/2026 | 7 Januari 2026

BKVS telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan Sasaran Kerja Utama (SKU) 2026 melibatkan Bahagian Grafik, Bahagian Pusat Sumber dan Perpustakaan, serta Bahagian Fotografi.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Razif Chek Hashim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka, dengan fokus kepada perbincangan isu, cabaran serta perancangan penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan dan penyelarasan kerja yang lebih berkesan sepanjang tahun 2026.

๐Ÿ“ธ by Norazuwan Yussof

Tahun baharu, kanvas baharu. ๐ŸŽจIdea segar, visual lebih berani, dan penceritaan yang lebih bermakna. ๐Ÿ’ก๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ–ผ๏ธSelamat Tahun B...
01/01/2026

Tahun baharu, kanvas baharu. ๐ŸŽจ

Idea segar, visual lebih berani, dan penceritaan yang lebih bermakna. ๐Ÿ’ก๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ–ผ๏ธ

Selamat Tahun Baharu 2026 dari Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka JAPEN Sabah โœจ๐ŸŽ‰

Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Rizal Matasan, jurufoto JAPEN Sabah, yang akan memulakan tugas baharu di JAPEN ...
11/12/2025

Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Rizal Matasan, jurufoto JAPEN Sabah, yang akan memulakan tugas baharu di JAPEN Sarawak.

Terima kasih atas kerjasama, dedikasi dan hasil kerja yang sentiasa memberi impak positif sepanjang berada di Sabah.

Perpindahan ini adalah langkah baharu untuk terus berkembang dan membawa perspektif segar. Semoga Encik Rizal terus diberi kelancaran, rezeki yang baik, dan kejayaan di tempat baharu.

Kami di Sabah menghargai setiap sumbangan anda. Selamat bertugas dan semoga terus cemerlang! ๐Ÿ“ธโœจ

26/08/2024

Jangan lupa saksikan Influencer@JaPen Sabah : Bah, Apa Cerita? yang bertajuk "๐‹๐ฎ๐ค๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐€๐›๐š๐๐ข: ๐๐ž๐ค๐š๐ฌ ๐€๐ฌ๐ค๐š๐ซ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ ๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ง" bersama Encik Ahmed Abdul Rahman, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

๐Ÿ—“๏ธ 25 Ogos 2024 (Ahad)
๐Ÿ•› 12.00 Tengah hari
๐Ÿ”— Facebook Jabatan Penerangan Sabah

Bah Jangan kamurang lupa untuk set masa nanti ya. ๐Ÿ˜„



Address

Aras 3, ITCC Penampang, Jalan Pintas Penampang
Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BKVS JaPen Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to BKVS JaPen Sabah:

Share