06/12/2019
Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat telah diadakan di Pejabat Am, Cawangan Sumber Manusia, 6 Disember 2019 (Jumaat) pada jam 9.30 pagi.Dengan izin Allah SWT, diharapkan majlis ini dapat diadakan secara mingguan setiap Jumaat.Majlis ilmiah ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim sesama pegawai dan kakitangan, disamping menghadiahkan doa-doa kepada kedua ibubapa, sanak-saudara, anak-anak dan sahabat-handai sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh mereka dalam golongan hambaNya yang beriman.