Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah

Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Government Official, Kota Kinabalu.

Kementerian yang menyelia atur hal ehwal pertanian, perikanan, perkhidmatan haiwan, kuarantin dan penyelidikan serta mangawasi perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan kepentingan koperasi

29/05/2026
Jamawi beri amaran tegas isu pencemaran ladang di Kauluan, tetapkan pemantauan berkalaTAMPARULI: Menteri Pertanian, Peri...
25/05/2026

Jamawi beri amaran tegas isu pencemaran ladang di Kauluan, tetapkan pemantauan berkala

TAMPARULI: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar memberi amaran tegas kepada pengurusan ladang sebuah syarikat di Kampung Kauluan berhubung isu pencemaran yang didakwa berpunca daripada sistem biogas di kawasan berkenaan.

Beliau yang melakukan lawatan ke ladang itu hari ini berkata, masalah berkaitan sistem biogas yang sepatutnya mengurus sisa tenaga masih menimbulkan pelbagai isu kepada penduduk kampung.

Menurutnya, berdasarkan taklimat diterima, pihak syarikat telah melaksanakan beberapa langkah pencegahan dan penambahbaikan, namun beliau mengakui masih belum berpuas hati dengan tindakan yang diambil setakat ini.

“Saya masih belum berpuas hati dengan sebarang langkah yang telah diberikan. Saya telah menetapkan bahawa setiap tiga bulan saya sendiri akan turun padang ke kawasan ini untuk memantau perkembangan dan memastikan segala perkara yang dibincangkan dilaksanakan,” katanya.

Jamawi turut memberi tempoh enam bulan kepada pihak syarikat untuk menyelesaikan sepenuhnya isu berkenaan.

“Sekiranya dalam tempoh enam bulan perkara ini masih berulang dan tidak dapat diselesaikan, saya tidak teragak-agak untuk mengusulkan kepada Kerajaan supaya tindakan lebih drastik diambil,” tegasnya.

Beliau menegaskan bahawa kepentingan masyarakat kampung tidak boleh dikompromi hanya demi menjaga operasi sesebuah syarikat.

“Kita tidak mahu menjaga hanya beberapa syarikat tetapi mendatangkan kemudaratan kepada lebih ramai penduduk kampung. Kawasan ini seharusnya menjadi contoh walaupun ia penting dari segi biosekuriti negeri dalam pengeluaran ayam dan telur, namun ia mesti bebas daripada pencemaran,” katanya.

Dalam pada itu, Jamawi turut mengemukakan dua cadangan kepada pihak syarikat sekiranya isu berkenaan gagal ditangani dengan baik.

“Pertama, mereka boleh mempertimbangkan untuk memindahkan operasi ke kawasan lain. Kedua, operasi ladang ini sudah berjalan hampir 15 tahun tetapi tiada sebarang program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan untuk penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata, adalah wajar syarikat memberi sumbangan kepada komuniti setempat seperti bantuan pendidikan, kemudahan asas dan tabung kebajikan sebagai tanda menghormati penduduk di kawasan tersebut.

“Saya bertugas sebagai Menteri tetapi saya lebih memahami dan memperjuangkan nasib masyarakat kampung. Industri ini (ladang penternakan) memang penting untuk pembangunan ekonomi negeri, tetapi jangan sampai menindas rakyat,” katanya.

Jamawi memberi jaminan bahawa kementeriannya akan terus memantau operasi ladang ternakan secara berterusan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan.

“Kita akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan penduduk kampung sentiasa terjamin,” katanya.

TAMU KPD | JOM RAMAI-RAMAI.
21/05/2026

TAMU KPD | JOM RAMAI-RAMAI.

SABAH PACU TEKNOLOGI AI DALAM PERKHIDMATAN AWAM MENJELANG 2030KOTA KINABALU — Kerajaan Negeri Sabah menetapkan garis mas...
21/05/2026

SABAH PACU TEKNOLOGI AI DALAM PERKHIDMATAN AWAM MENJELANG 2030

KOTA KINABALU — Kerajaan Negeri Sabah menetapkan garis masa lima tahun bermula tahun ini sehingga 2030 untuk mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) secara menyeluruh dalam sistem pentadbiran negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Hj. Safar bin Untong menegaskan, anjakan strategik bertemakan "Beyond Digitalization: Building an AI-Enabled Public Service" ini bakal mengubah landskap operasi agensi kerajaan kepada sebuah “Intelligence Government” yang dipacu oleh data “real-time”.

Bagi menyokong fasa awal pelaksanaan ini, dua aplikasi pintar telah diperkenalkan, iaitu ARUS (AI Retrieval for Organizational Sources) dan Sabah PASS.

ARUS merupakan platform kecerdasan buatan (AI) pintar yang dibangunkan bagi memperkukuh pengurusan dokumen rasmi, membantu penjanaan draf laporan serta membolehkan proses transkripsi suara mesyuarat kepada bentuk teks secara automatik.

Seterusnya, Sabah PASS p**a berfungsi sebagai Sistem Identiti Digital Bersepadu (Single Sign-On) yang dilengkapi dengan ciri verifikasi biometrik, sekali gus membolehkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan jabatan negeri seperti urusan air dan tanah hanya melalui satu akaun tunggal secara lebih mudah, selamat dan efisien.”

Menariknya, kedua-dua sistem utama ini dibangunkan sepenuhnya secara dalaman (in-house) oleh Bahagian Kerajaan Digital Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN). Menurut beliau, langkah ini bukan sahaja menjimatkan kos dana kerajaan secara signifikan, malah membuktikan keupayaan dan bakat besar penjawat awam tempatan dalam menerajui teknologi tinggi tanpa perlu bergantung kepada konsultan luar.

Dalam amanat yang disampaikan kepada sekitar 1,000 penjawat awam di Menara Kinabalu dan secara dalam talian itu, beliau turut mengumumkan lima jabatan utama yang akan menjadi pelopor awal (early adopters) agensi berteraskan AI menjelang tahun depan, antaranya termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

Sambil menzahirkan penghargaan atas komitmen warga kerja yang berjaya mengekalkan momentum hasil negeri melebihi RM6 bilion bagi tahun keempat berturut-turut, dengan kutipan mencecah RM6.76 bilion pada tahun 2025, beliau mengingatkan semua penjawat awam agar terus mengutamakan integriti serta mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.

Beliau turut menegaskan bahawa penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) berperanan sebagai pemangkin dalam memperkasakan tugasan manusia, namun kejayaan sebenar transformasi digital ini bergantung kepada pembentukan budaya kerja yang progresif, dinamik dan sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan.

Majlis Sambutan Kaamatan 2026 MAFFIPadi tanah kering fokus baharu tingkat sekuriti makanan Sabah - JamawiKOTA KINABALU: ...
18/05/2026

Majlis Sambutan Kaamatan 2026 MAFFI

Padi tanah kering fokus baharu tingkat sekuriti makanan Sabah - Jamawi

KOTA KINABALU: Tanaman padi tanah kering kini menjadi antara fokus utama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) dalam usaha memperkukuh sekuriti makanan Sabah.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, pendekatan itu dilihat berpotensi besar sebagai alternatif kepada penanaman padi sawah, khususnya di kawasan yang tidak mempunyai sistem pengairan mencukupi.

Beliau berkata, kementerian sedang dalam perancangan memperkenalkan kaedah penanaman padi tanah kering secara meluas termasuk menggunakan pasu dan polybag di kawasan sekitar rumah.

“Kita sedang bercadang memperkenalkan tanaman padi tanah kering yang boleh diusahakan di keliling rumah, termasuk dalam pasu atau polybag. Sekiranya kajian varieti yang sesuai selesai, kita akan lancarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Kaamatan 2026 di ruang legar Wisma Pertanian Sabah, di sini hari ini.

Jamawi berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkasa Inisiatif Kebun Dapur yang telah mula menunjukkan hasil positif dalam kalangan masyarakat luar bandar.

“Saya melihat dalam tempoh tiga hingga empat bulan ini, apabila kita mempromosikan kebun dapur, sudah ada petani dan penduduk kampung yang mencuba menanam padi tanah kering di sekitar rumah mereka,” katanya.

Jamawi berkata, Jabatan Pertanian sebelum ini telah menjalankan kajian terhadap beberapa varieti padi yang sesuai ditanam tanpa memerlukan penggunaan air yang banyak.

Katanya, hasil kajian itu akan dimanfaatkan bagi memperluaskan lagi pelaksanaan tanaman berkenaan di seluruh negeri.

Beliau menegaskan, usaha tersebut penting memandangkan Sabah masih bergantung tinggi kepada import beras yang mencecah sekitar 80 peratus.

“Apabila berlaku krisis global seperti konflik atau kenaikan kos pengangkutan, bekalan makanan boleh terjejas. Jadi kita perlu bersiap sedia dari sekarang,” katanya.

Menurutnya, tanaman padi tanah kering juga sesuai dilaksanakan di kawasan kategori K3 yang bergantung sepenuhnya kepada air hujan.

“Kawasan K3 ini tidak mempunyai sistem pengairan lengkap, jadi pendekatan tanaman padi tanah kering adalah antara solusi terbaik untuk dimanfaatkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian turut mengarahkan semua agensi berkaitan supaya mempergiat usaha mencari pendekatan baharu bagi memastikan bekalan makanan negeri sentiasa mencukupi.

Katanya, selain padi, Kerajaan juga memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan ternakan seperti jagung bagi mengurangkan kebergantungan kepada import.

Namun, beliau menegaskan pembangunan tanaman padi tanah kering akan terus menjadi antara keutamaan kerana potensinya yang besar serta kemampuan dilaksanakan secara kecil-kecilan oleh rakyat.

“Ini antara inisiatif yang akan kita terus perkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keterjaminan makanan negeri sentiasa terpelihara,” katanya.

Jamawi turut memberikan penghargaan kepada semua yang menjayakan Sambutan Pesta pada tahun ini.

Turut diadakan ialah beberapa pertandingan seperti Sugandoi, makanan tradisi, gerai tercantik dan ‘Basaan togingo’ (pakaian tercantik) bagi lelaki dan wanita

Hadir sama, Pembantu Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam; Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LGIS), Datuk Seri Jahid Jahim; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Awang Dzulkernain Awang Hassan dan Maria David Edick selalu Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana; Pengarah-pengarah Jabatan dan Agensi MAFFI.

Ends

Semporna terus diperkasa sebagai Hab Perikanan dan Rumpai LautSEMPORNA: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makana...
16/05/2026

Semporna terus diperkasa sebagai Hab Perikanan dan Rumpai Laut

SEMPORNA: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar menegaskan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuh sektor perikanan dan rumpai laut di daerah ini bagi meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

Beliau berkata, potensi besar sumber laut di Semporna perlu dimanfaatkan sepenuhnya, termasuk usaha mewujudkan kemudahan pendaratan dan pembungkusan ikan yang lebih sistematik.

“Semporna memiliki khazanah laut yang sangat besar, termasuk ikan tuna yang berpotensi untuk dieksport, namun kita masih kekurangan kemudahan pendaratan dan pembungkusan yang teratur,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Semporna 2026 di sini hari ini.

Jamawi berkata, cadangan pembinaan jeti pendaratan ikan sedang diperhalusi bersama (LKIM) dan Kementerian Ekonomi bagi memastikan hasil laut tempatan dapat dipasarkan dengan nilai lebih tinggi.

Beliau berkata, kementeriannya turut mengenal pasti dua tapak strategik di daerah itu yang sesuai dibangunkan sebagai pusat pendaratan ikan.

Selain sektor perikanan, beliau turut memberi penekanan terhadap pembangunan industri rumpai laut yang kini semakin mendapat permintaan di pasaran antarabangsa.

“Produk rumpai laut dari Semporna telah menembusi pasaran ke Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, namun kita masih kekurangan bekalan mentah daripada pengusaha tempatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan lebih ramai penduduk menceburi industri berkenaan dengan jaminan sokongan kerajaan termasuk bantuan infrastruktur seperti pelantar pengeringan dan pagar perlindungan.

Jamawi turut menegaskan kepentingan menjaga ekosistem marin, khususnya penyu yang menjadi tarikan pelancong di Semporna.

“Kita tidak mahu aktiviti penternakan rumpai laut menjejaskan habitat penyu. Sebab itu kita sediakan sistem pagar khas supaya kedua-dua sektor ini dapat berkembang secara seimbang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian akan terus memperluas aktiviti pertanian lain termasuk tanaman pisang, kelapa pandan, mangga dan ubi kayu bagi memenuhi permintaan sektor pelancongan yang semakin berkembang di daerah berkenaan.

Katanya, kehadiran sehingga 2,000 pelancong setiap hari membuka peluang besar kepada petani, penternak dan nelayan tempatan untuk membekalkan hasil segar.

“Jangan biarkan peluang ini diambil sepenuhnya oleh pihak luar. Hasil pertanian dan perikanan Semporna perlu menjadi pilihan utama,” tegasnya.

Jamawi berkata, beliau akan kembali semula ke Semporna dalam tempoh tiga bulan bagi menilai keperluan lanjut komuniti nelayan dan memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan.

Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan ke Pulau Bum Bum bagi meninjau cadangan menaik taraf kemudahan perikanan serta projek berkaitan di bawah kementeriannya.

Mengulas mengenai sambutan Kaamatan, Jamawi berkata, perayaan itu bukan sahaja simbol hasil pertanian, tetapi juga boleh diraikan sebagai simbol “menuai hasil laut” bagi masyarakat Semporna.

Beliau turut memuji semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di daerah itu yang terus menyemarakkan sambutan Kaamatan walaupun majoriti penduduk bukan daripada etnik Kadazan Dusun dan Murut.

Dengan itu, katanya, nilai toleransi dan keharmonian yang ditunjukkan mampu memperkukuh perpaduan masyarakat di Sabah secara keseluruhan.

Hadir sama, Pegawai Daerah Semporna yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Semporna, Mas Syazwan Masood; Usahawan perhotelan, Datuk Seri Panglima Dr. Tang; Ketua Polis Daerah (KPD) Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah; Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Hajah Rozita Anjuh, Pengerusi KDCA, Hilda Kinsil serta Pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi di bawah MAFFI.

11 MEI 2026 (ISNIN) | MAJLIS BACAAN DOA SELAMAT SEMPENA KEBERANGKATAN KE TANAH SUCI BAGI MENUNAIKAN FARDHU HAJI
13/05/2026

11 MEI 2026 (ISNIN) | MAJLIS BACAAN DOA SELAMAT SEMPENA KEBERANGKATAN KE TANAH SUCI BAGI MENUNAIKAN FARDHU HAJI

Address

Kota Kinabalu
88624

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6088283654

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah:

Share